Rabu, 5 Disember 2018

Didiklah Anak Sebagai ‘Hamba’ Dari Sekarang Supaya Kelak Tidak Menjadi ‘Tuan’


Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang.
Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.
Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone atau berchating depan laptop?
Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, ada yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..
Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.
Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa
Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti.
Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil tahu?
Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …

“Kesian anak tu kecik lagi..”
“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”
“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua?
Bukan itu sahaja…
Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri.
Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …nak makan pun mak yang masak…
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.
Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak ini. Guna sahaja tip dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.
Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.
Usah terlalu kasihankan anak
Jangan terlalu memanjakan anak
Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
Ajar mereka tentang kerja rumah
Ajar mereka erti kehidupan
Pupuk kesedaran dalam diri mereka
Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.
Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.
Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.
Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.
Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derh aka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T
Sumber: www.hasrulhassan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan