Sebuah percutian yang menenangkan bertukar menjadi sebuah insiden yang mendebarkan apabila sepasang suami isteri kehilangan bayi lelaki berusia 18 bulan ketika mereka sedang tidur di dalam khemah. Insiden berlaku di Kem Percutian Murphy di Matata, New Zealand kira-kira jam 7.15 pagi pada penghujung bulan yang lalu.
Kredit: nzherald.co.nz
Seorang nelayan yang bernama Gus Hutt tanpa sengaja telah menemui objek yang terapung di dalam laut ketika sedang memancing di pantai berhampiran dengan taman percutian itu. Tanpa berfikir Panjang, Hutt segera menarik objek itu walaupun dia hanya berfikir bahawa objek itu adalah benar-benar anak patung.
Walau bagaimanapun, setelah memegang ‘anak patung’ itu, secara tiba-tiba ‘anak patung’ itu mengeluarkan bunyi dan pada ketika itulah Hutt mula menyedari bahawa ‘anak patung’ yang ditariknya itu sebenarnya manusia yang benar-benar bernyawa.
“Wajahnya kelihatan seperti porselin dengan rambut pendeknya yang basah,” kata Hutt kepada New Zealand Herald“Tetapi kemudian dia mengeluarkan sedikit bunyi dan saya fikir, ‘oh Tuhan, ini adalah bayi dan dia masih hidup’, dia terapung dengan kadar yang stabil di dalam air. Jika saya tidak berada di sana, atau saya terlewat beberapa minit, mungkin saya tidak akan melihatnya.”
Berikutan dengan penemuan itu, Hutt segera memberitahu isterinya, Sue yang segera menemui pengurus taman percutian yang seterusnya membawanya kepada satu-satunya pasangan yang membawa bayi di kawasan itu, Jessica Whyte, pasangannya, Josh.
“Dia (isterinya, Sue) berlari ke arah khemah mereka dan terus menggongcang (khemah mereka) dan bertanya, ‘di mana bayi kamu – kami baru menarik satu dari laut’ – dan si ibu bayi itu terus menjerit,” kata Hutt.
Pasangan itu menerangkan bahawa bayi mereka, Malachi, telah menarik sendiri zip khemah semasa mereka sedang tidur dan terus merangkak menuju ke pantai.
Jessica Whyte mengakui bahawa insiden itu adalah insiden yang mengerikan dan dia sangat terkejut apabila bangun dari tidur dan diberitahu bahawa bayinya telah ditarik dari laut.
Jessica Whyte menerangkan bahawa Malachi lazimnya akan bangun pada pukul 8 pagi tetapi mungkin pada hari itu bayinya bangun lebih awal kerana bunyi deruan ombak. Pada hari sebelumnya, Malachi juga ada membuat percubaan untuk pergi ke arah laut tetapi berjaya dihalang oleh ibu bapanya.
Malachi segera dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Kredit:Era Baru