Seorang lelaki yang bernama Korie William dan bersama kekasihnya ingin berlibur memanjat gunung di dalam hutan berdekatan di Edmonds lake, Alaska. Semasa perjalanan beliau bersama kekasihnya, mereka ternampak sebuah tasik beku kerana musim sejuk, Mereka tertarik pemandangan begitu indah bagi mereka berdua.
Korie mengajak kekasihnya mendekati tasik tersebut untuk bermain permainan semasa kecilnya iaitu melempar batu ke dalam tasik. (lempar batu sambil tengok sejauh mana batu tersebut tersentuh di atas air). Korie mencuba melempar batu tersebut tetapi terkejut timbul bunyi sesuatu yang pelik.
Dia tergamam bunyi tersebut dan memberitahu pada kekasihnya. Dia mencuba sekali lagi melempar batu tersebut untuk mendengar kali kedua bunyi tersebut. Bunyinya sepertia laser dalam filem fiksyen (dengar betul betul dalam video). Dia berasa pelik dengan bunyi yang nyaring ni.
Korie terkejut dan teruja mendengar bunyi tersebut. Dia beberapa kali mencuba lempar batu tersebut diatas permukaan air untuk mendengar bunyi tersebut. Dia seperti tidak menyangka boleh mendengar bunyi tersebut secara semulajadi bukannya melalui teknologi.
Jika anda kuatkan suara pasti anda boleh dengar bunyi tersebut di dalam video ini. Bunyinya amat pelik walaupun menggunakan batu besar dilempar dalam air tersebut. Bunyinya aneh mungkin disebabkan suasana yang sunyi sepi. Bunyi yang jarang berlaku di mana mana. Video rakaman ini menjadi tular.
Jom dengar bunyi tersebut.
SUMBER : Sembang Tular Dot Com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan