Jumaat, 21 Disember 2018

5 Tempat Di Dunia Yang Tak Ada Undang-Undang

negara atau tempat yang tiada undang undang
Seperti yang anda tahu, undang-undang diwujudkan bagi memudahkan pentadbiran sesebuah negara. Tanpanya, negara akan menjadi huru-hara kerana tiada pelaksanaan yang boleh mengawal sebarang salah laku dan jenayah.
Tahu atau tidak, terdapat banyak tempat di muka Bumi ini yang tidak mempunyai undang-undang. Pelbagai faktor menyumbang kepada situasi tidak diingini ini dan kerap kalinya ia memberikan lebih banyak kesan buruk.
iluminasi.com kongsikan antara 5 tempat di dunia yang tidak mempunyai undang-undang.

5. Cheran, Mexico 

cheran mexico
Mexico berada dalam kedudukan yang sukar. Sejak tahun 2006, kerajaan negara ini telah berperang dengan kartel dadah. Dengan bilion dolar yang dipertaruhkan, kartel tidak menyerah dengan mudah.
Selepas pemimpin profil tinggi ditangkap, perang dadah menjadi semakin ganas dan beribu-ribu polis telah terbunuh.
Seluruh kartel telah berkembang dan jatuh. Sesetengah askar Mexico telah pun berpaling tadah. Rasuah datang dengan keganasan dan bandar Cheran di pusat Mexico sudah tidak tahan lagi dengan keadaan ini.
Mempersenjatakan diri, mereka mengusir semua penjenayah keluar dari bandar.
penduduk cheran
Tetapi mereka tidak berhenti di situ sahaja. Mereka juga mengusir ahli politik dan polis. Ini berlaku pada tahun 2011 dan selama 7 tahun yang lalu, bandar ini telah diperintah sendiri tanpa kerajaan.
Mereka mendirikan sistem politik baru tanpa Datuk Bandar dan dengan militia sivil untuk menggantikan polis.
Dan disebabkan ia membuahkan hasil menjadi antara salah satu bandar dengan kadar pembunuhan paling rendah di Mexico, kerajaan membenarkan Cheran untuk terus diperintah sendiri.
Jadi, tempat tidak mempunyai undang-undang ini, membuat undang-undang sendiri yang tidak ada dalam perlembagaan Mexico. Antara salah satu undang-undang tak diiktiraf tersebut adalah larangan ke atas sebarang iklan politik kerana mereka masih membenci ahli politik. 

4. Sahara Barat, Afrika 

sahara barat 676
Salah satu tempat paling menarik di dunia adalah Sahara Barat, sebuah wilayah besar yang dipertikaikan di pantai barat Afrika.
Gurun seluas 103 meter persegi itu adalah rumah kepada hanya 500 ribu penduduk, menjadikannya salah satu kawasan Afrika yang paling jarang penduduknya.
Sehingga tahun 1975, ia adalah wilayah Sepanyol di luar negara. Apabila Sepanyol berundur, beberapa negara mendakwa pemilikan Sahara barat.
Hari ini, kebanyakan daripada wilayah ini dikawal oleh Maghribi. Tetapi sebagai tanah lembah yang jarang penduduknya, 25 peratus Sahara Barat tidak dikawal oleh Maghribi atau mana-mana negara lain.
Ia adalah rumah kepada negara yang mengistiharkan diri sendiri iaitu Republik Arab Sahrawi.
Tetapi beberapa negara lain mengiktirafnya sebagai negara sebenar. Ia diasingkan sepenuhnya oleh dinding yang dibina oleh Maghribi.
Di satu bahagian dinding ini adalah tanah yang ditadbir oleh Maghribi. Sukar untuk mengatakan apa yang ada di sisi satu lagi. Akses adalah sangat sukar disebabkan oleh periuk api daripada perang dan kekurangan tamadun yang lengkap.
Kebanyakan orang yang anda lihat ada nomad dan sentiasa bergerak. Itupun jika anda boleh lihat mana-mana manusia di sini.
Ia tidak mempunyai undang-undang dan merupakan tempat yang mana orang luar daripada Afrika Utara tidak pernah tahu atau dengar.

3 . Somalia 

somalia 247
Sebelum Libya menjadi huru-hara, satu lagi negara Afrika memberi gambaran tentang apa yang akan berlaku. Sehingga tahun 1991, Somalia diperintah sebagai pemerintahan diktator tentera.
Kemudian, kerajaannya telah digulingkan oleh gabungan kumpulan pemberontak. Sama seperti di Libya, kumpulan ini kemudian bersaing dengan satu sama lain untuk merebut kuasa.
Kumpulan yang berbeza menguasai kawasan yang berbeza dan Somalia terbahagi dua. Ini merupakan tema biasa bagi tempat yang tidak mempunyai undang-undang.
Perang saudara ini masih berlangsung sehingga ke hari ini dan secara realistiknya, Somalia adalah sekumpulan wilayah, bukannya sebuah negara yang berfungsi.
Ada yang dikawal oleh kerajaan manakala yang lain dikawal oleh pelbagai panglima perang atau kumpulan pengganas. Seperti yang anda harapkan, kebanyakan bahagian Somalia adalah anarki yang tidak sah, membenarkan pemberontak bertambah kuat di darat dan lanun untuk berkembang di laut.
Ia sampai ke tahap di mana satu-satunya bahagian yang selamat di Somalia, bukanlah sebahagian daripada Somalia. Ia dipanggil Somaliland.
Apabila kerajaan jatuh pada tahun 1991, ia mengisytiharkan kemerdekaan dari Somalia. Sejak itu ia telah wujud sebagai negara yang berasingan.
Somaliland kelihatan sebagai satu-satunya tempat di Somalia yang sentiasa mempunyai undang-undang.

2. Perairan antarabangsa

perairan antarabangsa
Negara yang mempunyai akses ke pantai biasanya memiliki perairan seluas 19 kilometer yang terbentang dari pantai tersebut. Ini bermakna negara tersebur mempunyai kedaulatan dalam jarak 19 kilometer itu.
Tetapi di luar daripada kawasan itu, ia dikenali sebagai perairan antarabangsa. Dalam erti kata mudah, ia tidak mempunyai sebarang undang-undang.
Jika jenayah dilakukan di perairan antarabangsa, negara yang mana kapal tersebut didaftarkan perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikannya dan ini telah berlaku dalam banyak kes.
Tetapi pada hakikatnya, negara-negara seperti Somalia tidak dapat membawa lanun ke muka pengadilan dan lautan adalah terlalu luas sehinggakan ia adalah mustahil untuk dikawal.
Itulah sebabnya begitu banyak syarikat perkapalan di dunia terdedah kepada lanun sehingga hari ini. Tetapi, bukan lanun sahaja yang berlindung di lautan ini.
Pada tahun 1960-an, BBC memonopoli gelombang radio British, menjadikannya hampir mustahil bagi penyiar bebas untuk bersaing.
Untuk memerangi monopoli ini, beberapa saluran radio membawa peralatan mereka ke dalam bot, berlayar ke perairan antarabangsa dan menyiarkan apa sahaja yang mereka mahukan, mengetahui undang-undang Inggeris tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghentikannya.
Dan dari sinilah istilah radio lanun berasal.

1 . Armada Kuning

armada kuning
Terusan Suez telah lama menjadi salah satu laluan perkapalan yang paling penting di dunia, menjadikan Eropah sebagai jalan pintas ke Asia, daripada berlayar ke Afrika.
Kedua-dua bahagian terusan ini dikelilingi oleh Mesir. Tetapi semuanya berubah pada tahun 1967. Pada Jun tahun itu, Mesir berperang dengan Israel dikenali sebagai Perang Enam Hari.
Dalam masa beberapa hari sahaja, Israel menawan seluruh wilayah Mesir di sebelah timur terusan itu. Untuk menghentikan Israel dengan akses yang sama ke terusan, Mesir menutupnya dengan merobohkan jambatan dan memasang letupan dahsyat. 
Lebih dramatik, 15 kapal menyeberangi terusan pada hari ia ditutup, membuatkan kesemuanya terperangkap di dalamnya selama 8 tahun.
Kapal-kapal tersebut berlayar dari Jerman Barat, Sweden, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Poland, Bulgaria dan Czechoslovakia.
Tidak dapat keluar, para kru setiap kapal mengikat kapal ke kapal lain, membentuk sebuah pulau kecil.
armada kuning 2
Walaupun dengan kewarganegaraan yang berbeza, kru-kru ini membina masyarakat bersama dengan perkhidmatan gereja, kelab sosial dan juga pejabat pos. Malah, mereka juga mengadakan Sukan Olimpik sendiri pada tahun 1968.
Di tengah-tengah perairan yang dipertikaikan dan zon konflik, dunia luar telah mengabaikan mereka.
Tetapi pada dasarnya mereka telah menubuhkan negara kecil mereka sendiri, sebuah negara bandar terapung di mana mereka boleh hidup dengan peraturan mereka sendiri.
Selama 8 tahun mereka selamat dalam situasi yang tidak mempunyai undang-undang ini. Dan apabila angin yang meniup menutupi kapal-kapal ini dengan pasir, ia dikenali sebagai Armada Kuning.
sukan olimpik 1968 di armada kuning
armada kuning 3
Tetapi pada tahun 1975, Israel telah mengembalikan tanah yang hilang ini kepada Mesir dan terusan itu dibuka semula.
Selama bertahun-tahun terkandas, hanya dua kapal mampu berlayar ke pulang iaitu kapal Jerman, Münsterland dan Nordwind.
Kapal-kapal itu tiba di Jerman pada bulan Mei, disambut oleh orang ramai yang bersorak.
Sudah tentu, tempat tanpa undang-undang ini tidak lagi wujud, sejak tahun 1975. Namun, kami sertakan kisah ini dalam senarai ini kerana ia terlalu menarik untuk tidak berbuat demikian.
Ia adalah salah satu kisah hidup yang paling luar biasa dari sejarah manusia, tetapi sebahagian besarnya telah dilupakan.
Rujukan:
1. Weirdir
2. BBC
3. CIA
Kredit : iluminasi.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan