Bukan lagi rahsia bahawa kuasa muzik dapat menghasilkan pelbagai emosi, dan kuasa muzik berkenaan bukan sahaja dirasai oleh manusia, bahkan kesannya juga dapat dirasai oleh pada haiwan. Perkara berkenaan sudah diketahui oleh Paul Barton dan oleh sebab itulah ia mahu bermain piano agar kesan positif daripada alunan pianonya nanti akan dapat menenangkan haiwan miliknya iaitu gajah.  
Seperti yang ada dapat saksikan pada rakaman video yang kami sertakan di bawah, gajah berkenaan sangat menyukai alunan piano tersebut. Paul berasal dari Yorkshire, England dan dia pada asalnya merupakan seorang pemuzik yang bermain piano untuk sesuatu konsert. Namun, pada tahun 1996, dia memutuskan untuk behijrah ke Thailand untuk mengajar di sekolah piano di sana.
“Ia merupakan peluang yang cukup menarik untuk mengisi 3 bulan saya di Asia, iaitu tempat yang ingin saya jelajahi. Kemudian, saya telah bertemu dengan isteri saya dan ia membuatkan saya menetap di Thailand. Kami telah berkahwin selama 8 tahun. Isteri saya pula sangat tertarik dengan usaha pemuliharaan haiwan. Sejak daripada situlah, pengaruh saya bermula”, jelasnya.
Menetap di sana membuatkan Paul mengetahui akan keganasan terhadap haiwan di Thailand terutamanya gajah. Hutan di Thailand telah bekurangan sejak tahun 1975 hinggalah tahun 1986. Berdasarkan kadar pengurangan berkenaan, pihak kerajaan telah mengharamkan pembalakan secara komersial pada tahun 1989.
Hal ini kerana, gajah digunakan untuk mengangkat kayu balak yang berat, selain dahan dan ranting kayu boleh mencederaka mata mereka. Ia membuka mata Paul yang seterusnya memutuskan untuk memulakan projek “Muzik untuk Gajah”.
Video di bawah menunjukkan Paul sedang bermain piano untul lagu bertajuk “Send in the Clown” pada seekor anak gajah bernama Saiyok dan ibunya. Reaksi mereka sangat mengujakan! Malah, Saiyok seperti terbuai-buai dengan alunan muzik dan mula mendekati Paul yang sedang bermain piano.

Paul pula sempat mengusap lembut Saiyok. Menurut Paul, ketika dia bermain muzik untuk gajah yang cedera, buta dan kematian ibu dan bapa, dia dapat melihat perubahan tingkah laku pada gajah tersebut. Selain itu juga, dia turut bermain piano pada gajah Asia yang diancam kepupusan di Santuari Gajah Dunia, di Sungai Kwai.
Kredit:Era Baru