Walaupun dalam dunia yang semakin berkembang maju dari hari ke hari, masih tetap ada beberapa insan yang masih lagi menggunakan cara lama untuk bergerak ke mana-mana, seperti basikal. Dan, kadang-kala hanya berjalan kaki sahaja. Insan-insan yang dimaksudkan adalah sebuah keluarga kecil yang tinggal di Kampung Trung Hoa, daerah Gia Nghia, Taiwan.
Kredit: Appledaily
Dari awal tahun 2017 hingga tahun 2018, penduduk di kampung Trung Hoa menyaksikan adegan sedih tetapi dalam masa yang sama sangat menakjubkan. Selepas tamat waktu persekolahan pada setiap hari, penduduk akan melihat seorang gadis kecil yang berlari beriringan dengan basikal ibunya. Di atas basikal itu pula, terdapat dua orang kanak-kanak yang lain, dan seperti jangkaan orang yang melihatnya, gadis kecil itu berlari untuk memberi ruang untuk dua orang adik-beradiknya itu.
Gadis kecil itu akan berlari dengan gembira. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan merasakan bahawa dia adalah seorang gadis muda yang kuat dan hebat. Menurut Appledaily, “gadis kecil” itu berlari di sebelah basikal ibunya setiap hari untuk perjalanan 2 km dari tadika ke rumah. Perjalanannya mengambil masa selama 20 minit.
Kredit: Appledaily
Gadis yang hebat ini bernama Wu Wu yang berumur 5 tahun, lapor Appledaily. Keluarganya terdiri daripada 5 orang. Wu Wu adalah anak sulung, dia mempunyai dua orang adik yang masing-masing berusia 3 dan 1 tahun. Setiap pagi, bapanya, seorang tukang paip, akan membawa dia ke sekolah dengan satu-satunya motorsikal yang dimiliki oleh keluarga itu, sementara ibunya akan membawa dua orang adik-beradiknya ke sekolah dengan menggunakan basikal.
Kredit: Appledaily
Pada waktu petang pula, bapanya tidak dapat mengambil Wu Wu, jadi Wu Wu akan pulang bersama ibunya. Walaupun ketiga-tiga adik beradik itu menghadiri tadika yang sama, namun ibu mereka tidak dapat membawa ketiga-tiga orang anaknya di atas basikal tersebut. Itulah sebabnya Wu Wu sebagai anak sulung terpaksa mengalah dan pulang ke rumah dengan berjalan kaki di sebelah basikal ibunya.
Kredit: Appledaily
Dalam temu bual dengan Wu Wu, wajahnya berubah menjadi kemerah-merahan selepas perjalanan yang panjang itu. Wu Wu tetap berasa gembira walaupun berada dalam kekurangan, malahan dia sangat gembira kerana boleh bersukan.
Kredit: Appledaily
Selain itu, ibu Wu Wu juga sangat prihatin terhadap keselamatan anak-anaknya. Walaupun hanya menaiki basikal, namun dia tetap memastikan bayinya selamat dengan ikatan tali keselamatan dan dalam masa yang sama mengayuh basikal dengan perlahan agar Wu Wu yang berlari disampingnya tidak akan ketinggalan. Ibu Wu Wu juga akan sentiasa memerhatikan jarak anak sulungnya itu agar berada dalam kawasan bahu jalan yang selamat.
Kredit: Appledaily
Video Wu Wu yang berlari sambil berdampingan dengan ibunya itu telah membuatkan netizen berasa kagum dengan tenaga anak gadis itu. Ramai antaranya yang mengucapkan tahniah dan menggalakkan anak-anak mereka menjadi lebih kuat juga. Terdapat juga ramai ibu bapa yang ingin memberikan Wu Wu sebuah basikal kanak-kanak supaya Wu Wu lebih selamat apabila pulang ke rumah di jalan raya.
Sumber: Apple Daily, DKN.tv
kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan