Pada usia 12 tahun, Leonardo Nicanor Quinteros masih seorang pelajar yang baru memasuki sekolah menengah rendah. Akan tetapi, tidak seperti kanak-kanak lain, Leonardo mempunyai tugas dan tanggungjawab lebih besar iaitu menguruskan sebuah sekolah persendirian secara percuma.
Sekolahnya tidak terhad dibuka kepada golongan kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa untuk membantu mereka yang lain mendapatkan pendidikan.
Leonardo seorang kanak-kanak yang cintakan ilmu pengetahuan, dan beliau juga mahu menyebarkan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan kepada semua orang yang berada disekelilingnya.
Kredit : Oddity Central
Selepas melihat rakan-rakannya melalui kesukaran untuk terus belajar dan berada di sekolah, dengan ada pula yang menghabiskan banyak masa bermain di jalanan sehingga mengabaikan pelajaran, Leonardo membuat keputusan untuk melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.
Tahun lalu, Leonardo memberitahu neneknya, Ramona yang beliau mahu mengurus sebuah sekolah kepunyaannya sendiri dan meminta izin neneknya membina satu ruang berupa bilik darjah di sebelah rumah mereka di Las Piedritas, berdekatan San Juan, Argentina.
Kredit : Siakap Keli
Ramona bersetuju dengan permintaan cucunya itu, dan pada hari ini sekolah Leonardo dibuka secara percuma kepada 40 orang pelajar. Leonardo menjadi guru dan pengetua paling muda. Budak lelaki 12 tahun dengan bakat luar biasa serta berhati mulia, kini berasa sangat bangga kerana inisiatifnya itu telah membuahkan hasil dan berjaya membawa perubahan kepada ramai kanak-kanak yang menghadiri kelasnya.
Walaupun sekolah itu dibina dengan ruang yang lebih kecil tidak seperti sekolah biasa, tetapi ia sudah cukup selesa buat para pelajar untuk mendapatkan pendidikan percuma daripada Leonardo. Dengan bantuan jiran-jiran dan badan amal yang kagum dengan kesungguhan Leonardo, kini sekolah tersebut sudah memiliki meja dan kerusi untuk para pelajarnya, lengkap dengan loker, papan tulis dan loceng. Sekolah itu juga mempunyai pembesar suara yang akan memainkan lagu kebangsaan Argentina sama seperti sekolah biasa.
Kredit : Siakap Keli
Amat mengagumkan apabila melihat seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang begitu menekankan betapa penting pendidikan berkualiti perlu diterapkan kepada kanak-kanak di kejiranannya dan beliau sendiri sentiasa mendedikasikan diri untuk membantu mereka mendapatkannya.
Leonardo tinggal kira-kira 20 minit dari rumah neneknya, tetapi dengan tekad, kesungguhan dan minat menjadi pendidik, beliau akan berbasikal setiap hari dengan berulang alik ke sekolahnya itu. Tidak kira dalam apa juga keadaan dan cuaca, Leonardo akan memastikan pembelajaran para pelajarnya sentiasa diteruskan. Jika ada pelajar yang tidak dapat hadir pada waktu siang, Leonardo akan memastikan kelas diajar pada waktu malam, supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Kredit : Siakap Keli
Menurut Ramona, “Cucu saya tidak pernah tidak hadir untuk mengajar. Sikap mulia dan dedikasinya sangat mengagumkan. Saya sendiri tidak mempercayai dia boleh melakukannya.”
Sekolah kecil Leonardo mengajar 36 orang kanak-kanak yang lebih muda daripadanya dengan 4 orang yang lain adalah orang dewasa yang dahagakan ilmu pengetahuan. Guru dan pengetua muda ini sentiasa berdedikasi dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Ramai para pelajarnya mengakui mengikuti kelas Leonardo membawa banyak perubahan kepada diri kerana mereka kini dapat membaca, menulis dan mengira.
Kredit : El Incorrecto
Salah seorang pelajar berkata, “Kelas ini telah membantu saya lulus dalam ujian, dan kini saya sudah berada di Gred Tiga.”
Kisah Leonardo Niconar Quinteros sesungguhnya memberi inspirasi. Seluruh Argentina pasti amat berbangga memiliki anak muda seperti ini yang berupaya memberi sumbangan kepada masyarakat dengan cita-citanya yang tinggi di dalam bidang pendidikan, dan kemiskinan itu bukan satu halangan.
Lihat video di bawah.
Sumber : Oddity Central , Siakap Keli
Kredit :Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan