Selasa, 1 Januari 2019

Kanak-kanak yang tinggal di kawasan gunung ini memanjat tangga setiap hari selama berjam-jam untuk ke sekolah


Hari  ini bermula lah sesi persekolahan pada tahun 2019. Bermacam macam ragam anak kecil pada hari pertama persekolahan tidak kurang juga telatah ibu bapa yg menghantar anak ke sekolah terutamanya yg memasuki darjah satu.
Namunkeadaan ini ber beza sekali dengan sebuah perkampungan kecil yang terletak di pergunungan Sichuan  China dengan altitud 1,400 meter dari paras laut. Justeru, satu-satunya cara untuk penduduk kampung keluar masuk dari kawasan penempatan berkenaan adalah dengan menggunakan tangga yang diperbuat daripada rotan.

Bagi perjalanan ke sekolah, kanak-kanak perlu memanjat tangga ini selama tiga jam. Bayangkan apa yang boleh berlaku sekiranya kaki menjadi lenguh atau mereka tersalah langkah? Pasti bahaya yang menanti di bawah sana!
Lama-kelamaan, para penduduk mula menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan diri masing-masing dan meminta pihak kerajaan untuk membina tangga besi yang lebih kukuh!

Keluasan anak tangga bukan sahaja ditingkatkan tetapi kerajaan turut membina platform untuk penduduk berehat sementara menyambung perjalanan mereka.
Terdapat juga segelintir pihak mempertikaikan tindakan kerajaan kerana tidak membuka jalan baharu yang selamat atau memindahkan para penduduk ke petempatan yang jauh lebih selamat.

Bagaimanapun kerajaan memaklumkan bahawa laluan pergunungan ini terlalu curam dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk menyiapkan projek itu. Tambahan pula, perpindahan penduduk ke kawasan bandar secara drastik akan meningkatkan masalah sosial selain menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri.

Di samping itu, para penduduk juga menyatakan keengganan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan kerana ingin memelihara rumah serta tanah pusaka yang diwarisi secara turun-temurun.
Seram dibuatnya! Bagaimana agaknya mereka melalui jalan ini setiap hari ya?
Kredit : erabaruSumber: Injury Lawyer New Port News via era baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan