Artis seni Jepun, Haruki atau nama akaun Twitternya @02ESyRaez4VhR2l, baru-baru ini mendapat perhatian netizen seluruh dunia apabila dia memuat naik gambar karya seninya di laman media sosial.
Apakah jenis bakatnya yang luar biasa itu sehingga mampu menjadi tular? Haruki rupa-rupanya mahir mengubah bungkusan makanan ringan dan keperluan asas dari Jepun yang tidak lagi dipakai menjadi arca yang kelihatan sangat realistik dan luar biasa!
Karya seninya mempunyai nama khas dalam bahasa Jepun yang dipanggil “Kirie” atau “Kirigami”, iaitu seni memotong kertas. Kirie lebih banyak dikaitkan dengan seni Jepun tradisional, tetapi Haruki menyesuaikannya dengan gaya peribadinya yang lebih pop.
Mari saksikan 11 karya seni Haruki yang sememangnya mampu membuatkan kita ternganga dan mungkin tidak percaya. Bakatnya sememangnya sangat unik dan lain dari yang lain!
Untuk maklumat lanjut, layari laman twitternya di sini.
1. Arca berbentuk manusia yang dihasilkan daripada tin kerepek kentang
2. Kotak coklat yang digubah menjadi arca gadis
3. Kotak makanan ringan yang digubah menjadi arca istana terapung
4. Kotak coklat yang dihasilkan menjadi arca kapal yang sangat megah
5. Kotak susu kopi yang digubah menjadi arca berbentuk kereta api yang lengkap dengan landasannya!
6. Kotak tisu yang dijadikan patung berbentuk singa laut
7. Kotak coklat yang digubah menjadi arca bangunan gereja
8. Kotak biskut yang dijadikan bentuk jet pejuang!
9. Kotak coklat badam yang digubah menjadi arca tentera berkuda
10. Kotak coklat yang digubah menjadi sebuah kereta antik
11. Robot futuristik yang dihasilkan dari kotak coklat
Sumber: Bored Panda
kredit : Era Baru