Nama saya Wina. Umur saya 23 tahun..Saya lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari. Masa saya study..Mak saya keje jaga tandas je kat satu kedai makan ni. Mak saya dah tua tau. 60 lebih dah..
Masa mak saya lahirkan saya,umur dia 40 lebih gitulah. Saya anak bongsu daripada 4 adik beradik..Dan jarak usia antara saya dan adik beradik yang lain amatlah jauh. Saya dengan kakak atas saya pun beza 15 tahun. Kiranya mak cakap saya ni accidently lah. Tapi mak cakap nilah kebetulan yang paling membahagiakan..
Sebabnya di usia senja mak,mak ada peneman..Saya lah tu. Ayah dah lama takde..Masa tu saya sekolah rendah lagi. Masa saya study dulu,saya rasa kesian sangat dekat mak saya..Sebabnya walaupun dah tua dia korbankan tulang empat kerat dia untuk saya..Supaya saya dapat belajar dengan selesa.
Mak kerja kuli2..Kadang2 bila balik bercuti saya tolong dia. Bila saya dekat kolej,saya selalu menangis rindukan dia. Risaukan dia. Plus dia ada sakit thyroid..Malam2 dia tersedak kan. Saya risau kalau dia terbatuk,takda sapa nak hulurkan air.Bila solat,saya doakan dia..Sampai menangis. Saya minta Allah panjangkan umur dia dan berikan dia kesihatan yang baik..
Abang-abang saya kerja kerajaan..Sorang navy,sorang airforce. Diorang jarang balik..Dua2 dah kawin..Kakak saya pulak surirumah tangga. Saya faham diorang jauh..Sibuk kerja. Plus komitmen kepada keluarga pulak kan. Anak bini. Tapi saya kekadang terasa jugak..Bila balik,mesti komplen. Rumah mak ni semak. Rumah mak ni buruk,kotor lah.
Kecik hati mak..Bila bercakap selalu yang pedas2. I feel her..Kerja keras untuk besarkan anak bongsu. Sedangkan anak2 keje gov kan. Sembang kencang gaji ribu2..Kereta brand tempatan tak main lah. Nak jenama H. Tapi mak? Mak kerja jaga tandas.
Habis je belajar..Saya terus balik kampung..Dan cari kerja dekat2 dengan rumah. Alhamdulillah.. Harini saya gi mintak keje. Petang tu jugak dia call bagitau esok boleh masuk keje. Saya hepi gila masa tu.
Saya terus peluk mak..Walaupun dapat keje kedai hardware je. Hahaha. Basic pun adalah rm1200.. Teringat masa dapat gaji pertama..Sebab baru kerja..10 hari je. Pastu hari gaji kan. Saya gi cek ada rm600. Saya seronok masa tu. Budak baru pegang duit. Masa tu umur 20. Hahaha. Bila teringat mengalir air mata..Sedih ada. Seronok ada.
Saya teringat opah kata. Kalau dapat gaji pertama,bagi dekat mak sikit. Saya siap beli angpau raya. Excited punya pasal. Saya bagi dekat mak rm250.. Mak,Wina dah dapat gaji ni. Ni Wina belanja mak. Saya taktau kenapa rasa nak nangis bila remind benda ni.
Mak sebak sangat. Mak tolak,mak kata simpanlah untuk Wina..Saya bagi jugak.. Saya kerja pagi sampai malam..Cuti sehari seminggu. Bila hari cuti saya bawak mak ronda naik motor..Pegi pekan beli barang dapur.
3 bulan lepas saya kerja..Saya pujuk mak berhenti kerja..Saya nak dia rehat,tanam pokok kat rumah. She really loves planting. Dia pun dah tua..Saya dah habis belajar. Saya dah kerja..Ya,mak berhenti kerja.
Mak berehat saja. Seperti seharusnya. Saya pun gembira di tempat kerja. Kawan2 saya baik hati. Kekadang ada jugak selisih faham. Alah. Biasalah. Saya kerja rajin2..Sebab target nak beli kereta. Saya ambil lesen. Lepastu lama jugak menyimpan,baru dapat beli kereta.
Dalam 7 bulan kerja,saya beli kereta kancil. Saya nak tergelak sangat. Sebabnya masa dapat tu kereta dengan cat terkopak. Tinted takde. Dah macam akuarium. Saya perbaikilah sikit2..Yang mana mampu. Kereta tu saya beli cash..Yang penting maklah orang yang paling hepi.
Sebabnya lama dah berangan nak ada kereta. Kadang2 cuaca hujan,bila naik moto basah kuyup kami berdua. Tapi masih mampu gelak lagi. Jadi bila dah ada kereta panjanglah sikit langkah kami.
For me,mak lah bestfriend saya. Saya takda kawan sangat pun. Ada jugak diorang ajak lepak lah apa. Tapi saya ni macam introvert. Tak reti nak sembang apa. Nak buka isu apa. Cuma hai2 bye2 gitu jelah. Ada kawan masa kolej. Ex roomates. Haa yang tu betul ngam sekepala. Tapi lama dah tak jumpa..
Saya tak kisah orang nak kata saya takde life ke apa. For me,inilah life saya. Even orang kata duduk dengan mak tak pandai berdikari. Sewa rumah takyah bayar. Bil api air ditanggung beres. Err. Suka2 je kan. Mandai je. Buat dosa kering cukup mau. Hello saya bayar ye bil api air since bukan mahal pon. Saya dan mak saja.
Tak kata orang luar..Adik beradik sendiri pun mengata. Mak tu manjakan sangat adik. Ahahaa. Kadang2 pedih rasa hati ni..Dan kadang2 rasa nak je tanya diorang balik. Sapa manja? Aku ke kau?
Kau rasa kasih sayang abah sampai kau kahwin,kau ada anak..Aku? Aku sekolah rendah abah dah takde. Kau pegi sekolah abah hantar abah ambil..Aku? Aku bawa motor sendiri. Hari aku SPM hujan..Aku bermotor tengah hujan..Aku jawab exam dengan menggigil sebab basah kuyup.
Kau ambil lesen abah bayar..Aku? Aku kerja aku kumpul duit sendiri.. Kau masuk kolej abah hantar abah ambil..Aku? Aku sendiri naik bas dengan bagasi selimut dan berbagai harta pusaka aku..
Kau kerja gov pun pakai kabel..Yang interview tu kawan abah..Aku? Aku pegi mintak kerja sendiri..Aku kerja cari rezeki yang halal untuk bahagiakan mak.. Yee. Itu kata hati saya..Yang saya pendam sekian lama. Tak mampu nak meluah..Telan jelah. Anak bongsu tak semestinya manja..
Dan tak semua anak sulung tu berdikari. Jadi jangan perasan bagus sangat.. Duduk dengan mak tayah bayar sewa rumah..Yaa itu bonus. Tapi selebihnya saya cuma nak spend masa banyak2 dengan mak. Saya cuma nak peluk dia setiap malam..Nak solat subuh bersama setiap pagi. Nak main kucing kami hari2..
Bila hari cuti bawak mak berjalan..She loves shopping very much. Kami tengok wayang bersama. Especially horror movies..Dia suka cite hantu. Saya terlalu sayangkan mak saya. Saya nak bahagiakan dia..
Walaupun takdelah kaya tahap boleh travel 30 negara. Huhu. Tapi hidup saya bahagia..Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi taktaulah pulak lepas travel merata ni jadi riak takbur..Makin sempit tengok otak.
Bahagia ni universal..Ada orang bahagia travel. Ada orang bahagia duit banyak. Ada orang bahagia ada rumah banyak boleh sewakan pada ramai orang. Saya? Saya bahagia dengan mak saya. Saya tau jasa dia melahirkan dan membesarkan saya takkan mampu saya balas. Tapi selagi dia hidup dan cergas ke sana sini ni,saya nak sangat berjalan dengan dia jauh2..
Jadi takyah la kita compare2 life kita. Nak kecam2 sana sini. Kalau betul bahagia,teruskan..Semoga kebahagiaan melimpah ruah. Saya ada jugak saving..Kot ada emergency ke kan. Sediakan payung sebelum hujan. Tapi taklah seekstrem orang lain.
Alhamdulillah..Berkat doa mak. 3 tahun dah saya kerja. Saya bertahan dengan pelbagai dugaan..Saya dinaikkan gaji dan pangkat.. Saya renovate rumah mak ni sikit2..Pasang tiles. Cat baru..Supaya mak selesa..Dan supaya abang2 saya tak kata rumah mak ni buruk lagi.
Last but not least..Saya doakan pembaca sekalian dimurahkan rezeki..Dan semoga anda doakan mak saya diberikan kesihatan yang baik selalu. Ingat ya. Life kita berbeza..Jangan berani kata orang takde life. Tak travel,tak lepak dengan kawan..Bukan makna takda life. Tapi life kami lebih kepada ibu ayah kami.
– Darwina
Kredit :lagendakami.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan