Rabu, 28 November 2018

(Video) Rakaman Detik-Detik Cemas Adib Cuba Diselamatkan, Dikatakan Berpunca Dari Kemalangan


Dalam satu kenyataan media, badan bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa bahawa Muhammad Adib, anggota bomba yang mengalami kecederaan serius ketika rusuhan kuil 2 hari lepas adalah disebabkan kemalangan ketika jentera mengundurkan kenderaan mereka.
Rakaman detik cemas mangsa telah tersebar di laman media sosial menyaksikan susuk tubuh dipercayai Muhammad Adib telah dibantu oleh sekumpulan lelaki.
Melalui klip video tersebut Adib diangkat menuju sebuah kenderaan dipercayai untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Seorang lelaki dilihat cuba berkomunikasi dengan Adib bagi memastikan dia sedar ketika beliau diusung sebelum dibawa masuk ke dalam kerata pacuan empat roda.
“Abang you okay, tak apa,” kata salah seorang daripada mereka.
Sumber: KiniTV
kredit:SiakapKeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan