Ada sesiapa yang mahu mengaku sekiranya masih memiliki bantal busuk yang sentiasa menjadi teman tidur sejak kecil? Ada yang tidak mampu melelapkan mata tanpa bantal busuk masing-masing sehingga mencuci bantal itu pun boleh menyebabkan anda berang kerana ianya akan menghilangkan aroma semerbak pada bantal kesayangan anda.
Menyedihkan, ibu ini memutuskan bahawa aspek kebersihan merupakan satu perkara yang penting namun tindakannya bakal membuatkan si anak ‘tidak keruan’…
Pada September tahun lalu, seorang ibu yang berasal dari Korea Selatan telah memuat naik sebuah video memaparkan reaksi anak lelakinya apabila menyedari selimut kesayangannya itu sedang berada di dalam mesin pencuci pakaian!
Berdasarkan reaksi si anak, dapat dilihat betapa terkejutnya dia apabila mendapati selimut tersebut sedang berputar-putar di dalam mesin basuh. Kanak-kanak itu menangis sekuat hati sambil menunjukkan ke arah selimut berkenaan.
Si ibu terus mencapai telefonnya dan merakamkan peristiwa itu. Kasihan…
Sesiapa yang masih menyimpan bantal busuk pasti memahami keperitan dan perasaan ‘dikhianati’ oleh ibu sendiri yang perlu ditanggung oleh anak kecil ini.
Semoga kanak-kanak ini sudah melupakan kejadian itu dan mungkin bau bantalnya sudah kembali ‘harum’ seperti sediakala.
Sumber: yeji_0102/Instagram
Kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan