Ahad, 25 November 2018

(Video)”Jom Kahwin Saya Shinna”, Momen-Momen Indah Lelaki Lamar Buah Hatinya Dalam Stadium Dipenuhi Penonton Semalam


Kemenangan Malaysia menjinakkan Myanmar 3-0 mungkin antara momen-momen terindah buat lebih 80 ribu peminat bola sepak yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Namun dalam suasana riuh-rendah sorakkan padu penyokong sepanjang perlawanan berlangsung, ada satu lagi sambutan paling membahagiakan, sudah pastinya buat lelaki ini yang melamar cinta hatinya di dalam stadium keramat negara.
Kenangan indah buat pasangan bahagia ini turut dikongsikan oleh netizen di pelbagai platform media sosial antaranya Twitter dan Facebook. Semuanya bermula apabila skrin gergasi yang dipasang di dalam stadium memuat naik satu grafik yang tertera ”Jom Kahwin Saya Shinna?” ketika rehat separuh masa pertama. Keadaan ini menimbulkan suasana tanda tanya dan semua orang tercari-cari siapakah gerangan si Shinna ini.
Malah, laman rasmi facebook Piala AFF Suzuki sendiri turut berkongsi momen-momen indah berkenaan.Si jejaka tersebut dilihat membawa kain rentang yang tertulis ”Lets Get Married Lah”.
Disaksikan ribuan penonton, si gadis yang menitis air mata dilaporkan menjawab ‘Ya’ dan menerima lamaran tersebut. Sebuah rakaman video yang merakam detik-detik indah berkenaan turut dikongsikan oleh netizen. Lelaki itu dilihat berlutut di hadapan buah hatinya ketika membuat lamaran.
Identiti kedua-dua pasangan tersebut tidak dapat dipastikan, bagaimanapun kami di SK ingin mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia hingga ke hari tua kepada mereka berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan