Perbezaan generasi dan budaya telah memberikan definisi yang berbeza tentang maksud kecantikan. Ya kecantikan itu adalah perkara yang subjektif dan berbeza penerimaan atau pandangan dari setiap individu.
Mary Ann agak tidak bernasib baik dilahirkan dalam Zaman di mana kecantikan itu adalah sesuatu yang stereotaip di mana setiap orang memandang tinggi bagi mereka yang cantik dan sempurna. Ini telah menjadikan Mary Ann dinobatkan sebagai wanita paling buruk di dunia namun disebalik itu ada perkara yang pahit yang ditanggungnya.
Mary Ann dilahirkan pada 20 Disember 1874 di London. Dia merupakan seorang jururawat pada masa mudanya, dan pada usia beliau 29 tahun, dia telah berkahwin dengan seorang Peniaga bunga bernama Thomas Bevan.
Pada ketika inilah penyakit tumor mula menyerangnya dan seterusnya menjadikan hidupnya berubah serta merta. Pada tahun 1914 pula, suaminya meninggal dunia dan beliau terpaksa membesarkan 4 orang anaknya bersendirian.
Sekitar umur 32 tahun, Mary Ann telah menderita suatu penyakit iaitu Akromegali yang mengakibatkan pertumbuhan tidak normal di beberapa bahagian badan dan muka. Disebabkan ini ia membuatkannya penampilannya berubah dan kelihatan buruk
. Selain itu penyakit tumor yang dihadapinya secara langsung memberi kesan sakit kepala yang teruk sehingga menjejaskan penglihatan beliau. Bersandarkan semangat yang kuat Mary Ann terus maju dan tidak menjadikan kesakitan beliau ini sebagai alasan malah terus bekerja keras untuk menyara anak dan keluarganya.
Dalam mengharungi kesesakan ekonomi, adalah sukar bagi ibu tunggal ini menyara keluarganya sehinggalah beliau mengambil leputusan yang nekad untuk menggadaikan harga diri demi sebuah pengorbanan kepada anak-anak.
Beliau telah menyertai suati pertandingan iaitu ‘wanita yang paling tidak dipandang’ sehingga beliau dinobatkan sebagai ‘wanita terburuk sedunia’. Demi pengorbanan dan kasih sayang nya kepada keluarga anugerah itu telah diterima seadanya malah dipendam segala cacian dan kepahitan tersebut.
Selepas kemenangan tersbut pada 1920, dia diambil kerha oleh Sam Gumpertz dan muncul di ‘Coney Island Dreamland Show’ (iaitu salah satu persembahan yang aneh atau misteri pada masa itu), di mana dia menghabiskan sebahagian besar sisa hidupnya di sana. Beliau juga tampil di Pameran Dunia untuk ‘Ringling Brothers Circus, sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1933.
Pada awal tahun 2000 imejnya digunakan pada kad kelahiran di UK, yang telah dikeluarkan oleh Kad Hallmark iaitu merujuk kepada ‘Blind Date’.
Seorang doktor dari Belanda telah membantah tindakan ini dengan berkata “Kad tersebut adalah penghinaan dan tidak menghormati seorang wanita yang telah menjadi cacat akibat penyakit”. Kemudian Hallmark memutuskan dan bersetuju untuk menghentikan pengedaran kad itu sehingga kini.
Sangat sukar dipercayai, betapa kecantikan itu jika diaamati dari sudut berbeza membawa berjuta maksud. Cantik dalaman adalah kualiti yang sukar dicari.
Kisah Mary Ann Bevan ini telah menunjukkan kepada kita semua bahawa kecantikan sejati adalah merujuk kepada sebuah pengorbanan kepada mereka yang anda cintai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan