FLORIDA: Mayat seorang lelaki yang didakwa hilang lebih dua dekad lalu ditemukan dengan bantuan Google Maps ketika penduduk di kawasan itu menggunakan aplikasi berkenaan.
Lelaki berkenaan yang dikenali William Moldt dilaporkan hilang sejak 1997 ketika usianya 40-an.
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas mengunjungi kelab malam dan kes berkenaan telah ditutup kerana pihak berkuasa gagal mengesan.
Bagaimanapun pada tahun ini penemuan mayat mangsa bersama kenderaannya berjaya ditemui di tasik Moon Bay sekali gus memaksa pihak polis membuka semula kes berkenaan
Mayat di dalam sebuah kereta yang terbenam dalam tasik itu disahkan milik Moldt dari Lantana, Florida, yang dilaporkan hilang pada 7 November 1997.
Pada 28 Ogos lalu, menerusi laporan daripada Charley Project kenderaan tersebut jelas kelihatan pada foto ketika menggunakan ‘Google Earth Satelite’ sejak 2017 namun tidak siapa yang menyedari ‘objek’ berkenaan.
Difahamkan kereta Moldt yang terbenam dalam tasik itu ditemukan seorang bekas penduduk yang melakukan carian di Google.
Pencarian seterusnya menggunakan dron mengesahkan terdapat sebuah kereta yang terbenam di dalam tasik sama yang dilihat pada Google Maps.
Polis Palm Beach County berkata, Moldt dipercayai hilang kawalan ketika memandu dan keretanya terjunam ke dalam tasik.
Keluarga Moldt telah dimaklumkan tentang penemuan itu.
Kredit :Era Baru