Pernah tak anda melihat sesetengah haiwan yang kelihatan seperti langsung tidak bergerak? Ya, daripada pandangan mata kasar anda mungkin haiwan-haiwan tersebut tidak bergerak, namun sebenarnya ia sedang bergerak tetapi dalam kelajuan yang sangat rendah!
Haiwan dengan kelajuan yang paling perlahan adalah yang paling sukar untuk diukur kelajuannya. Jika haiwan-haiwan lain dirakam dalam mod "slow motion", haiwan-haiwan ini perlu dirakam dalam mod "ultra motion".
7. Beruang koala
Beruang Koala adalah salah satu haiwan yang paling disayangi di Australia. Ia biasanya dijumpai di bahagian Australia Selatan, New South Wales, Victoria dan Queensland.
Pada dasarnya, beruang adalah spesis yang sememangnya perlahan dalam pergerakan. Namun, beruang koala adalah yang paling perlahan dalam semua spesis beruang di dunia.
Kelajuan maksimum yang dicatatkan oleh koala adalah 10 kilometer sejam. Beruang koala sangat malas secara semula jadi, di mana ia hanya duduk dan tidur selama lebih daripada 20 jam sehari.
Malah, kehidupan haiwan ini dijalani dengan tidak aktif dan menghabiskan sepanjang hidup di atas pokok.
6. Lintah pisang
Lintah pisang menyerupai pisang yang masak dengan warna kuning terang. Linta pisang mampu membesar mencecah 25 sentimeter panjang, yang mana dianggap sebagai lintah daratan kedua terbesar di dunia.
Kelajuan pergerakan spesies haiwan ini sangat rendah, sekitar 7 hingga 10 sentimeter seminit. Rembesan lendir berkilat pada badan lintah ini membantu kekal pada permukaan walaupun bergerak pada dinding.
Maka, lintah ini tidak selalu berwarna kuning, yang mana bergantung kepada kesihatan haiwan ini.
5. Kura-kura Galápagos Gergasi
Kura-kura Galápagos Gergasi dianggap sebagai kura-kura terbesar di dunia yang masih wujud.
Sebahagian besar kura-kura Galápagos tinggal di bahagian barat Ecuador dan Aldabra di Lautan India. Berat spesies kura-kura ini adalah salah satu sebab di sebalik mengapa ia menjadi haiwan paling perlahan di dunia.
Kura-kura Galapagos yang membesar sepenuhnya boleh memiliki berat mencecah 417 kilogram. Ia membuatkan haiwan ini hanya mampu bergerak pada kelajuan 0.3 kilometer sejam atau 5 meter seminit.
4. Siput taman
Lembab macam siput. Ia merupakan frasa yang sangat biasa digunakan apabila ingin menggambarkan seseorang atau sesuatu yang tersangat perlahan.
Siput taman atau lebih dikenali dengan nama mesra "siput babi", adalah haiwan yang tersangat perlahan dengan kelajuan pergerakan 1.3 sentimeter sesaat atau 0.0468 kilometer sejam.
Siput taman bergerak ke hadapan dalam bentuk corak gelombang. Biasanya ia akan merembeskan mukus ketika bergerak di satu-satu laluan.
Rembesan mukus ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan siput ini untuk bergerak di permukaan keras kerana badan yang licin. Siput cenderung untu merangkak dengan pelincir sama ada di atas tanah atau air.
3. Tapak sulaiman
Jika anda lihat pada haiwan ini, mungkin anda tak akan sedar bahawa ia sedang bergerak. Ini adalah kerana ia terlalu perlahan, dengan kelajuan 15.2 sentimeter seminit.
Tapak sulaiman bergerak menggunakan kaki tiubnya dan bergerak dalam corak dua hala apabila ia berasa terancam.
Setiap daripada kaki tapak sulaiman bergerak dalam bentuk gelombang dengan satu daripadanya melekat pada permukaan dan yang lainnya dilepaskan.
2. Kuda laut
Walaupun kuda laut mempunyai perkataan kuda, namun ia tersangat perlahan. Ia dianggap antara yang paling perlahan dengan kelajuan pergerakan 1.5 meter sejam.
Selain itu, disebabkan oleh kuda laut dianggap sangat perlahan dari segi kelajuan, ia cenderung untuk tinggal di dasar laut yang terdiri daripada air pegun.
Kuda laut kurang berkemampuan untuk berenang seperti ikan biasa kerana tidak mempunyai sirip ekor. Dan jika dibandingkan dengan chamelon, kuda laut juga boleh menggerakkan mata dengan bebas ke semua arah.
1. Sloth tiga jari
Ketika ini, Sloth tiga jari dianggap sebagai haiwan yang paling lambat di dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah.
Disebabkan ini, sloth kerap digunakan untuk merujuk seseorang yang sangat malas disebabkan oleh sifat haiwan itu sendiri. Malah, sloth ini mampu bergerak pada kelajuan 0.24 kilometer sejam.
Di samping itu, ia tinggal di atas pokok sebahagian besar daripada hidupnya. Sloth boleh membesar sehingga 4.5 kg, yang mana hanya sebesar anak anjing.
kredit : iluminasi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan