Menjalani kehidupan sebagai gelandangan selama 7 tahun setengah, Kevin Booth dari Washington menemui beg kertas yang berisi dengan wang berjumlah RM71 ribu pada satu pagi yang indah.
“Perlukah saya pergi atau saya tunggu?” Itulah perkara pertama yang muncul dalam minda Kevin Booth apabila dia menemui beg coklat yang mencurigakan di hadapan sebuah bank makanan.
Kredit: Eric Johnson KOMO/Facebook
Apabila Kevin melihat bahawa banyak wang di luar Sumner Community Food Bank di Washington, dia berhadapan dengan keputusan yang sukar dibuat.
Memandangkan dia pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam otak ketika di sekolah menengah dahulu dan keadaan semasa sebagai gelandangan menjadikan Kevin lebih sukar untuk membuat keputusan.
“Saya terpaksa menghidu itu untuk memastikan ia benar, yang mana ia memang benar. Terlintas difikiran saya siapa yang akan meninggalkan banyak wang di bank makanan pada masa ini pada waktu pagi? “Kata Kevin.
Kredit: Facebook/ EricJohnsonKOMO
Sumner Food Bank yang dikunjungi Kevin untuk menjalani kehidupan seharian.
Kredit: Patch.com
Dalam masa 45 minit, Kevin mungkin mengambil bungkusan tersebut untuk kegunaan diri sendiri tetapi dia menunggu sehingga seorang wanita dari bank makanan muncul. Dia cuba memberikan beg itu kepada wanita tersebut.
Wanita yang tidak tahu-menahu itu berkata, “Baiklah, tinggalkan beg di belakang pintu itu,” ketika dia menunjuk ke arah pintu dan memberitahu Kevin.
Kredit: Facebook/ EricJohnsonKOMO
Kevin meninggalkan wang yang dia temui di belakang pintu.
Kredit: Facebook/ EricJohnsonKOMO
Menurut pengarah eksekutif bank makanan itu, Anita Miller, Kevin dengan cepat menyerahkan beg itu tanpa banyak cakap tentang apa yang telah ditemui ketika seorang pekerja datang untuk membuka bank makanan pada hari itu.
“Kami sangat, sangat terkejut. Kami hanya fikir itu adalah makanan dan mengambilnya dan membawanya masuk. Kemudian kita menyedari ia adalah sesuatu yang lain dan membukanya. Terdapat wang berjumlah RM71 ribu di dalam beg kertas coklat, “kata Miller.
Kevin tahu dia melakukan perkara yang betul.
Kredit: Facebook/ EricJohnsonKOMO
Wang itu kemudiannya diserahkan kepada polis yang mana mereka akan memegang wang tersebut selama tiga bulan sekiranya ada orang yang akan tampil dan menuntutnya.
Namun 90 hari kemudian, polis menyerahkan wang itu kembali ke bank makanan kerana tiada siapa yang tampil untuk menuntutnya dan Kevin diberikan sebahagian wang dalam bentuk kad hadiah.
Kredit: cityofsumnerwa/Instagram
“Ia mengembalikan semua kepercayaan kita kepada manusia. Ia juga menunjukkan bahawa ada banyak gelandangan yang baik di luar sana juga yang hanya mengalami beberapa masa yang sukar,” puji Miller. Tindakan Kevin yang tidak mementingkan diri turut dipuji oleh ketua polis.
Apa yang akan anda lakukan jika anda menemui beg berisi wang tunai?
Biarpun terpaksa hidup sebagai gelandangan namun tidak seharusnya mengaburi mata sendiri untuk melakukan perkara yang betul atau salah dan Kevin telah membuktikannya.
Sumber: GOODTIMES
kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan