Ikan koi bersaiz panjang 101 sentimeter yang berwarna merah dan putih ini diberi nama S Legend telah dinobatkan sebagai ikan masih hidup yang termahal di dunia yang pernah dijual.
S Legend telah dibeli oleh seorang wanita pada harga RM7.5 juta melebihi rekod sebelumnya iaitu RM5.43 juta.
S Legend merupakan ikan koi betina yang diternak di Jepun dibiak daripada baka berkualiti tinggi, Kohaku yang pada mulanya dibeli oleh seorang pengumpul koleksi ikan koi berbangsa Jepun daripada sebuah kolam yang terselamat semasa pengeboman Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua dahulu.
Pada tahun lalu, S Legend memenangi pertandingan berprestij All Japan Koi Show. S Legend dijangka tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan gelaran tersebut bukan sahaja untuk musim ini malah untuk tempoh 2 tahun lagi.
Acara berprestij itu juga turut dijangka akan menerima lebih banyak kehadiran pelancong yang mahu menyaksikan sendiri ikan termahal dunia itu.
Ikan koi termahal yang pernah dijual sebelum ini daripada baka yang sama ialah bernilai RM2.08 juta. Maklumat pembeli tersebut tidak didedahkan namun ada yang mendakwa pembeli tersebut ialah seorang hartawan wanita dari Taiwan.
Mungkin ada yang beranggapan harga yang dibayar tersebut terlalu tinggi namun ramai yang tidak tahu bahawa wanita itu mendapat hak untuk membiakkan ikan koi betina tersebut. Ikan koi milik wanita itu juga pernah memenangi pertandingan berprestij tinggi bagi pengumpul ikan koi.
Dikatakan ikan koi mampu bertelur sehingga 500 ribu biji telur dan daripada jumlah tersebut, dijangkakan sekurang-kurangnya 5 ribu biji telur adalah telur yang berkualiti tinggi dan berprestasi untuk dijual semula.
Jepun kekal sebagai pengeluar ikan koi terbesar dunia dengan 90% pengeluaran bertujuan untuk mengeksport.
Video yang memaparkan S Legend:


Sumber: ODDITY CENTRAL  via Era Baru