Saya menyesal dan benar-benar sudah insaf. Begini ceritanya. Saya ada anak empat orang berumur 5, 4, 2 dan 1 tahun. Saya pun gila bermain game juga tetapi saya terlampau taksúb sampai terabai anak dan isteri dari segi perasaan. Saya seorang yang kedekut (ini pengakuan berani maat1). Bukan sebab saya ada perempuan lain tetapi saya kedekut dengan isteri saya sendiri.
Padahal boleh saja saya bagi dia apa yang dia mahukan. Tetapi sikap jimat cermat saya yang agak keterlaluan di mana setiap bulan saya simpan RM800. Nafkah isteri, saya bagi RM50 sahaja. Apalah sangat RM50 itu. Bab barang dapur, saya yang selalu belikan. Tinggal tugas dia memasak sahaja.
Saya jenis yang panas bàran juga. Kalau tewas dalam game, saya akan mengàmuk, menghempàs barang-barang sampai anak yang tidur pun boleh terbangun. Tetapi saya tidak hiraukan, saya biarkan isteri saya buat semuanya. Siap saya màràah dia lagi, “Kenapa tak berhenti menangis tu yang bongsu?!”.
Setiap kali balik kerja atau cuti, saya akan bermain game atau lepak dengan kawan. Amat jarang berkomunikasi dengan isteri. Kalau cuti, bukan rehat dari game, saya keluar lepak dengan kawan-kawan saja. Tetapi saya tidak terfikir pun isteri di rumah saja setiap hari dengan anak-anak yang langsung tidak dibawa pergi berjalan-jalan mahupun sekadar berjalan di taman.
Kadang-kadang isteri ada cakap dengan sengaja mahu saya terdengar, “Cantiknya tempat tu. Best kalau bawa anak pergi sini…” atau; “Untungnya dia, suami bagi surprise, bagi hadiah…” Saya pun apa lagi, pergi tengking dia dan cakap “Tidak tahu bersyukur. Lagi satu trip-trip, mau sweet-sweet. Anak pun sudah berapa? Buang tabiat ka?”. Tetapi bila difikirkan semula, menyesal saya cakap seperti itu pada dia.
Hari itu ketika dia sedang memasak dan saya sedang bermain game seperti biasa, anak-anak pun bising. Si bongsu menangis meminta susu, jadi isteri saya ini segera membuat susu. Si bongsu bila menyusu, mesti ada ibunya. Jadi, isteri saya terlupa masakan di dapur yang sudah berasap berkepul-kepul.
Saya yang tersedar dengan keadaan itu terus berlari ke dapur dan padamkan ap1 kecil yang mahu merebak. Terus saya marah dan mak1 hamun isteri bertubi-tubi. Banyaklah yang saya hamburkan kata-kata yang mampu menyakitkan hati dia.
Tiba-tiba dia berteriak seperti diràsuk sesuatu, dia menangis, kemudian teriak lagi dan berlari keluar. Saya tak pujuk dia, lagipun dia pakai baju kelawar masa itu. Sudah tentu dia akan balik. Tetapi sudah enam jam berlalu, dia masih belum pulang ke rumah. Hati saya mula risau dan bimbang.
“Ke mana pula dia pergi? Sudahlah pakai baju kelawar, belum mandi pula tu. Nak kata pergi rumah kawan, dia tak ada kawan. Haih! Gelisah betullah!” Anak bongsu pun mula menangis-nangis mencari ibunya. Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, tetapi tidak dapat dihubungi.
Sebelum ini dia tidak pernah begini sebab dia pendiam dan jenis yang tidak melawan. Terdetik di hati saya mahu menghubungi ibu bapa dia. Naa, sekali telinga saya pula yang kena ‘cuci’.
“Kalau tak suka dengan dia, pulangkan dia dengan cara baik.” kata mertua. Boleh pula dia balik ke kampung dalam keadaan dia seperti itu. Saya pula jadi hairan dari mana dia dapat tambang balik ke kampung. Rupa-rupanya duit RM50 yang saya bagi setiap bulan, dia simpan.
Saya cuba pujuk mertua agar benarkan saya bercakap dengan isteri, tetapi mertua tak izinkan. Si isteri kata, nanti dia akan pulang ke rumah tetapi kepulangannya adalah untuk meminta diceraikan. Jantung bagaikan nak jatuh bila dengar isteri cakap seperti itu.
Jadi, dua hari isteri tiada di rumah, saya terpaksa mengambil cuti. Barulah saya rasa macam mana perasaannya menguruskan anak. Yang dua lagi hantar pergi ke tadika setiap pagi.
Belum sempat saya mandi, yang bongsu nak minta susu, lepas itu dia berak pula. Yang seorang lagi pun sama. Saya sumbat semua dalam kereta dan selepas hantar dua anak ke tadika, kena uruskan dua anak kecil lagi bagi makan dan mereka makan bersepah.
Kemudian saya cuci kain yang melambak-lambak. Kemas rumah, disepahkan semula oleh anak-anak kecil. Barulah saya tersedar apa yang dilalui isteri. Sebelum ini saya selalu marah isteri tak kemaskan rumah.
Selesai membasuh, kena jemur kain lagi. Selepas itu kena ambil pula anak-anak pulang dari tadika. Sampai rumah, kena bagi makan lagi. Yang bongsu pula menangis nak tidur. Aduii! Rasa macam nak pecah otak.
Sedar tak sedar, dah jam 2 petang. Dah tak ada masa nak fikir main game. Tidur pun selama 1 jam saja, ikut waktu tidur anak. Begitulah rutinya sehingga ke waktu malam.
Dari situlah saya mula sedar. Kini saya rindukan isteri saya. Sebelum ini dia selalu mengomel, tetapi saya tak layan. Bila saya sedar semua ini, saya pula menangis sebab kesal dengan apa yang saya dah buat pada dia selama ini. Tuhan datangkan kesedaran dalam diri saya.
Saya cuba menghubungi dan memujuk isteri. Saya memohon maaf tetapi dia kata dia sudah tawar hati. Saya kata, kasihanlah dengan anak-anak dan kemudian dia membebel-bebel pada saya. Inilah pertama kali saya mendengar dia marah.
Dua hari selepas itu, dia pulang ke rumah. Saya peluk dan pujuk dia jangan minta cerai. Anak-anak pula siap ketawakan saya, mereka belum faham dan menyangka saya bermain.
Rupa-rupanya amarah isteri masih belum habis. Dia menangis dan meluahkan segala rasa yang terpendam di hati. Apa yang saya boleh katakan, saya ikhlas meminta maaf dengan dia.
Dan sebagai tanda maaf, saya tidak lagi melepak dengan kawan-kawan. Saya tambah lagi cuti kepada tiga hari. Saya bawa isteri pergi shopping, beli baju kesukaan dia dan anak-anak, bawa mereka ke pantai, saya hantar dia ke SPA untuk berurut yang mengikut kemampuan saya.
Ketika menulis ini pun saya masih bercuti, masih bawa mereka berjalan-jalan. Syukur isteri saya sudah mula senyum dan ceria bersama anak-anak. Akhir sekali, malam kami berkumpul dan makan.
Saya beri kejutan untuk dia, yang juga bersempena dengan hari lahirnya. Hadiah itu dibuat dalam rumah saja dan biarlah rahsia. Nanti ada yang kata menunjuk-nunjuk pula.
Dengan anak-anak pun saya bagi hadiah mainan. Bukan main gembira mereka bermain. Tetapi satu saja yang saya tak dapat nak tinggalkan, game. Hehe! Tetapi berpada-padalah juga.
Terima kasih admin dan netizen yang sudi membaca. Hargailah isteri di rumah itu buat kerja tanpa henti setiap hari. Ibu-ibu ini memang superwoman bah, kan.
Kredit:ekisah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan