Amat sukar membayangkan trauma yang dihadapi oleh seorang ibu apabila mendapat tahu kehilangan bayi tersayang ketika kelahiran. Dan beberapa dekad kemudian ibu ini diberitahu bahawa anaknya itu sebenarnya masih hidup.
Genevieve Purinton yang berasal dari Tampa, Florida telah melahirkan seorang bayi perempuan ketika dia berusia 18 tahun. Genevieve melalui masa yang sukar kerana ketika melahirkan bayi perempuan itu, dia masih remaja dan tidak berkahwin. Sebaik sahaja melahirkan bayi perempuan tersebut, Genevieve bertanyakan anaknya dan pihak hospital telah memberitahu, “Bayi kamu telah meninggal dunia.”
Kredit : Fox 13 News – Tampa Bay / YouTube
Genevieve Purinton mempercayai seumur hidup yang bayi perempuannya telah meninggal dunia. Mungkin akibat trauma, Genevieve hidup keseorangan dengan tidak berkeluarga. Kini ketika berusia 88 tahun, kesemua abang dan kakaknya telah meninggal dunia dan dia hidup bersendirian.
Genevieve mengingati kembali pengalaman traumatik pada tahun 1949 di hospital itu dengan berkata, “Saya bertanya kepada mereka, saya mahu melihat bayi saya, dan mereka berkata, bayi perempuan saya telah meninggal dunia.”
Kredit : Fox 13 News – Tampa Bay / YouTube
Perkara sebenar yang tidak ketahuinya ialah pihak hospital telah membohongi Genevieve kerana bayi tersebut masih hidup dan telah diserahkan kepada sebuah keluarga di California. Bayi perempuan itu dinamakan Connie Moultroup. Connie membesar dengan keluarga angkat di selatan California. Malang bagi dirinya, ibu angkatnya meninggal dunia pada usianya masih muda dan bapa angkatnya pula kemudian telah berkahwin lain.
Ibu tiri Connie bukan seorang ibu yang baik, dan hubungan mereka tidak begitu akrab. Connie berkata, “Saya pernah berangan-angan sejak berusia 5 tahun, pada suatu hari nanti ibu kandung saya akan datang menyelamatkan saya. Dan impian itu tidak pernah padam.”
Kredit : Fox 13 News – Tampa Bay / YouTube
Kemudian selepas 69 tahun, anak perempuan Connie, Bonnie Chase telah membuat keputusan untuk mencari keluarga kandung ibunya menerusi kit ujian DNA. Selepas menjalani ujian ini, Connie mendapat tahu yang dia mempunyai seorang sepupu, dan sepupunya berkata dia mempunyai seorang ibu saudara yang sama DNA dengan Connie. Namanya Genevieve Purinton dan dia masih hidup dan tinggal di rumah perlindungan warga emas di Tampa.
Selepas membuat beberapa panggilan telefon, mereka membuat keputusan untuk bertemu. Tanpa banyak persoalan, keduanya sudah mengetahui mereka sememangnya ibu dan anak kandung kerana wajah kedua-duanya saling seiras antara satu sama lain. Mereka berpelukan erat melepas rindu selama 69 tahun.
Kredit : Connie Moultroup / Facebook
Connie berkata, “Perasaan yang amat hebat dan tersangat indah apabila akhirnya saya dapat bertemu ibu kandung. Tiada perkataan yang dapat diungkapkan melainkan kami menangis kegembiraan.”
Pertemuan semula ibu dan anak yang sungguh menyentuh hati, mengungkapkan satu perkatan, masih belum terlambat menemui keajaiban. Kini, Genevieve Purinton tidak lagi keseorangan kerana dia akan sentiasa ditemani anak perempuannya bersama kehadiran cucu dan cicit hingga akhir hayat. Hadiah Hari Krismas yang paling bermakna.
Lihat rakaman video di bawah.
Kredit : FOX 13 News – Tampa Bay / YouTube
Sumber : Faith Pot , Liftable Western Journal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan