Ahad, 1 September 2019

Monyet pintar pecahkan dinding kaca kandang zoo, ketuk guna batu


Perkara yang mengejutkan telah berlaku di Zoo Zhenzhou yang terletak di Wilayah Henan, China. Gelagat seekor monyet spesies Colombian white-faced capuchin telah dirakam oleh pengunjung zoo itu, monyet tersebut bertindak mengetuk dinding kaca kandangnya dengan menggunakan batu.
Dalam video tersebut, para pengunjung boleh didengari sedang ketawa apabila melihat monyet tersebut mengangkat batu dan kemudian mengetuk dinding kaca berkenaan.
Namun, ketawa bertukar menjadi terkejut apabila dinding kaca tersebut berjaya dipecahkan oleh monyet tersebut pada percubaan keduanya.
Monyet tersebut turut terkejut apabila dinding kaca berkenaan pecah, dan melarikan diri. Menurut Shanghaiist, kakitangan zoo memberitahu bahawa monyet tersebut sangat pakar menggunakan ‘peralatan’, sering menggunakan batu untuk pecahkan kacang sementara monyet yang lain hanya menggigitnya.
Pihak Zoo memberitahu bahawa tiada pengunjung yang cedera akibat kejadian itu. Monyet tersebut juga tidak cedera. Disebabkan kejadian itu, pihak zoo telah membuang kesemua batu yang berada di dalam kandang berkenaan.
Tonton video tersebut di bawah:
Kredit :Era Baru 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan