Orang di Asia terkenal dengan sifat ramah dan kemesraan mereka, namun disebalik sifat-sifat baik mereka ini, terdapat sisi gelap yang memerlukan perhatian.
Secara keseluruhannya, terdapat 48 buah negara terletak di Asia dengan jumlah penduduk mencecah 4.4 billion orang. Memandangkan terlampau padat dengan penduduk, maka, tidak hairanlah banyak perkara yang pelik-pelik yang hanya boleh dijumpai di Asia sahaja.
#1. Lebih baik anda tidak menjadi orang yang pertama berada di dalam lif ketika di Jepun.
Orang yang pertama memasuki lif akan secara automatik menjadi kapten lifi di mana anda bertanggungjawab untuk mengedalikan panel kawalan, menekan butang setiap kali orang masuk dan keluar lif.
#2. Jika anda tidak mempunyai kekasih anda boleh menyambut hari Anti-Valentine.
Setiap tanggal 14 April, hari Anti-Valentine akan disambut di Korea Selatan oleh orang-orang yang masih single dan tidak mempunyai kekasih. Mereka yang menyambut hari ini kebiasaanya akan memakan mee dengan sos hitam dan memakai baju hitam dan sering membuat lawak tentang kehidupan peribadi mereka.
#3. Di Vietnam, mereka membenci kucing.
Kebanyakkan orang tempatan di Vietnam takutkan kucing dan agak pelik jika seseorang itu membela kucing di rumahnya. Selain itu, kucing jugak sukar dilihat di jalanan.
#4. Pasangan di Jepun tidur di katil yang berasingan.
Selepas melahirkan anak, peranan wanita di Jepun berubah 360 darjah. Daripada katil pengantin, katil tersebut akan digantikan dengan katil kanak-kanak.
Ini merupakan sebuah perkara biasa bagi beberapa negara terutamanya jika mereka baru melahirkan bayi. Ibu di Jepun akan tidur bersama-sama dengan anak mereka sehingga anak mereka berusia 13 tahun.
#5. Tidak sopan untuk membelai kepala kanak-kanak di Thailand.
Orang Thailand percaya bahawa ada semangat yang hidup di atas kepala setiap orang. Maka, ianya tidak boleh diganggu oleh orang lain. Di Thailand juga kepala dianggap sebagai bahagian yang paling suci di dalam tubuh. Oleh itu, hanya ibu bapa sahaja yang dapat menyentuhnya.
#6. Kanak-kanak Jepun, Korea, dan Filipina bermain permainan yang luar biasa.
Jika ada sesiapa yang mengajak anda bermain Kancho ada perlu berfikir dua kali sebelum bersetuju. Berikut adalah peraturan ringkas permainan, seorang pemain meletakkan tangannya bersama-sama dengan jarinya dan cuba untuk mencucuk punggung sahabatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan