LONDON – Pada 11 November lalu, satu fenomena gegaran misteri telah berlaku di seluruh dunia yang dilaporkan langsung tidak disedari oleh sesiapa pun dan hal ini membuatkan para saintis sangat terkejut.
Kredit: Sinar Harian
Ahli seismologi dari Universiti Colombia iaitu Göran Ekström memberitahu bahawa beliau tidak pernah melihat kejadian seperti ini sepanjang hidupnya. Sementara itu, pakar seismologi di Universiti Southampton iaitu Stephen Hicks pula menjelaskan bahawa dalam kejadian gempa bumi normal, tekanan yang terbentuk pada kerak bumi akan menyebabkan berlakunya gegaran dalam hanya beberapa saat. Insiden inilah yang mengakibatkan berlakunya beberapa siri gegaran dikenali sebagai ‘rangkaian gelombang’ dari pusat perpecahan.
Sehingga kini, pakar penyelidik masih lagi sedang meneliti serta mengkaji punca sebenar yang mencetuskan gelombang berkenaan sama ada ia disebabkan oleh ujian nuklear, kapal selam, letusan gunung berapi dalam laut atau kemunculan raksasa laut?
Pada masa yang sama, The Sun turut melaporkan kenyataan pihak National Geographic yang menggambarkan fenomena aneh ini sebagai ‘gegaran misteri’ yang berlaku di seluruh dunia.
Kredit: National Geographic
Gelombang tersebut dipercayai bermula berhampiran sebuah pulau di Perancis yang berada di kedudukan antara negara Afrika dan utara Madagascar iaitu Mayotte. Gegaran berkenaan turut dikesan di Zambia, Kenya dan juga Ethiopia sebelum beralih ke Chile, New Zealand, Kanada dan Hawaii.
Menurut laporan Astro AWANI, Mayotte adalah sebuah pulau yang kecil dengan kepadatan penduduk seramai 250,000 orang. Bagaimanapun, sejak Mei lalu, telah berlaku banyak gegaran kecil di pulau ini dan antara gempa yang paling kuat adalah pada kekuatan 5.8 magnitud yang dilaporkan berlaku pada 15 Mei lalu.
Pada masa yang sama, Pusat Pemerhati Perancis mendakwa kemungkinan besar gegaran tersebut berpunca daripada pembentukan gunung berapi baharu di luar pantai Mayotte yang wujud akibat aktiviti vulkanik yang tidak aktif selama lebih 4,000 tahun.
“Ia mungkin berlaku akibat pergerakan magma kira-kira 50km di luar pantai dan dasar laut”.
Lagun di Mayotte
Kredit: Indian Ocean News
Laporan itu turut disokong dengan fakta berlakunya pergerakan Mayotte ke bahagian timur sekitar 2.4 inci fan 1.2 inci ke selatan dalam tempoh lima bulan yang dikesan melalui sensor GPS di pulau tersebut.
“Ianya sangat sukar untuk mengetahui apakah puncanya dan adakah teori semua orang tepat? Malah, saya sendiri tidak pasti apa yang saya katakan ini mempunyai perkaitan dengan kejadian tersebut,” ujar Helen Robinson, pelajar Ph.D dalam jurusan pengkajian gunung berapi di Universiti Glasgow.
kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan