Kebiasaannya ibu hamil mengalami beberapa simpton kelenguhan pada badan akibat perubahan hormon. Ada diantara mereka sanggup berjumpa tukang urut bagi meringankan kesakitan yang dialami. Tapi tahukah anda, mengurut semasa mengandung berisiko tinggi dan berpotensi mengakibatkan kematian pada bayi atau ibu.
Seorang jururawat, Bel Nawhen berkongsi kes di mana seorang ibu hamil anak kembar ini mengalami kesakitan perit semasa melahirkan anak. Pembedahan terpaksa dijalankan dan mendapati…
Membonjol di bahagian kanan abdomen
Gambar sekadar hiasan
Berurut dan padahnya.
Waktu saya kerja malam tempoh hari, jam 3 pagi saya assist 1 kes ini.
Ibu hamil kembar 30minggu dikhuatiri mengalami ovari yang berpintal kerana mengadu sakit di bahagian abdomen sebelah kanan dengan skala kesakitannya 8 dari 10. Maka pembedahan perlu dilakukan sebab ibu memang dalam kesakitan.
Apabila buat insisi di bahagian otot, ada darah beku yang mana membuatkan kami tertanya-tanya kenapa pula ada darah beku sedangkan secara normalnya tidak boleh ada pun.
Setelah seluruh kaviti dibuka, dan pemeriksaan dilakukan, kedua-dua ovari dan tiub adalah normal. Jadi, explorasi dilakukan, ada rasa membonjol di bahagian kanan abdomen hingga ke diaphragm. Bonjolan itu rupanya darah beku yang terkumpul di ototnya akibat kecederaan yang berlaku disana. Lebih kurang 250cc darah beku dikeluarkan. Banyak bukan. Patutlah ibu tidak boleh tolerate dengan kesakitannya.
Terus refer ke pakar pembedahan. Pakar pembedahan meminta drain (tiub khas untuk monitor perdarahan) disambung dan abdomen ditutup setelah selesai pengeluaran darah beku.
Membonjol di bahagian kanan abdomen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan