Jumaat, 4 Januari 2019

Aku bru putus cinta, kali ni dia main serbu tak pakai ape pun. Ada ke patut dia cakap dia berkenan dengan aku.


Hai Assalamualaikum. Sebagai intro, aku Nur Dhuha, seorang surirumah, lewat 20an. Cukup skadar itu saja. Apa yang bakal aku coretkan dekat bawah ini berkait rapat dengan cerita seorang perempuan yg dapat mertua perangai macam hantu tu.
Baiklah, aku akan mulakan cerita aku dengan sedikit imbasan kenangan yang tak berapa nak dikenangkan sebenarnya. Tapi untuk tujuan pengajaran perlulah aku singkap sikit tirai kenangan yang dah bersawang tu.(disclaimer. takut abang dengan kak bawang hentam aku)
Sebelum aku berkahwin dengan suami aku, aku merupakan seorang gadis yang murung, pendiam, penyedih tahap dengar lagu jiwang boleh mengalir air mata. Maklumlah aku putus dengan ex aku yang dah bercintun dari tingkatan 3 lagi. (Makk aii. Merenyam betul aku! Tapi atleast aku score 8A PMR)
Ya, dari monyet punye cinta, bawak ke Matrikulasi, dan bawak ke alam universiti. Aku tak pernah ade lelaki lain selain mamat tu. Opps sebelum aku terlupa, mamat tu senior aku. Waktu aku PMR dia dah STPM. Waktu aku di universiti, dia dah start praktikal dekat sekolah. (Cikgu sejarah). Waktu aku tahun akhir, dia dah posting.
Kami hanya bercinta jarak jauh dan berjumpa hanya setahun sekali. Masa aku tahun akhir, mamat ni bawak aku balik kampung dia konon nak kenalkan aku pd family dia. Oppps skali lg aku lupa nak bgtau yang mamat ni orang negeri ***. Mitos mengatakan kebanyakan org negeri tersebut memilih menantu dr negeri tersebut juga.
Alaahh mitos je tu. Pilih2 menantu ni bukan perangai orang malaysia, perangai orang zibamwe je. Fikir aku waktu tu.
Di rumahnya: aku sampai dah petang, lepas aku tumpang solat asar, aku duduk dekat ruang tamu. Mak dan ayah dia dengan pakaian kebun siap2 nak keluar. ‘Duduk deh. Mok cik nga pok cik nok gi kebun meta’ katanya. Waktu mamat tu tengah solat.
Bila dia kluar, dia hanya nampak kelibat moto mak ayah dia melalui tingkap. Dia tanya aku, mak ayah dia nak pegi mana, aku cakaplah yang diorang nak pegi kebun. Tanpa sempat berbual dengan ‘bakal’ menantu ni. Tanpa sempat tanya nama, asal mana blablabla.
Ditinggalkan oleh tuan rumah krik krik krik macam tu. Aku rasa malu bertandang tanpa diundang macam time tu tahap nak sorok muka dalam poket jubah. Lepas pada tu baru kami duk berbincang, dan barulah dia berterus terang yang mak ayah dia nak menantu orang negeri tersebut juga. Tapi kami tak putus terus time tu, kami berusaha untuk tawan hati parents dia. Bagi aku, Allah yang pegang hati manusia. Bila2 masa dia boleh ubah ak suka jadi suka and vise versa.
Lepas aku tamat belajar, hari akhir aku tamat tempoh praktikal, keluar je dari pintu bangunan Biotect institute, aku dapat whatsapp. ‘Saya dah penat berusaha. Wlw sekeras mana pun kita usaha, hati diorang takkan berubah.
Awak carilah lelaki lain yang boleh membahagiakan awak. Saya tak mampu. Saya tak mampu bahagiakan awak dan tak mampu lukakan hati parents say.’
Ditinggalkan dengan hanya sekeping mesej. Wahhhhhhhhhh tejelepok aku waktu tu jugak sebab bercampur penat aku berdiri prepare solution, extract and buffer untuk HPLC analyze campur pulak dengan berita ‘gumbira’ tu boleh ke tak tumbang?
Sejak itu bermulalah perubahan sikap aku yang semua orang notice even aku cakap ‘tak adelah. Biasa2 je.’ Aku jd pemurung, tak banyak cakap. Tidur aku berteman air liur basi. Eh air mata la opkos..
3 bulan lepas aku duduk menganggur tu aku dipanggil PPD untuk ganti seorang guru biology yang tengah confinement. Ok, aku on je. Tamat jd guru biology selama 3 bulan, aku plan untuk sambung master full research.
Aku uruskan itu ini. Satu hari aku ke klinik swasta untuk buat medical check up, lepas xray, doc request utk jumpa aku. Aku tau mesti ada something wrong dengan paru paru aku kalau tak, takkan lah doc nak jumpa aku.
Sangkaan aku tepat. Lungs collapse. Dan doc tak sarankan aku untuk bermain dengan chemical untuk sementara waktu. Time tu jugak aku menangis. Aku tak tahu kenapa. Tapi waktu tu aku rasa hanya sibukkan diri dengan belajar je boleh buat aku lupa tentang kesedihan aku. Aku frust giler.. malam tu sebelum aku tido, aku dapat call dari nombor yang aku tak kenal. Doc yang consult aku pasal hasil xray tu. Dia tanya keadaan aku..amboiiii baiknya doc..
Beberapa hari lepas tu doc tu call lg,dan kali ni dia main serbu tak pakai ‘pape’ . Ada ke patut dia cakap dia berkenan dengan aku, nak jadikan aku isteri dia. Amboiiiii, buatnya aku tunang orang ke mak we orang ke tak ke malu 7 keturunan? Lepas berbincang, aku cuma beri satu jawapan. ‘Datang rumah mintak izin dengan abah. Kalau wali saya terima awak maka itulah keputusan saya’
Alhamdulillah, dalam masa dua bulan kami dah pun jadi suami isteri. Segalanya mudah dari hari pertama kami ditunangkan. Aku dapat mentua yang sangat menyayangi aku. Ipar duai yang sporting. Alhamdulillah suami aku seorang yang penyayang,
bertanggungjawab, suke buat lawak dan kenakan bini dia. Suami aku doc kerajaan sebenarnya tapi dia slalu buat part time(locum) dekat klinik swasta.alhmdulillah hidup kami sangat bahagia, rezki Allah tak pernah putus malah suami aku berjaya dalam ujian untuk jd pakar.
Cuma.. kami dah 2 tahun berkahwin dan masih belum punya cahayamata. Ya, aku teringin nak ada anak sendiri, tapi Allah lebih tahu bila masanya yang tepat buat aku menimang cahaya mata seperti mana tepatnya Dia temukan aku dengan suami aku. (Mohon doa kalian untuk kami)
Apapun dekat sini aku cuma nak berkongsi moral of the story. Pernah dengar orang kata ‘akan ada pelangi setelah hujan’? Ya.. itu benar. Secara sains dan kehidupan manusia begitulah ia..
Allah takkan beri ujian yang tak tertanggung oleh hambaNya. Aku patah hati, setiap kali lepas solat aku akan mengadu dengan Allah ‘ya Allah tak layak kah aku untuk bahagia?’ Hampir setiap hari aku mengadu macam tu. Tetapi Allah menjawab rintihan aku dengan RahmatNya. Dia berikan aku seorang suami yang paling baik dalam dunia. Dia hadiahkan aku mentua yang sangat sayang pd aku.
‘Maka nikmat yang manakah yang kamu mahu dustakan?’ – arRahman
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk kamu.’ AlBaqarah 216. Kredit kkisah rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan