Oleh itu, untuk info anda, kami ada senaraikan 9 fenomena unik yang berjaya dirakamkan oleh beberapa individu yang berhasrat untuk berkongsikan kejadian itu bersama dengan anda semua. Jom kita saksikan :
#1 Awan yang kelihatan seperti ombak
Kredit: © MartinVettori / reddit
Fenomena ini dikenali sebagai ketidakstabilan ‘Kelvin-Helmholtz’ (perbezaan halaju merentasi antara dua cecair). Ia biasa terjadi di kawasan gunung ganang di mana aliran angin kuat bertemu batuan membentuk awan yang unik ini!
#2 Tanda gelap daripada Harry Potter?
Kredit: © Unknown / imgur
Ia dikenal sebagai ‘sort sol’ dan ternyata kelihatan menakutkan, namun ia merupakan kejadian normal. Ia sebenarnya merupakan migrasi ribuan burung ‘sturnus vulgaris’ yang dapat disaksikan pada langit di sekitar Denmark pada musim bunga.
#3 Apabila Mad Max menjadi realiti
Kredit: © Unknown / imgur
Kejadian ini adalah ribut debu sebenarnya dan ia terjadi di Australia yang melangkaui sepanjang 600 batu dan jarak sehingga 300 batu.
#4 Tic-tac-toe pada permukaan laut?
Kredit: © Tucko29 / reddit
Fenomena ini dikenali sebagai pertembungan laut dan terjadi apabila keadaan laut dengan dua sistem gelombang yang bergerak pada sudut serong. Ia mungkin berlaku apabila gelombang air daripada satu sistem cuaca berterusan walaupun terdapat perubahan pada arah angin. Kejadian ini juga lazimnya berlaku di tengah-tengah laut berbanding dengan di pantai.
#5 Bunga ais
Kredit: © Unknown / reddit
Dikenali dengan riben ais, terjadi pada struktur berongga seperti batang tumbuhan mati atau pagar logam kerana wap air meresap keluar dari pagar dan membeku. Cantik!
#6 Tangan hantu?
Kredit: © vichuu / reddit
Xylaria polymorpha – merupakan kulat yang terkenal dengan jolokan jari orang mati. Ia sememangnya merupakan fenomena yang sangat aneh!
#7 Batuan berlampu
Kredit: sarah.bethea/Instagram
Sinar matahari terbenam memasuki gua dan menyalakan ais, menjadikannya kelihatan seperti batuan ambar.
#8 Gulungan salji
Kredit: © FederOrigin / pikabu
Gulungan salji ini merupakan fenomena aneh di mana gulungan ini kelihatan seperti donat dan ia terhasil ekoran wujudnya angin. Tidak seperti bola salji yang biasa, gulungan salji yang berongga di bahagian dalam ini disebabkan oleh struktur yang lemah dan tipis di dalam lapisan pertama. Lapisan ini mudah dilonggarkan oleh angin.
#9 Kapal UFO?
Kredit: © gibgod / reddit
Ia sebenarnya awan lenticular yang lazimnya terjadi di kawasan pergunungan dan muncul serta hilang dengan agak pantas. Ia kelihatan sangat menakjubkan sehingga anda pasti fikir ia agak pegun, tetapi sebenarnya ia terdiri daripada aliran angin dan kelembapan.
10. Terdapat garis di atas awan
© Unknown / imgur
Gambar diatas menunjukkan fenomena yang dikenali sebagai ‘shelf cloud’. Awan yang kelihatan rendah ini merupakan salah satu indikasi awal hujan kilat di sesetengah tempat.
11. Semut membentuk tanda tanya
12. Ais berjalur
Bongkah ais dengan jalur kerap berlaku di kawasan antartika. Mereka terhasil dari beberapa lapisan salji memberikan reaksi kepada bermacam-macam keadaan. Sebagai contoh, jalur biru pada gambar di atas terhasil apabila ais yang dipenuhi dengan air itu membeku dengan cepat. Itulah sebabnya ais itu membentuk jalur biru.
13. Ribut api
Ribut api ini terjadi apabila angin yang kuat bertemu dengan api yang kuat lalu membentuk satu ribut api. Kebiasaannya ribut api ini berlaku cuma dalam saiz yang kecil.
14. Bayang-Bayang Gunung Rainier
Fenomena ini terjadi apabila langit membentuk awan selimut dan matahari berada betul-betul di belakang gunung rainier lalu membentuk bayang-bayang di permukaan awan.
Sumber: Brightside
Tiada ulasan:
Catat Ulasan