Sabtu, 5 Januari 2019

Setiap petang tabiatnya akan mengilai macam ponti.anak dan terus tidur, dikejutkan memang payah


Saya nina usia 37 tahun, berasal dari melaka , sudah 11 tahun berkahwin dkurniakan 3 orang cahayamata, alhamdulillah saya dikurniakan suami yang amat baik , family man. Suami org Kelantan. Kami menetap dan bekerja di marang, terengganu.
Tetapi pada tahun 2012 suami saya tiba2 mendapat sakit yg ganjil entah darimana muncul penyakit itu. Dia dimasukkan ke hospital selama 10 hari kerana demam panas yang amat. Saya tidak dapat menjaganya di wad kerana anak-anak tiada penjaga kerana saya tiada saudara mara di marang.
Saya tawakal pada allah taala penyakit suami saya itu. Kebetulan dalam tempoh itu saya perlu menghadiri kursus jabatan selama 3 hari 2 malam. Saya terpaksa meminta tolong mertua untuk jagakan suami di wad dan emak saya pula saya minta untuk menemani saya untuk pergi berkursus kerana anak kedua saya ketika itu berusia 2 tahun masih menyusu badan.
Bermula detik yang meningggalkan kesan dihati saya selepas 10 hari suami dibenarkan keluar dari wad , mertua & mak ada menemankan kami 2 hari selepas itu .Mereka juga ada urusan dirumah sendiri mereka pun balik .Selepas itu suami seakan tidak kenal saya dan anak-anak, saya dikatakan busuk berwajah orang tua hodoh, anak- anak menangis pun tidak dihiraukan. Rumah sewa kami bagaikan tidak terurus kerana selalunya si suami rajin untuk membersihkan keliling rumah. Dalam rumah saya bersihkan. Dia hanya nak tidur tak kira masa , solat pun culas kerana kemalasan yang entah apa2.
Pada hari saya bekerja saya mendapat telefon daripada rakan sepejabat suami memberitahu bahawa si suami meracau serta cakap yang bukan-bukan. Dia mengatakan saya dan anak-anak telah mti kemlangan dan dia hendak tengok kami anak beranak dirumah myat.
Astagfirullahalazim , terkejut saya kerana tidak pernah memghadapi situasi ini .Takut pun ada. Allah saja yang mengetahui betapa seeramnya saya ketika itu. Tiba pukul 5 petang dia mengambil saya dari tempat kerja, dia tidak banyak bercakap tapi bibirnya terkumat kamit seakan mengucap sesuatu. Saya hanya mendiamkan diri. Sampai dirumah saya turunkan anak-anak dari kerete, buka pintu pagar , buka pintu rumah saya terus meluru ke dapur untuk menyimpan segala gunting, pisau dll yang tajam. Dikhuatiri dia hilang waras pada hari itu.
Selepas dapat call daripada rakan sepejabatnya saya terus menghubungi keluarga mertua dan kedua ibubapa saya. Mertua akan sampai sebelum waktu maghrib kerana dia agak dekat dengan kami. Kedua ibubapa saya tidak dapat datang pada hariitu kerana jauh dari melaka. Selepas isyak rakan sepejabatnya berjanji akan membawa ustad kerumah kami untuk mengubati suami. Daripada selepas isyak pukul 11 malam baru mereka sampai dengan kehadiran seorang ustad.
Ketika ustad memulakan sesi perubatan itu saya dapat mendengar perbualan dari hati kehati mereka. Perbualan itu sangat perlahan . Tubuh suami dikuasai seorang wanita yang inginkan saya mti dan ada caranya untuk membuatkan saya mti. Menangis teresak saya mendengarkannya. Roh wanita tersebut dapat dikeluarkan setelah hampir 2 jam ustad tersebut memujuk supaya keluar dari jasad suami saya. Suami saya jadi lemah longlai dan tertidur selepas itu. Bila semua telah selesai rakan-rakan sepejabatnya pun balik.
Tinggallah kami sekeluarga bersama ibu dan bapa mertua pada malam itu. Saya mengajak ibu mertua menemani saya tidur dibilik kerana saya masih waspada dengan suami, tapi mertua kata takut dimarahi oleh suami. Saya tawakal..itulah mak kita tak sama mak orang. Saya tidur dalam keadaan lampu terang sampai kepagi kerana takut.
Keesokan harinya saya cuba buang perasaan itu , saya taknak takut seterusnya. Mertua pun balik kekampungnya. Tinggal kami anak beranak . Setiap petang tabiatnya akan mengilai macam ponti anak dan terus tidur . Bila dikejut memang payah sedar. Setiap malam saya mimpi ada ponti anak atas bumbung rumah dan nampak kelibat lembaga di sudut mana saja. Saya kuatkan hati…allahu akbar
Saya menghubungi ayah saya di melaka, minta pertolongan dia melihat keadaan kami. Ayah pun sampai keesokan paginya dan kami bertolak balik ke melaka selama beberapa hari untuk mengubati suami. 4 tempat berubat kami pergi untuk memulihkannya. Terkejut besar saya dibuatnya tentang apa yang djelaskan mereka mertua saya ada saka ponti anak. Dia ingin mencari pelepas dan anak yang dipilih adalah suami saya..tapi saka tersebut dapat dkeluarkan dengan cara memandikan dan dipagar tubuh suami dengan ayat suci alquran.
Alhamdulilah saya rasakan dengan izin allah dan pertolongan dari ayah saya. Sejak dari itu saya hilang rasa kasih pada mertua kerana dia memang tidak membenci saya pada zahir tetapi pada batiniah macam-macam dia buat supaya saya jemu dengan suami.
Bukan habis disitu saja , pada 2012 suami terkena tempias saka itu, 2013 saya mengajaknya untuk berpindah ke melaka kerana mencari keharmonian & keselamatan yang abadi. Silap saya mengisi borang tukar & terus menghantar ke pejabat. Patutnya biar suami tukar dulu baru saya menyusul. 2 bulan selepas itu pertukaran saya ke melaka diterima , saya buntu dan membatalkann pertukaran tersebut, namun tak dilayan. Saya pergi lapor diri ke melaka dan menangis semahunya dengan tindakan saya itu. Suami menemani saya seminggu di melaka dan bila dia nak balik naik bas ke marang saya amat sayuhati dengan keadaan itu. Ya allah perasaan apakah yang saya alami ini.
Hari silih berganti saya berdoa agar ada pertukaran untuk suami saya. Dalam tempoh setahun kami berjauhan dua minggu sekali dia akan balik untuk menjenguk saya dan anak-anak. Pada hari yang dia tak balik ke melaka dia akan balik kerumah ibunya di kelantan. Bila dia balik kelantan jangan harap dapat call @ menghubungi dia. Lantas kejauhan ini ibunya menghasutnya untuk menikah lain dan ada orang ketiga dalam hidup kami. Bagai nak g1la saya dengan pengakuannya.
Tak sudah dengan perbuatan ibunya ..datang pula masalah baru dalam hidup kami…pedih luluh hati saya tuhan saja yang tau. Saya mengisi balik borang pertukaran ke marang tetapi setahun selepas itu baru permohonan saya diterima. Jadinya 2 tahu kami pjj. Allahuakbar situasi ini cukup mencabar naluri saya sebagai isteri dan menantu. Berat badan saya hilang 20kg.
Bila jauh dari mertua saya fikir saya lega dari gangguan , rupanya tidak , rumah sewa kami terutama anak-anak masih diganggu tidur mereka. Mereka sangat penakut untuk kebilik air dan tidur sendirian. Nampak hantu katanya. Saya rasa amat merana & tertekan dengan situasi ini. Saya nekad untuk bertukar kembali ke tempat lama kerana kesiankan anak- anak pada setiap petang mereka dengan rutin pergi bermain buai bersama ayah mereka. Waktu belajar dan tidur mereka juga lebih selesa bersama ayah mereka. Anak-anak kerap demam kerana rindu ayah mereka.
Permohonan pun berjaya dan saya dapat bertukar kembali tetapi saya tak dapat di marang , saya perlu bertugas dahulu d kemaman sehingga ada pertukaran yang datang, setahun lebih disitu.Tapi anak-anak saya letak d rumah bersama suami di marang untuk bersekolah .Saya terpaksa menyewa lain rumah kerana jarak 2 jam jauh untuk saya berulang. Saya balik seminggu sekali. Tetapi bila cuti sekolah suami nak hantar anak-anak pulang kekampung dikelantan , saya tak izinkn saya sanggup ambil cuti rehat dan cuti tanpa gaji untuk menjaga anak-anak.Ada pertukaran lagi saya dapat pula d dungun. Bila di dungun saya boleh berulang kerana perjalanan sejam dari rumah. Saya akan tunggu pertukaran yang akan datang untuk ke marang juga.
Hari bersilih hari berganti tahun 5 tahun saya melaluinya, duit bagaikan air ..barang kemas yang ada , wang simpanan memang aset yang berharga ketika ini. Untuk berubat , berulang alik, selenggara kereta itulah segalanya. Bak kata suami kalau saya tak pindah dulu kita taklah susah macamni..pernah sekali saya menjelaskan tentang apa yang berlaku semuanya angkara ibunya.
Walaupun ibunya bertudung labuh sentiasa berpuasa dan mengaji tapi saya tak respect keperibadiannya. Tp dia macam tak percaya @ taknak ambil pusing hal itu. Mungkin kerana ibunya warak dimata .Tak mengapalah saya redha..saya hanya berdoa tanpa jemu agar allah mengabulkn doa saya supaya adik beradik perempuannya akan rasa apa yang saya rasa. Bukan semudah itu saya memaafkan situasi ini.
Walaupun kehidupan saya sekarang bahagia bersama anak-anak dan suami tapi saya berjaga-jaga agar tidak berulang peristiwa hitam 5 tahun dulu pada masa akan datang. Solat tahajud sentiasa saya saya amalkan dan surah albaqarah sentiasa dimainkn dirumah setiap hari. Terima kasih kepada mertua kerana menyedarkan saya siapa anda.
Kepada ibu saya..saya selalu berdoa agar dipanjangkan usia diberi kesihatan yang baik serta saya nak bahagiakan mak saya sepertimana dia membahagiakan saya. Kepada suami semoga awak akan mengerti mengapa semua ni terjadi, saya amat sayangkan perkahwinan ini. Kepada anak-anak yang disayangi semoga akan menjadi insan yang berguna dan ibu akan pastikan pengalaman yang ibu alami kamu tak akan rasai. Terima kasih dengan ujianmu ya allah.
– Nora / iiumc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan