Selasa, 4 Disember 2018

23 Fakta Menarik Tentang Bruce-Lee.. Fakta Ke-5 Benar-Benar Tidak Dijangka


Bruce Lee membawa masuk seni pertahanan diri Kung Fu ke Hollywood. Walaupun beliau meninggal dunia pada usia 32 tahun, legasi beliau masih kukuh sehingga ke hari ini. Di sini kami kumpulkan 23 fakta menarik tentang wira filem kegemaran ramai ini.



1. Bintang-bintang terkemuka Hollywood yang terdiri daripada Steve McQueen, James Coburn, dan Chuck Norris merupakan antara pengusung mayat Bruce Lee sewaktu upacara pengebumian beliau berlangsung.

2. Refleks Bruce Lee sangat pantas, beliau berupaya mengambil wang syiling dari tapak tangan seseorang dan menggantikannya dengan syiling yang lain sebelum tapak tangan itu sempat ditutup.

3. Pada tahun 1962, Bruce Lee menewaskan lawannya dengan 15 tumbukan dan 1 tendangan dalam masa 11 saat.



4. Oleh sebab tendangan Bruce Lee terlalu pantas sewaktu rakaman filem Enter the Dragon, kru rakaman tersebut terpaksa merakamkan babak tersebut semula dalam gerak perlahan agar pergerakan itu kelihatan normal.

5. Bruce Lee gemar menulis puisi, dan hasil nukilannya agak baik.

6. Bruce Lee mahir di dalam tarian Cha Cha. Beliau pernah memenangi kejuaraan tarian Cha-Cha Hong Kong pada tahun 1958.

7. Sebuah patung Bruce Lee telah didirikan di Mostar Bosnia, kerana beliau sangat popular dalam kalangan semua etnik yang sedang berselisihan antara satu dengan yang lain. Tetapi patung itu dirosakkan dan kemudiannya telah dimusnahkan.

8. Kelajuan Bruce Lee memberi reaksi kepada sesuatu ancaman dan melepaskan tumbukan pada jarak 3 kaki adalah 0.05 saat.

9. Bruce Lee merupakan seorang peminat tegar Muhammad Ali.

10. Bruce Lee meninggal dunia akibat alahan kepada ubat penghilang kesakitan.



11. Kelab San Francisco Giants mengubah maskot kelab mereka daripada menggunakan burung camar kepada burung helang yang dinamakan Bruce Lee.

12. Burce Lee mempunyai keupayaan untuk menangkap sebutir beras di udara dengan menggunakan penyepit makanan.

13. Bruce Lee melakukan tendangan yang sangat kuat sehingga ianya mematahkan lengan seorang pemerhati apabila lelaki yang ditendang itu terjatuh ke atasnya.

14. Filem terakhir Bruce Lee, Game of Death, mengandungi babak yang diambil dari upacara pengebumian beliau yang sebenar dengan keadaan mayatnya di dalam keranda turut dipaparkan.

15. Apabila ditanya siapakah yang akan memenangi pertarungan kalah-mati di antara Chuck Norris dan Bruce Lee, Chuck Norris menjawab, “sudah tentulah Bruce Lee, tiada siapa yang boleh mengalahkan dia.”

16. Bruce Lee mempunyai keupayaan untuk melakukan pergerakan chin-up sebanyak 50 kali menggunakan sebelah tangan. Beliau juga dikatakan pernah melakukan tekan tubi dengan memikul pemberat seberat 125 paun. (Berat badan beliau hanya 130 paun)

17. Bruce Lee hanya berumur satu tahun sewaktu menjalani penggambaran filem pertama beliau bertajuk Golden Gate Girl.

18. Bruce Lee adalah ¼ berdarah Jerman. Ibunya ½ berdarah Jerman

19. Beliau mempelajari seni pertahanan diri “wing chun” sewaktu berumur 13 tahun daripada mahaguru Yip Man.

20. Bruce Lee mula berlakon pada usia yang muda, dan merupakan antara pelakon kanak-kanak yang tersohor di Hong Kong. Pada usia 18 tahun, beliau telah pun membintangi 20 buah filem.



21. Muncul sebuah fenomena kebudayaan yang dinamakan Bruceploitation setelah beliau meninggal dunia. Fenomena ini memperlihatkan ramai pelakon yang mempunyai wajah mirip Bruce Lee berlakon di dalam produksi filem berbajet rendah untuk mengaut keuntungan mudah.

22. Bruce Lee meminati The Great Gama, ahli gusti yang tidak pernah dikalahkan di dunia selama 50 tahun beliau aktif di dalam arena itu.

23. Bruce Lee dilahirkan di San Francisco.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan