KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak nekad keluar daripada kereta dengan melalui tingkap dan memanjat bumbung apabila menyedari kenderaannya sedang tenggelam ketika melalui terowong di Jalan Tun Razak akibat air bertakung di dalam terowong itu susulan hujan lebat yang melanda ibu negara pada petang 11 November.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Teh berusia 26 tahun, berkata tiba-tiba dia menjadi cemas apabila mendapati kereta Honda Civic putih yang sedang dipandu ditenggelami air hujan yang bertakung sehingga terpaksa bertindak membuka tingkap kereta dan memanjat ke atas bumbung, sementara menunggu pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian.
Kredit : Oriental Daily
Menurut Teh, “Saya tidak perasan terdapat takungan air di hadapan kerana ketika itu saya mengekori sebuah lori yang berada di hadapan. Tiba-tiba air memasuki kereta. Saya terus keluar melalui tingkap dan duduk di atas bumbung kereta untuk menyelamatkan diri. Anggota bomba kemudian tiba di lokasi kejadian dan menyelamatkan saya.”
Teh yang baru memiliki kenderaan itu hampir setahun yang lalu tidak mengalami apa-apa kecederaan, tetapi Honda Civic putih tersebut rosak teruk kerana ditenggelami air.
Kredit : Oriental Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan