Tak tahu nak mula dari mana tapi aku perlukan pandangan dari orang luar untuk bantu aku selesaikan masalah rumahtangga aku ni. Okey gini kisahnya. Aku berkahwin dengan lelaki pilihan hati sendiri lebih kurang 8 tahun lepas. Okey boleh panggil suami aku Sepul.
Tak ramai yang setuju aku kawen dengan Sepul tapi aku nak jugak jugak, jadi famili ikutkan saja. Sebenarnya masa on the way nak menikah tu pun aku dah dapat beberapa hint yang Sepul ni macam tak serius nak kawen. Bayangkan, nak kawen tapi persiapan kawen satu pun dia tak buat.
Awalnya dia kata ada majlis sambut menantu belah dia tapi end up cancel sebab duit takde nak buat majlis. Majlis belah aku 100% pakai duit famili sebab duit hantaran yang dijanjikan langsung tak nampak bayang. Nasib baik mas kawen ada.
Borang untuk menikah pun sampai mak abah aku kena sound dia dulu baru dia nak lengkapkan. Paling aku sedih bila terpaksa koyak 1 page kad kawen yang tertera maklumat kenduri belah lelaki since kenduri belah sana cancel. So koyak je page tu and edar pada tetamu.
Apalah perasaan aku masa koyak kad kawen sendiri. Sobs..Tapi tak tau la.. semua semua yang jadi tu pun aku tetap nekad nak jugak teruskan perkahwinan. Aku yakin aku boleh bahagia walaupun aku tau banyak suara suara sumbang mengata Sepul masa tu.
Aku buat pekak je. Cinta sejati kononnya. After kawen, selesai majlis semua berjalan lancar. Mula la life aku as a wife. Oh lupa nak bagitau, Sepul ni askar, bekerja di borneo time tu. Aku pulak masa tu tunggu panggilan posting untuk jadi cikgu.
Alhamdulillah aku dapat mengajar di daerah tempat Sepul bekerja. Seronok sangat sangat dah masa tu dapat hidup sebumbung membina mahligai katanya. Aku terbang ke borneo. Bawak kain baju semata. Sepul pulak memang langsung takde apa harta pun time tu. Motor takde, kereta takde, rumah apatah lagi. Saving pun takde sesen pun.
Kalau ada idokler aku kawen free. Tapi aku masih buta mata masa tu. Eh takpelah perkahwinan ni kan saling berkongsi. Aku memang niat ikhlas sanggup susah senang sama-sama dengan Sepul. Harung semua dugaan sama-sama walau dia langsung takde pape. Kuat betul cinta aku masa tu. So kami start from zero.
Masuk umah sewa kosong takde apa. Aku dapat 1 st gaji, aku beli sikit-sikit barang rumah. Ya, aku yang beli pakai duit aku. Dari rumah ni kosong sampai sekarang dah lengkap semua, semua pun pakai duit aku. Entah, dia tak pernah ada teringin nak beli pape perabot ke barang elektrik rumah ke guna duit dia.
Maybe sebab gaji dia kecik banding aku. Aku mengaku la gaji aku memang 5 kali ganda lebih banyak banding gaji dia. Jadi atas dasar itu jugaklah aku pun tak berkira. Aku jugak bagi dia deposit 2k beli moto EX5 masa awal kahwin untuk mudahkan dia pergi kerja.
Aku masa tu tak mampu beli kereta lagi, jadi aku pergi sekolah tumpang kereta kawan yang tinggal satu taman. Selang beberapa bulan, aku beli kereta sebiji bila deposit dah cukup. Alhamdulillah la senang sikit nak bergerak mana-mana. Sepul pulak tetiap bulan aku cuma mintak dia setelkan bil-bil rumah je. Bil air, bil letrik, bil astro.
Sebab aku tau gaji dia kecik je so setelkan itu je la bang. Yang lain semua di atas bahu jemala patik. Kadang duit rokok dia pun aku jugak bagi. Kalau nak holiday ke, belanja raya ke, beli tiket flight balik kampung ke semua aku yang sediakan tanpa mengeluh. Cinta punya pasal beb. Tahun berganti tahun, kami dikurniakan anak. Sepasang anak kami, alhamdulillah.
Hidup aku pun bahagia je time tu walau sederhana, laki tak kaya. Perbelanjaan anak semua pun mostly aku yang tanggung sendiri. Entahlah.. aku memang rasa its okey, kita share everythings. Aku lupa dia suami dia ada tanggungjawab yang dia sepatutnya pikul. bukan aku. Itu la silap besar aku. Silap besar aku buat sebab terlalu manjakan suami.
Aku biar dia selesa goyang kaki while aku tungkus lumus sediakan semua. Silap aku. Belum masuk cerita dia kantoi main ek0r sebab aku jumpa kertas ek0r dalam poket seluar dia beberapa kali. Itu pun maati dia tak mengaku. Belum lagi kisah dia kantoi bergayut dengan entah mana-mana perempuan tengah malam waktu dia keje malam. Kantoi sebab aku pelik kenapa bil telefon melambung sangat.
Aku check bil, oh keje dia rupanya. Ada la dia merayu mintak maaf and tak buat lagi. Okey fine. Cerita dia curi kad atm aku, curi curi guna kad kredit aku, apa semua tu takyah la aku cerita lanjut sebab memang menyakitkan hati. Tapi yang herannya aku tak serik dan masih boleh maafkan. Kuatnya cinta seorang isteri ni rupanya hahaha.
Sampailah marriage kitorang masuk usia 6 tahun lebih. Ada something happened yang buat aku rasa sabar aku dah sampai limit. Mula aku tak perasan, tapi lama lama aku perhati bil bil utiliti rumah makin banyak tertunggak tak bayar. Dah kenapa? Takpe aku diam je dulu. And nak jadikan citer by that time Sepul nak kena posting ke semenanjung, tinggallah aku dengan anak-anak je kat Borneo.
So sebagai isteri solehah, aku mesti selalu fikirkan kebajikan suami bila dah PJJ nnt. Aku terfikir nak suruh Sepul beli sebiji kereta untuk kegunaan dia kat tempat baru. Nanti bila sesekali kitorang balik semenanjung, ada juga transport nak guna berjalan jalan.
Aku cakap kat Sepul, aku boleh bagi deposit dalam 3k untuk beli kereta tu tapi monthly installment dia kena bayar since dia yang guna. Aku tanya banyak kali, mampu tak bayar dalam RM550 sebulan untuk kereta? Dia berkali kali jugak kata mampu. Aku percaya b0doh bod0h tanpa selidik pun.
So aku pun uruskan pembelian kereta atas nama aku. Ya atas nama aku sebab gaji Sepul tak lepas pun untuk buat loan. So pakai nama aku. Loan lulus. We’re happy ada 2nd car tapi semua tu bencana je. Lepas loan lulus baru aku dapat tau yang sebenarnya gaji bersih Sepul ni dah zero. Ye Zero!! Aku terjumpa slip gaji dia.
Zero beb! Mujur askar memang ada buat potongan paksa untuk isteri, jadi ada lah RM500 masuk akaun aku tetiap bulan. Itu pun selalu duit tu dapat balik kat dia sebab kesian. Tapi start from insiden gaji zero tu memang aku tak bagi dah RM500 tu kat dia.
Aku rembat semua sebab aku macam baru tersentak dari satu lamunan yang sangat panjang. Aku baru sedar aku kena game dengan laki sendiri selama ni. So Sepul pun pergilah posting ke satu negeri kat Pantai Timur dalam keadaan hubungan kitorang tegang sebab aku masih marah sangat dia tipu aku bod0h b0doh.
Paling boddoh jugak sebelum kantoi gaji zero tu aku pegi bagi dia 10k cash untuk dia setelkan salah satu personal loan dia dengan harapan gaji bersih dia akan naik sikit so mudah la nak hidup kat tempat orang nanti. Betapa aku positif je dengan laki aku ni, hakikatnya dia tipu aku hidup-hidup.
So sepanjang kami PJJ, anak- anak dengan aku. Aku uruskan semua hal rumah, hal anak, hal kerja hakiki aku lagi sorang-sorang. Jauh dari suami, jauh dari famili. Tanpa financial support dari suami. Semua aku buat dan tanggung sendiri.
Termasuklah 2nd car yang laki aku pakai dengan senang hati kat sana, aku jugak lah yang kena bayar bulan-bulan. Anggap je la aku bayar duit kete tu guna potongan isteri yang aku dapat tetiap bulan tu untuk kurangkan sakit hati. Itu pun tak cukup RM50 haha.
Tapi nafkah zahir yang lain memang tak dapat lah. Duit makan kami anak beranak ke apa ke semua dia tak boleh nak bagi sebab gaji dia dah nazak gitu. Aku lupa cerita kenapa gaji dia jadi zero. Korang nak tau kenapa? Sebab dia suka overlap personal loan tanpa pengetahuan aku pun.
Ye suami memang boleh buat apa saja tanpa pengetahuan isteri. Tapi kalau dah end up benda tu membebankan isteri, siapa nak jawab? Overlap loan tanpa sebab yang kukuh, hujung hujung tak mampu bayar. Patut ada masa aku tengok Sepul macam orang kaya duit berkepuk. Bila tanya mana dapat duit, dia kata kawan bayar hutang. Yang sebenarnya dia yang buat hutang.
Tertipu lagi aku. Jadi sekarang ni dah nak masuk 2 tahun aku PJJ dgn Sepul. Kalau cuti sekolah, ada balik semenanjung, kitorang jumpalah. Kadang dia balik Borneo tapi tiket aku la tukang beli. Macam belum serik lagi kan? Hahaha entahlah aku pun tak tau sampai bila macam ni.
Hati aku memang dah tawar sejak hari aku tau pasal gaji dia dah zero. Aku memang rasa tertipu gila masa tu. Aku sedih sangat. Nak marah pun tak tau marah siapa. Tapi hati aku memang dah tawar. Memang aku ada mintak cerrai masa tu tapi tau je la laki mesti akan memujur rayu. Memikirkan anak-anak, aku bertahan je la.
Bersabar selagi boleh. Tapi aku memang dah strict la dengan dia. Aku tak senang senang dah hulur duit kat dia. Aku mula jadi pentingkan diri. Dia makan ke tak ke kat sana aku pun tak peduli sangat. Aku dengan anak- anak kat sini pun kadang makan nasik lauk telo dengan kicap je bila sesak. Yela dah aku kena tanggung semua belanja sorang-sorang kan. Hutang aku pun banyak jugak nak kena bayar.
Takkan nak menanggung dia lagi. Memang takla. Cukuplah aku bayar kete je bulan-bulan. Ini pun aku ada rasa nak jual kereta tu. Ada yang nak beli tak? Haha Ok sambung. Sekarang ni hubungan kitorang macam retak menanti belah. Sepul kata aku tak reti sabar.
Dia kata aku mata duitan, mentang mentang dia takde apa-apa. Hello? after 8 years baru nak tuduh isteri kau ni mara duitan? Paling worst Sepul kata aku ada lelaki lain. Yes betul memang aku ada berkawan dengan seseorang kat alam maya. Aku selesa berkawan dengan dia. Memang salah aku la jugak bagi ruang orang lain berkawan dengan aku while aku ni isteri orang.
Tapi ada sesiapa boleh paham tak perasaan isteri yang diabaikan macam ni? Perasaan isteri yang dibiarkan berdikari sorang diri uruskan rumahtangga? Ada sesiapa boleh paham apa aku rasa tak? So sekarang Sepul memang marah sangat pasal aku berkawan dengan laki tu.
Namakan dia A. A memang baik tapi tak payah la aku puji dia kat sini sebab ini bukan cerita pasal dia. Aku pun dah stop contact A dah bila mak aku sendiri nasihat untuk stop kawan dengan A sebab aku isteri orang. Tapi Sepul still tak puas hati. Ada je benda dia cari pasal. Buat aku kadang rasa, eh baik la aku pegi cari balik A and kawan balik dengan dia.
Yela dah stop contact pun masih tuduh contact. Stress pulak aku. yang dia kat sana tu tak jugak berubah ubah untuk jalankan tanggungjawab as suami and abah dengan baik. Nak jadi suami pada part part yang dia suka je. Bila masuk part nafkah anak isteri, terus lupa dia tu suami. Adil ke? Aku sebenarnya letih dah.
Aku letih tanggung semua ni selama 8 tahun lebih ni. Aku rasa aku bod0h sangat manjakan suami sendiri dari awal perkahwinan. Eh even dari sebelum kawen pun. Aku nak bebas dari semua rasa ni. Aku hanya nak teruskan hidup untuk diri aku dan anak-anak je. Sepul pulak jenis suka main main hal cerrai. Bila dia suka, dia cakap nak lepaskan aku. bila dia mood okey, dia memujuk rayu.
Even pernah sekali dia lafaz talak dalam whatsapp tapi bila refer ustaz, ustaz kata bergantung pada niat suami sebab talak tu tak jelas. Talak apa eh nama dia aku lupa. So of course la Sepul akan kata dia tak maksudkan utk cerrai, dia gertak je. So talak tak valid.
So aku memang betul betul dah takde hati. Dia call tiap hari, aku bagi anak-anak je cakap. Kalau dia whatsapp, aku reply je la seadanya. Tak la jugak aku sombong ignore semua. Depan anak-anak aku berlagak biasa macam takde apa-apa berlaku. Tapi dalam hati Tuhan je tau.
Sepul aritu macam dah give up. Dia kata takpela..sabarlah dua bulan lagi. Cuti sekolah hujung tahun nanti dia ajak pergi mahkamah untuk selesaikan semua. See, dia main hal cerrai lagi. Aku pun malas cakap banyak, malas nak gaduh, aku jawab je okey, nanti kita pergi.
Tengoklah apa jadi hujung tahun nanti. Doakan yang baik-baik untuk aku. Thanks untuk semua yang sudi baca kisah aku sampai habis. Aku doakan korang tak alami macam apa aku alami. Luar nampak bahagia, loving couple tapi hakikatnya tiang rumahtangga macam nak roboh dah ni.
Kalau ada yang nak bagi pendapat, aku alu alukan. Yang nak kecam pun silakan. I’ll try baca dengan hati yang lapang. Aku tau aku pun ada salah. Tapi itulah, bila isteri dah tawar hati, game over bang.
Kredit :layan sudah.com
Stay strong sis
BalasPadam