Sabtu, 29 Disember 2018

Niatnya Gaji Pertama Ni Untuk Abah.Namun Kegembiraan Gadis Ini Terbantut Bila Dapat Panggilan Telefon


Seorang anak yang baru habis belajar dan baru mula bekerja pasti teruja ingin memberi gaji pertama buat ibu bapa mereka. Inilah masa yang dinantikan untuk membalas jasa mereka yang sudah banyak berk0rban demi kejayaan anak-anak. Sama juga seperti gadis ini yang tak sabar untuk bank-in duit ke akaun bapanya. Namun, sesuatu yang tak disangka-sangka terjadi dalam perjalanan ke bank.
Assalamualaikum & salam titip kasih sayang kepada semua pembaca di sini. Aku merupakan anak kepada asalnya sepasang ibu bapa. Aku membesar dalam keluarga yang besar dan berstatus separa sederhana. Juga merupakan graduan lepasan ijazah tahun lalu.
NIAT DAN IMPIAN.
Dari zaman belajar lagi, berbaris niat dan impian aku susun. Antaranya nak cepat2 kerja supaya aku dapat balas keringat abah & mak dengan kejayaan. Aku nak cepat dapat kerja nanti supaya aku ada duit untuk belikan mereka macam2 terutamanya ubat2 yang mahal. Sebabnya aku nak orang tua aku sihat. Aku juga punya impian nak beli kereta untuk bawa abah mak pergi mengurut, beli ubat dan semua bendalah yang menyenangkan mereka terutamanya untuk abah yang hidap penyakit kencing manis. Aku ni dengan abah takdalah terlalu rapat tetapi setiap kali habis berbual di telefon, mesti aku sebak semacam dengar suaranya yang lembut dan tenang. Beza benar dengan mak aku yang agak kepoh.
Abah ni orang setenang-tenang alam dengan anak-anak. Paling aku ingat, dia selalu hulurkan aku maggi senyap2 supaya mak tak membebel. Ahaha. Masa tahun akhir nak habis belajar, abah acap kali telefon tanya khabar. Aku pun syok cerita macam2. Aku dah semangat nak kerja nak bagi abah rasa duit aku walaupun zaman belajar pun selalu titipkan abah duit elaun yang aku ada. Ketika kawan2 lain selalu mengeluh elaun tak cukup & menaagih elaun tambahan PAMA (Pak+Mak), tapi aku selalu merasa cukup walaupun tinggal rm10 dalam akaun. Ahaha.
TIPS UNTUK RASA CUKUP DENGAN REZEKI.
Mungkin sebab berkat rezeki elaun yang aku selalu titipkan pada abah & tolong kawan yang kesempitan walau aku pun dalam kesempitan. Ok, ni salah satu tip kalau nak sentiasa rasa cukup dengan rezeki yang kita dapat ya. Tak kisahlah rezeki tu dari bantuan elaun ke, PTPTN, JPA dll. Aku selalu percaya, pegang dan amal kata2 seorang pensyarah kesayangan aku yang katanya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
GAJI PERTAMA.
Akhirnya, habis belajar 2 bulan kemudiannya, aku dapat kerja tetap. Maka, dari pantai timur aku menjengah ke selatan memulakan kerjaya. Masa tu gaji bulan pertama, kedua tak dapat lagi. Entah kenapa aku makin tak sabar nak pegang duit sendiri nak bagi abah mak aku rasa. Dah siap susun belanjawan untuk mereka di kampung. Mungkin inilah perasaan anak2 muda bila baru bekerja. Masuk bulan ke3, aku dapat khabar gaji berserta tunggakan dah masuk. Kau tau perasaan macam mana tak
NIAT BAGI ABAH.
Petangnya aku tel abah mak aku. Aku ingat lagi masa tu abah tanya, “eh, gaji pertama dah nak bagi abah ke? Takpalah dulu, bayar dulu hutang2 apa yang ada nanti baru rasa sedap nak belanja”. Aku terus jawab, “Eh, mana boleh, abah dulu orang nak bagi. Masa tu aku dapat dengar nada suara yang gembira dalam tenang.
“Bolehlah abah buat beli ubat,” susul abah. Masa ni, perasaan nak berbagi rezeki berkobar2 dengan abah mak dan adik beradik. Lewat petang tu juga, aku semangat pecut motor dalam hujan semata-mata nak pergi ‘bank in’ gara2 M2U buat onar. Haha. Malam nanti, aku rancang tel abah nak beritahu.
MALAM PALING SEDIH.
Tak sangka malam itu akan jadi malam paling sedih dalam hidup bila hakikatnya lepas ni aku hanya boleh dengar panggilan dari mak saja. Tau apa jadi malam itu? Malam itu lepas isyak aku berkira2 nak tel abah. Belum sempat aku tel, ‘group whatssap’ famili berbunyi padu dengan ‘chat’ yang masuk.
“Abah rebah masa nak p tahlil! Ambulans bwak p ICU!”
Kau tau tak apa rasanya? Padahal baru petang tadi kau dengar suaranya. Kek kek kek tawa halus terakhirnya. Aku maati rasa. Abah yang tak pernah2 masuk hosp jauh lagi terbaring sakit benar2 buatkan seluruh tangan aku kebas nak membalas ‘chat’. Sekali lagi ‘chat’ masuk.
“Doc tengah pam j4ntung abah. Doc bagi masa 20 minit untuk j4ntung abah kembali normal. Kalau tak, ___________”.
Mata aku berpinar.
Terus aku sarung baju mana patut, aku bergegas cari teksi nak ke stesen bas. Aku kena balik dan abah kena sembuh. Dalam teksi, mata aku tak lepas dari tenung jam menghitung tempoh 20 minit. Aku takut baca ‘chat’, takut apa yang aku bayangkan masa tu terjadi. Segala surah aku titipkan dalam air mata yang bercucuran. Tudung aku dah basah dengan air jernih. Masuk lagi ‘chat’ berikutnya. Aku gagahi diri baca sebab 20 minit dah berlalu.
“Innalillahi wainnalillahi rojiunn…abah takda dah…”
Ya Allah, izinkan aku lihat dan kucup wajah abah buat kali terakhir. Maka, pagi jumaat keesokannya aku dapat pijak tangga pertama rumah. Kau tau apa rasanya bila suasana masa tu seolah2 serupa dengan yang dipertontonkan dalam drama TV. Iya. Bila kau anak yang merantau jauh pulang ke kg dan lihat banyak orang kerumum rumah kau dengan raut bukan gembira. Kau nampak juga van jenazah di hadapan rumah dengan keraandanya di luar.
Maka, dengan langkah bismillah berserta salam sayup kau melangkah masuk ke rumah. Wajah mak ditemani saudara yang menziarah kau lihat dulu. Aku rangkul berserta pelukk cium buat mak sebentar, kemudian aku bangun untuk selak tabir yang melindungkan sekujur tubuh kaku. Aku cubit hati, ini bukan drama tapi realiti bila aku terpaksa selak kain putih yang menutupi wajah abah. Aku kucup pipi dan dahinya. Aku tutup balik wajahnya dengan kain. Aku ambil surah yassin di sebelah dan aku bacanya dengan cukup tenang. Semua gelodak semalam hilang bila lihat wajah abah buat terakhir kali.
Kepada para pembaca yang pernah rasai pengalaman ini, kita geng. Yang belum pernah, percayalah akan tiba masanya kerana kematian itu pasti. Ibu bapa ialah anugerah tiada galang ganti dan merupakan pinjaman yang sampai ketika akan diambil pemberi pinjam. Yakinlah Tuhan tak tunggu kita dah bersedia atau belum. Masa ada, hargailah sebaiknya. Bila tiada, kau akan rasa kekosongan yang tidak akan terisi sampai bila2 lagi.
Kredit : Nur via kisahjalanan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan