Khamis, 3 Januari 2019

Kapal Angkasa China Mendarat Di Bahagian Bulan Yang Tidak Pernah Dilihat Manusia Dan Ini Yang Mereka Temui


Sehari selepas NASA mengumumkan kejayaan New Horizon tiba di objek paling jauh pernah diteroka di angkasa, China pula mengumumkan kejayaan kapal angkasa robotiknya mendarat di bahagian gelap Bulan.
Menurut kenyataan media pada Khamis, kapal angkasa Chang’e-4 mendarat di South Pole-Aitken Basin pada jam 10.16 pagi waktu tempatan.
Kapal angkasa itu membawa instrumen untuk mengkaji keadaan geologi bahagian tersebut selain eksperimen biologi.
Ia kali pertama pendaratan dilakukan dibahagian Bulan yang tidak menghadap Bumi.
Misi pendaratan di bahagian gelap Bulan merupakan misi berisiko dan jauh lebih kompleks berbanding misi Chang’e-3 pada 2013 yang berjaya mendarat di bahagian terang Bulan, Mare Imbrium.
Menurut NASA, bahagian gelap Bulan mempunyai permukaan lebih tebal, pejal serta lebih banyak kawah selain imej Bumi yang tidak kelihatan

Imej bahagian gelap Bulan pertama yang dihantar Chang’e-4 ke Bumi – Foto Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China
Cabaran utama pendaratan termasuk tiada hubungan langsung komunikasi radio dengan Bumi.
Justeru Chang’e-4 perlu berhubung dengan Bumi melalui satelit Queqiao yang dilancarkan Mei tahun lepas.
Kapal angkasa tersebut turutn membawa 3 kilogram kentang dan benih tumbuhan, dan telur ulat sutera untuk tujuan eksperimen.
Selepas ini China akan melancarkan Chang’e-5 dan 6 untuk tujuan membawa pulang sampel tanah dan batuan Bulan ke Bumi.
Sumber Artikel : Astro Awani via kualalumpurviral.com
Video Berkenaan China Mendarat Di Bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan