Isnin, 18 Mac 2019

"Geng Kami Menunggu Brenton Tarrant Di Penjara Biar Kami Adilinya”


Geng paling berbahaya di New Zealand, Mongrel Mob mengecam tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang menyasarkan jemaah masjid di Christchurch pada Jumaat lalu.

"Sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara, Ketua kami berjanji akan pastikan hidupnya terseksa"... kata salah seorang ahli geng tersebut.

"Kawan kami menunggunya di penjara..." “Biar kami adilinya”

Difahamkan, Tarrant berkemungkinan ditahan dalam sel berasingan dengan kawalan keselamatan ketat setelah dikecam oleh ketua geng, tiada banduan lain boleh mendekatinya dengan mudah.

Kumpulan ini mempunyai keanggotaan paling ramai di New Zealand dan mengawal kebanyakan ahli politik lapor media.

Kumpulan samseng itu turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley semalam untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan kepada keluarga yang terjejas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.

Seorang ahli kumpulan itu, Tanieli Fatu berkata tindakan Tarrant adalah PALING BACUL dan tidak menghormati rumah ibadat.

Katanya, apa yang dilakukan Tarrant tidak boleh diterima sama sekali dan jenayah dilakukan warga Australia itu amat kejam tidak berperikemanusiaan.

"Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami, tidak layak diperlakukan sedemikian."

"Serangan ganas kelmarin tidak mendatangkan apa-apa manfaat, tidak perlu melakukannya. Ya betul kami jahat, Tapi kami amat benci manusia yang tidak menghormati agama,Jika undang2 melepaskan Tarrant,Biar kami sendiri yg mengadilinya.
 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan