Kita semua sangat suka melihat seni kertas yang menarik sama ada ianya berbentuk origami mahupun potongan kertas yang begitu terperinci. Namun, tiada siapa menyangka seni daripada kertas hasil tangan Masayo Fukuda ini begitu mempesonakan terutamanya apabila melihat dari jarak dekat.
Masayo sudah melibatkan diri di dalam seni guntingan kertas ini selama 25 tahun dan ianya jelas boleh dilihat menerusi hasil karya terbaiknya di bawah.
Ujar artis seni Jepun ini, “Bagi saya, menggunting gambar telah menjadi cara saya melepaskan tekanan setiap hari. Jika anda mahu mencuba, perkara asas yang anda perlukan adalah kertas tant, pisau pemotong, matte dan sumber cahaya yang baik.”
Jika dilihat sekali pandang, anda pasti menyangka karya berbentuk sotong kurita ini adalah merupakan sebuah lukisan. Namun hakikatnya, Masayo telah menghasilkan karya agung ini dengan menggunakan gunting!
Malah, dia menggunting sehelai kerta putis bersaiz A2 dan cuba memimik rupa fizikal haiwan berkenaan dari segi bentuk badannya, matanya yang tersembul serta sesungutnya.
“Karya ini mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”
Teknik seni guntingan kertas ini dikenali sebagai Kirie atau Kirigami di Jepun dan dipercayai telah wujud sejak 700 Masihi lagi.
Bakat dan kemahiran yang begitu mempesonakan serta mengujakan! Bagaimana agaknya beliau boleh menghasilkan karya yang sangat terperinci dan halus sebegitu tanpa mengoyakkan kertas berkenaan?
Lihatlah beberapa lagi hasil karya Masaya Fukuda yang sangat menarik ini…
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8