Rabu, 21 November 2018

Wanita Ini Berkahwin Dengan Hantu Berusia 300 Tahun Setelah Putus Asa Mencari Pasangan Hidup



Seorang wanita nekad untuk mengahwini hantu lanun yang sudah berusia 300 tahun yang berasal dari kepulauan Haiti. Keputusan itu dibuat setelah beliau berputus-asa dalam mencari pasangan hidupnya.

Menurut wanita bernama Amanda Teague itu, dia mengaku hubungan dengan ‘suami’nya Jack, kelihatan seperti pasangan normal yang lain iaitu pernah keluar bersama malah turut melakukan hubungan intim.



Mengetahui bahawa Jack telah meninggal dunia hampir tiga abad dahulu sama sekali tidak mempengaruhi perkahwinan mereka. Tetapi hakikatnya Jack hanyalah bayangan imaginasi dalam kehidupan wanita itu.

Amanda yang berasal dari Downpatrick di Utara Ireland itu percaya hubungan antara beliau dengan lanun itu bakal membawa kebahagian kepada mereka. Bermula sebagai seorang kawan, perasaan sayang semakin menebal antara mereka berdua.



Dia berkata: ‘Kami menjadi sangat rapat. Semakin mengenali dia, semakin saya suka dia”.

Hubungan wanita itu turut mendapat sokongan daripada keluarganya lalu Jack mengambil langkah seterusnya untuk melamar dia. Setelah beberapa lama bercinta akhirnya Amanda memutuskan untuk mencari wakil yang boleh mengahwinkan dia dengan roh hantu berkenaan.



Nasiblah belum ada lagi kisah-kisah macam ini di Malaysia. Kalau ada, confirm wanita ini kena kecam sampai rasa nak bunuh diri kot?

Sumber: Taiko.fun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan