Remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas parasut buatan sendiri itu gagal dibuka ketika mangsa terjun dari sebuah bangunan di Ukraine, lapor Daily Mail.
Video rakaman kejadian menunjukkan, Bogdan Firsov terjatuh dari tingkat 14 dalam kejadian di timur bandar Ukraine Makiivka.
Terdahulu, orang dewasa termasuk ibunya yang menjadi pemerhati dikatakan telah memberi galakkan ketika Bogdan sedang melakukan persediaan untuk mencuba parasut tersebut sebagai sebahagian daripada aksi media sosial.
Klip video menunjukkan tangannya terbentang di atas bangunan. Ketika terjatuh, parasutnya dibuka tetapi tidak sempat terbuka sepenuhnya menyebabkan dia terus menjunam ke tingkat bawah.
"Mereka bukan manusia lagi, mereka semua dah hilang akal. Kejadian itu berlaku di depan mata saya sendiri. Budak itu terjun dengan parasut, terus jatuh ke bawah," katanya.
Menurut saudara mara yang menyertai ibu remaja itu menonton, merakam video dan gambar aksi mangsa itu berkata, Bogdan menggunakan parasut buatannya sendiri.
Mereka datang untuk memberikan galakkan, malah bersorak untuknya. Tiada seorang pun yang menghubungi pihak berkuasa untuk menghalang tindakan remaja itu.
Ibu mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu terkejut dengan kematian anaknya dan enggan meninggalkan tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan