Isnin, 19 November 2018
7 Undang-Undang Gila Yang Hanya Wujud Di Korea Utara
Undang-undang dan peraturan dtubuhkan bagi mewujudkan keselamatan dan keamanan sesebuah negara. Namun, berbeza di Korea Utara di mana sistem perundangan di negara itu ditubuhkan bagi menjaga kebajikan pemimpin mereka, Kim Jong-un semata-mata.
Berikut merupakan 7 undang-undang gila yang hanya wujud di Korea Utara.
#1. Kadar Undian 100%
Ianya menjadi suatu kesalahan jika anda tidak keluar mengundi di Korea Utara. Oleh itu, semua rakyat di negara itu akan keluar untuk pengundi ketika pilihanraya dilakukan pada setiap 5 tahun bagi memilih presiden baru negara itu.
Berbeza dengan sistem pilihanraya di negara-negara demokrasi yang lain, calon pemimpin di Korea Utara berjaya membolot 100% undian pada setiap kali pilhanraya dilakukan.
#2. Bonus
Walaupun undang-undang negara ini agak ketat, namun pemimpin negara boleh sesuka hati untuk tidak mengikut peraturan ini.
#3. Orang Asing
Adalah menjadi kesalahan jika anda melawat negara Korea Utara. Jika anda senyap-senyap menyeluduk ni negara ini anda akan dihukum.
#4. Dilarang Memiliki Kitab Injil
Kitab Injil ini tidak bersalah tetapi jika anda memilikinya anda akan dijatuhkan hukuman.
#5. Hukuman 3 Keturunan
Jika seseorang melakukan kesalahan, maka 3 keturunan mereka akan dihukum oleh kerajaan.
#6. Ulang Tahun Ke 106 Korea Utara
Korea Utara menggunakan kalendar Juche (Juche, yang bermaksud “berdikari diri,” adalah ideologi rasmi). Tahun pertama ialah 1912, ketika Kim Il-sung dilahirkan.
#7. Harus Mengetahui Semua Undang-Undang Negara
Korea Utara mempunyai 3 stesen TV, dan kesemuanya dikawal oleh kerajaan. Anda juga diwajibkan menonton undang-undang dan perkembangan politik negara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan