Mengurus sebuah keluarga semestinya bukan satu tugas yang mudah. Pasangan ini telah melakukan segala-galanya yang termampu untuk menyara keluarga mereka, walaupun dengan melakukan dua pekerjaan.
Walau bagaimanapun, sinar cahaya masih lagi bergemerlapan di hujung jalan. Semua penat lelah selama 33 tahun perkahwinan dalam sekelip mata dapat dilupakan sebentar apabila anak lelaki mereka, LeJuan James menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah yang besar dan mewah dengan menggunakan wangnya sendiri.
Ini adalah impian yang tidak pernah sekali-kali mereka bayangkan.
James adalah seorang Youtuber terkenal yang mula mendapat tempat dalam industri hiburan ketika dia mula menghasilkan video lucu yang dimuat naik di internet. Menurutnya, ibunya adalah tukang cuci di Disney dan juga juruwang di Walgreens pada waktu malam. Ayahnya pula bekerja dalam bidang penyelenggaraan dan juga sebagai juruwang di Burger King untuk sesi malam.
Dengan niat untuk membalas budi ibu bapanya yang selama ini bersusah payah untuk membesarkannya, James memutuskan untuk memberikan mereka hadiah yang paling berharga.
Selama bertahun-tahun, ibu bapanya telah mengorbankan segala-galanya demi mengutamakan keperluan dan keselesaan anak-anaknya. James mungkin tidak pernah mengatakan secara lisan betapa bersyukurnya dia kerana dikurniakan ibu bapa sebegini, tetapi dalam hati dia sangat berterima kasih untuk segala pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.
Untuk membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya, James menutup mata kedua ibu dan bapanya dan membawa mereka ke kawasan kejiranan ‘hadiah’nya itu.
Di saat James meminta mereka membuka mata mereka, jelas dapat dilihat reaksi terkejut diikuti dengan linangan air mata bahagia di wajah mereka dan James tidak dapat mengawal emosinya juga.
Ternyata, di hadapan ketiga-tiga anak beranak ini terpampang sebuah rumah yang besar dan sangat cantik. Mereka adalah ibu bapa yang sangat bertuah!
Membeli rumah untuk kedua ibu bapanya telah menjadi impian James sejak kecil dan impian ini telahpun menjadi kenyataan!
Terima kasih kepada James, kami yang menonton videonya ini juga turut berasa terharu dan tersentuh.
Saksikan video yang penuh dengan kasih sayang ini:

kredit : Era Baru