Isnin, 31 Disember 2018

Malam tu adik angkat ak ajak putus,masa tu lah terbongkar selama setahun kami couple sebagai kekasih terlarang


Assalamuailaikum.. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim saya menulis confession ini.. Kisah tentang diriku yang boleh dijadikan pengajaran..
Saya Khairinah berumur pertengahan 20-an. Perwatakan agak ganas tapi tidak seganas tomboi, masih perempuan tulen. Kisah bermula apabila saya telah berkenalan dengan seorang ‘adik’ perempuan yang saya jadikan dia sebagai adik angkat saya. Pada awal pertemuan kami semua berjalan lancar dan ekoran sering mendengar cerita sedih si adik tentang kehidupan masa lalu dia membuatkan saya cepat berasa kesian dan penuh simpati terhadap dia.
Kami sangat rapat, pada satu hari si adik confess yang dia dah jatuh cinta dekat saya. Masa itu saya tidak ambil port sangat sebab fikir itu cuma perasaan si adik atas layanan baik saya dekat dia selama ini. Tapi si adik tetap paksa saya sampai saya pun turut jatuh cinta pada dia. Astafirullahalazim.
Bermulalah episode cinta terlarang kami, semua manis berlaka. Ada kalanya bergaduh bagai nak terbalik bumi, biasalah bila dah bercinta kan. Kami cipta pelbagai memori bersama dan berjanji tidak akan berkahwin sebab kami berdua nak hidup bersama. Si adik ni bukan beragama islam dan atas sebab itu saya semakin hari semakin kurang solat, semakin kurang baca al-quran, semakin tidak endah agama saya.
Inilah saya terbesar saya. Saya semakin hari semakin asyik sangat bercinta, rasa indahnya hidup bila ada orang mencintai kita lebih dari kita cintai dia. Masa ni betul-betul bahagia hidup saya. Tapi saya jadi angau, setiap saat dan ketika saya mau si adik sentiasa ada dengan saya. Saya tidak fikir tentang orang lain tentang dunia lain. Hanya adik saya nampak.
Sehinggalah suatu hari si adik ni kantoi cuurang dengan saya. Saya terjumpa Whatapps dia dengan lelaki lain dengan panggilan yang sangat lain macam. Masa tu memang hancur terus hati saya, saya simpan whatapps tu dan saya protes sangat dekat dia.
Dia marah saya balik bila saya protes macam tu. Dan last saya habis geram saya tanya dia pasal whatapps tu. Dia terkejut lebih dari beruk lagi, dan she just said SORRY to me. Dia kata dah sebulan couple dengan lelaki jaahanam tu atas sebab saja-saja nak hilangkan boring dia.
Tapi si adik dah tangkap cintan jugak dengan lelaki jaahanam tu. Rupanya baru saya tau yang lelaki jaahanam tu dah ayat si adik masa awal pertemuan kami lagi, masa itu adik tidak layan langsung sebab bahagia dengan saya. Sampai akhirnya si adik pun tewas dengan ayat-ayat manis lelaki jaahanam tu sampaikan mereka couple.SI adik ni satu ja keistimewaan dia, dia sangat cantik dan memang jadi tarikan para lelaki lah.
Perhubungan saya dengan adik sudah masuk 1 tahun dan sepanjang 1 tahun tu macam- macam yang saya lalui. Saya telah berhabis duit ringgit untuk si adik, berhabis masa, berhabis perasaan, buang kawan-kawan saya, tidak endah dengan agama saya. Saya menyesal sangat diri saya jadi macam ni sebab berkenalan dengan si adik.
Sambung cerita tadi, setelah adik said SORRY saya rasa sedih dan kecewa teramat sangat sampaikan saya buat tidak entah dekat si adik sampai berhari-hari. Si adik apa lagi menangis,meraung dan merayu supaya saya tidak tinggalkan dia. Saya ni spesis yang cepat kesian kan orang, sebab dia menangis sampai tahap itu, saya maafkan kesalahan dia. Lepas itu saya ingat semuanya akan ok tapi saya silap sangat.
Malam keesokan nya adik text saya dengan kata-kata yang sangat sedih, saya dah fikir pelik masa itu. Last text adik dia mintak PUTUS atas alasan dia tidak mau hati saya ini terus disaakiti. Dia kata dia tidak pilih sesiapa pun, saya dia tidak pilih lelaki jaahanam itu pun dia tidak pilih. Ini semua dusta berlaka. Dia pilih lelaki jaahanam itu dan saya ditinggalkan terkapai-kapai seorang diri.
Masa ini bermula lah hidup saya macam orang giila. Memang sebijik macam orang giila sebab tidak dapat terima kenyataan kan. Hidup saya tanpa si adik memang payah sangat sebab saya sentiasa ditemani si adik setiap hari selama 1 tahun. Tidur malam saya terganggu, asyik nangis ja, makan tidak lalu, buat apa pun teringat dekat adik.
Saya buat macam-macam untuk hiburkan hati saya sampai saya bawak diri ke negeri orang sebab nak hiburkan hati saya. Sedikit pun perasaan sedih dan kecewa saya tu tidak hilang, kemana pun saya pergi saya akan bawak sekali perasaan sayang dan cinta saya dekat si adik dalam hati saya.
Tu yang membuatkan saya paarah. Berbeza rasanya bila kita mencintai seorang perempuan dan seorang lelaki ini. Dua-dua cinta manusia ini saya pernah rasa, tersangat hebatlah cinta seoarang perempuan rupanya. Setiap hari saya text si adik saya cakap saya tidak boleh tidak ada adik dalam hidup saya, saya tidak boleh lalui semua ini.
Si adik dengan rilex balas text saya ‘biarkan masa menentukan, satu hari pasti akan ok’ , jawapan dari orang yang sedang bahagia kan. Tapi saya yang terseksa jiwa. Si adik dan lelaki jaahanam itu satu tempat kerja dengan saya, memang hari-hari akan nampak kemesraan mereka itu. Allah ja maha mengetahui bertapa sedih nya hati saya ini.
Sampai lah satu tahap kawan saya bawak saya pergi jumpa ustaz sebab dia kata keadaan saya dah terlalu teruk. Saya dibacakan ayat-ayat rukiah. Lepas berubat tu baru lah saya tahu yang saya dah ‘terkena’ dengan di adik. Allah patutlah saya jadi gila bayang sampai macam ni. Patutlah saya boleh jatuh hati pada si adik.
Saya menangis sepuasnya bila fikirkan semua benda ini, saya diperbodohkan oleh si adik. Selama 1tahun saya jadi lembu untuk si adik ini. Bila saya muhasabahkan diri balik, saya tau ini ujian buat saya. Ujian yang sangat berat sebab melibatkan hati dan perasaan dan kecelaruan identiti saya.
Saya dekatkan diri dengan Allah semula sebab allah dah ketuk pintu hati saya untuk kembali ke landasan yang benar. Saya bersyukur sangat semua ini terjadi, kalaulah saya masih bersama si adik, saya tidak tau hanyut saya tu sampai mana dah.
Alhamdulillah setelah hampir sebulan saya berpeerang dengan diri saya, saya dah move on sikit. Sekarang saya dah semakin ok menjalani kehidupan harian saya tanpa si adik. Semoga para pembaca dapat doakan saya untuk terus move on ya.
Saya tidak mau ingat lagi si adik. Kehadiran si adik adalah satu kesilapam dalam hidup saya. Cumanya sekarang saya sunyi, yelar biasa ada yang text tanya khabar, ambil berat. Sekarang semua dah hilang. Ada kalanya saya terlalu rindu si adik sampai saya menangis lagi dan lagi, saya tidak tau sampai bila macam ini. Saya sangat tidak suka apabila perasaan rindu ni muncul ,saakitnya amat perit.
Padahal si adik bahagia disana, sedikit pun tidak fikir saya ini. Si adik tetap berhubung dengan saya sebab dia tau saya tidak boleh move on, perhubungan yang tidak seperti dulu lah. Adakalanya saya akan balas textnya, ada kalanya saya buat tidak tau saja. Saya dalam uasaha nak move on.
Kepada pembaca sekalian, doakan saya ya sebab saya dah melakukan kesiapan terbesar dalam hidup saya. Saya sedih hidup saya jadi macam ni. Jika ada apa-apa cadangan untuk saya lupakan si adik sila kongsikan, saya tidak mau ingat si adik tu pernah muncul dalam hidup saya.
Maaf atas segala penulisan saya yang berterabur ini, saya hanya kongsi kesilapan saya selama ini dan semoga pembaca-pembaca tidak melakukan kesipalan yanh sama. Biar saya seorang yang hanyut macam ini. Jangan kencam saya atas segala kesilapan saya. Saya dah kembali ke landasan yang betul. Terima kasih.
kredit : lagendakami.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan