Jumaat, 28 Disember 2018

Gelandangan Ini Ditawarkan Kerja Selepas Memulangkan Dompet Berisi Wang RM2563



Apakah yang akan anda lakukan sekiranya menemui dompet berisi wang yang banyak di atas lantai? Bagi lelaki dari Thailand ini, memulangkan dompet yang ditemui itu adalah perkara yang paling bijak perlu dilakukan walaupun dia sendiri merupakan seorang gelandangan yang memerlu kan wang untuk meneruskan kehidupan.Pada suatu hari Woralop, 45 tahun terjumpa ahli perniagaan dan secara kebetulan menemui sebuah dompet yang tercicir di atas lantai.

Apabila dia mengambil dompet tersebut, dia begitu terkejut sekali. Dompet itu dipenuhi dengan wang berjumlah RM2,563.00. Seumur hidupnya dia tidak pernah melihat wang sebanyak itu apatah lagi memegangnya!

Jika mengenangkan kehidupannya sebagai gelandangan, dia boleh sahaja bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku dan menggunakan wang tersebut.


Walau bagaimanapun, Woralop terus menuju ke jalan besar dan memutuskan untuk memulangkan dompet tersebut kepada pemiliknya.

Dia cuba mengejar ahli perniagaan itu namun malangnya dia tidak berjaya lalu menuju ke balai polis untuk memulangkan dompet tersebut.


Kisah Woralop tidak berakhir di situ. Nitty Pongkriangyos yang merupakan pemilik dompet tersebut memutuskan untuk membantu Woralop sebagai tanda terima kasihnya atas tindakan Woralop yang jujur itu.

Nitty memiliki kilang besi dan sebaik sahaja mengetahui Woralop adalah gelandangan, dia memutuskan untuk mengambil Woralop bekerja dengannya.


Menurut Nitty, kejujuran dan nilai-nilai murni Woralop telah menarik hatinya untuk menggaji lelaki itu. Itulah sikap yang dicari-cari dalam pekerja-pekerjanya.

“Jangan malu untuk melakukan perkara baik dan sekali sekala, cubalah jadi orang yang memberi. Saya berasa sungguh gembira sekarang apabila menolong lelaki itu, malah lebih gembira daripada mendapat semula dompet saya,” kata Nitty kepada Coconuts dalam satu temubual.

Kini, Woralop bukan lagi gelandangan. Kerana tindakan murninya itu, dia kini mempunyai pekerjaan dan hidup selesa di asrama pekerja.


Kisah yang menyentuh hati antara Woralop dan majikannya, Nitty telah menjadi tular selepas teman wanita Nitty, Tarika Patty menyiarkan cerita itu di Facebook.

“Apabila anda berbuat baik kepada orang lain, orang lain akan baik kepada anda. Sesiapa sahaja boleh berbuat baik,” tulis Tarika pada catatan Facebooknya.


Tersentuh dengan kebaikan hati Woralop, Tarika juga membelikan beberapa helai pakaian dan keperluan lain untuk Woralop.


Woralop benar-benar bersyukur atas peluang itu dan dia berharap cerita itu dapat membantu menggalakkan lebih ramai orang menjalani kehidupan yang jujur dan melakukan perbuatan baik.

Sumber : erabaru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan