Hai, nama aku Humaira. Bukan nama sebenar. Aku ingin menceritakan sedikit tentang kisah hidup aku sebagai seorang anak yatim. Aku berumur 15 tahun.
Kisah aku bermula 26/7/2007. Abah aku menghidap demam campak. Tapi sebenarnya aku demam campak dulu , kedua abang aku dan yang terakhir abah. Tapi, ada satu malam aku terjaga. Aku tengok ibu dengan abah tak ada sebelah aku. Aku tidur dengan abang aku, tapi kalau terjaga aku pergi bilik ibu dengan abah. Aku bangun lah dan pergi dapur. Aku nampak abah pengsan atas riba ibu. Aku terkejut. Selepas tu, aku tak ingat. Maaf tergantung. Ya lah , waktu tu baru 4 tahun.
Apa yang aku ingat, esok tu kami sekeluarga pergi rumah Tok Wan sebelah abah aku. Kami bermalam di sana. Pada malam, 29/7/2007 , abah dah mula meracau. Mengajak pulang ke rumah. Aku tak faham apa-apa. Dan tiba-tiba abah tak sedarkan diri. Aku masih tak faham apa yang berlaku. Aku nak ikut ibu ke hospital. Tapi ibu tak bagi, ibu pesan, ‘duduk rumah. Tunggu nanti ibu balik’. Okay aku tunggu. Jadi, ibu pergi ke hospital bersama-sama sepupu dan abah aku. Aku tunggu ibu balik.
Dalam pkul 2 pagi macam tu mungkin, aku tengok orang dah mula susun kerusi dekat rumah Tok wan aku. Aku masih tak faham. Jadi, mak long aku ada sediakan cucur udang. Aku makan tanpa fikir apa-apa. Dalam beberapa minit , aku nampak kereta sepupu aku masuk ke perkarangan rumah. Aku lompat-lompat sebab aku seronok sengat ibu dengan abah balik sambil jerit ‘ yeay ibu dah balik!’. Sepupu aku turun dari kereta dan bergegas untuk masuk ke dalam rumah. Jeritan aku yang tadi berubah menjadi suram. Aku pelik kenapa ibu tak ada. Aku pelik sangat. Aku tanya sepupu aku, ‘akak, ibu mana? ‘ sepupu aku jawab ringkas ‘dekat hospital’dan terus masuk ke rumah. Aku hanya angguk dan sambung makan.
Dalam pukul berapa pagi, aku bermain dengan abang aku sambil menunggu ibu. Walaupun ramai sangat orang pakai kopiah putih duduk dekat kawasan rumah.
Tiba-tiba ada sebuah van putih sampai dan tulis ‘van jenaazah’. Aku terdiam. Seolah-olah faham. Aku dan abang aku berhenti bermain. Dan aku nampak ibu turun dari van jenaazah sambil tahan air mata. Tanpa aku sedar, air mata aku deras turun. Aku faham. Abah sudah meningggal. Dan aku telah menjadi anak yatim. Ibu lari mendapatkan aku dengan abang. Kami bertiga menangis. Ibu bisik perlahan… ‘abah dah takdak adik.. Abang’sambil menangis. Abang aku balas , ‘ibu..macam mana abang nak sekolah.. Kita takada duit.. Abah dah tak ada.. ‘.
Fikiran aku kosong. Abah dah tak ada. Hero aku dah tak ada. Penat menangis, aku tertidur. Ibu kata sebelum aku tidur, ‘adik dengan abang tidur sebelah abah tau? Harini hari terakhir adik dengan abang boleh tidur dengan abah.. ‘. Aku terus tidur. Ibu letak aku di sebelah jenaazah abah.
Aku terjaga kerana sudah lama aku tidur. Mereka mau kafaankan abah. Sepupu aku menyuruh aku cium pipj abah buat kali terakhir. Tapi aku taknak. Aku takut abah bangun balik. Lawak bukan? Aku terpengaruh dengan cerita hantu HAHAHAHA. Tapi aku menyesal. Itu adalah peluang terakhir. Kalau Allah izinkan aku untuk putarkan masa, aku mahu kembali ke hari terakhir aku dengan abah dan cium abah supaya dapat hilangkan rindu. Sungguh, aku rindu sangat.
Sudah beberapa bulan berlalu. Aku rindu sangat dekat abah. Setiap petang , aku akan tunggu abah. Itu rutin harian aku. Abah akan pulang waktu petang selepas tamat kerja. Abah aku kerja sendiri. Abah bawa lori pasir. Lori pasir tu, kepunyaan abah. Apa yang aku ingat, abah selalu bawa balik Vitagen. Aku sentiasa excited bila tungguh abah balik. Tapi , selepas abah meninggal. Aku macam tunggu seseorang tapi dia takkan datang. Kosong. Aku tahu abah dah tak ada. Tapi aku tetap tunggu. Bila aku rindu, aku buka album yg simpan gambar abah dengan ibu. Aku menangis.
Aku tak macam kanak-kanak yang lain. Mereka masih mempunyai ayah, hidup mereka sangat sempurna. Aku? Aku hilang abah. Aku hilang kasih sayang abah. Apa yang aku ada, hanya memori dan gambar dengan abah. Tu pun sekeping. Tapi aku bersyukur sebab aku kasih mempunyai ibu yang berjiwa kental dan sentiasa memberi sokongan. Tapi, aku masih mempunyai tok ayah, sebelah ibu. Dia baik sangat dengan aku. Selalu bagi aku duit. Selalu melawat kami sekeluarga. Dia selalu cium pipi aku sambil buat bunyi. Bunyi tu mahal tau ! Tak ada sesiapa pun boleh tiru.
2008. Aku masuk tadika. Semuanya okay dan aku jalani zaman kanak-kanak dengan indah sekali. Tapi, aku cemburu dengan rakan-rakan aku yang lain. Bila diorang balik sekolah, ayah diorang ambil. Aku sedih. Tapi tak apa, aku masih ada ibu . Ada satu hari, aku cakap dekat ibu. “ibu…adik nak balik sekolah dengan abah macam orang lain.. “. Ibu aku balas “abah dah tak ada adik, adik nak ibu beli abah dekat mana? Pasar?”. Aku terdiam.
Terlupa pula aku nak cerita pasal ibu. Selepas abah meninggal, ibu usaha mencari rezeki demi membesarkan aku dengan abang. Yang paling aku sedih, ibu ambil upah cuci kemas orang. Ibu ambil upah lipat kain, menggosok baju. Ibu aku tak putus asa. Aku nak sangat jadi kuat macam ibu 🙂 sampai la tahun 2010, ibu mula menjadi seorang pengasuh.
Sampai lah aku memasuki alam sekolah rendah pada tahun 2010. Aku tak menangis pun pergi sekolah sebab aku ada kawan. Tu pun 2,3 orang. Tambahan pula abang aku satu sekolah dengan aku. Jadi aku ada pelindung. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat banyak bantuan. Dekat sekolah aku dapat bantuan makanan.
Waktu darjah 1, adalah manusia suka car pasal dengan aku. Selalu ajak gaduh. Sampai satu dia gaduh dengan aku sambil kata “dah la anak yatim!”. Pergh. Hati aku panas+sedih. Lepastu cikgu datang pertahankan aku. Oyeh oyeh. Padan muka dia.
Nak dijadikan cerita, tok ayah meninggal pada tahun 2010. Hmm.. Aku hilang lagi seorang lelaki yang aku sayang. :(. Tapi tak apa, aku teruskan hidup sebab life must go on!
Sampai aku darjah 6 , aku UPSR. Tahun yang paling aku takut sekali. Dah la aku ni jenis tak pandai. Percubaan upsr pun cukup makan je. Tapi tu lah, bila keluar result UPSR , aku terkejut. Aku dapat 4A 1B. HAHAHA. Boleh la kan? Aku bersyukur sangat. Aku tak expect pun boleh dapat macamtu. Alhamdulillah. Ibu aku bagi hadiah, teddy bear colour pink. Comel sangat ! Dan jiran aku belanja kami sekeluarga KFC untuk celebrate aku punya result. Jiran aku ni baik sangat. Aku rasa mcm diri ini di hargai sangat-sangat. Aku mungkin kehilangan abah, tapi Allah dekatkan manusia yang baik-baik belaka dalam hidup aku. 🙂
Dan aku pun masuk ke alam sekolah menengah atau lebih tepat, alam remaja. Aku mula tergerak hati untuk mencari kerja untuk membantu ibu. Tapi ibu tak bagi. Ibu cakap, “selagi ibu boleh kerja, tak payah kerja”. Aku angguk. Tapi jauh di sudut hati aku, aku sedih. Aku kesian dekat ibu. Ibu seorang diri. Perlu bekerja keras hanya untuk aku dengan abang. Alangkah bagus kalau abah masih disisi? Aku tidak pernah salahkan takdir Allah. Aku tahu Allah telah merancang sebaik-baik perancangan untuk kami. Kadang-kadang aku faham ibu memerlukan seseorang untuk berada disisinya. Tapi, aku keras hati. Aku tak boleh terima orang lain untuk gantikan tempat abah. Aku belajar untuk menerima. Tapi hati aku menolak. Adik minta maaf ibu. Adik akan cuba. Adik cuma takut mereka akan hancurkan hati ibu. Adik tulis ni sebab adik tau ibu akan baca. 🙂
Sampai lah sekarang, aku berumur 15 tahun. Aku baru lepas habis paper pt3. Aku dah mula buat perniagaan online secara kecil-kecilan. Aku bukan seronok-seronok untuk kerja. Sejujurnya aku mahu bantu ibu walaupun sedikit. Ibu pun sudah mula membuat perniagaan telekung kecil-kecilan. Aku harap sangat, usaha kami sekeluarga untuk mencari rezeki akan memberikan kesan yang memberansangkan dalam hidup kami.
Sampai di sini sahaja kisah aku. Tujuan aku menulis, bukan untuk meraih simpati mahupun meminta perhatian. Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan aku mendapat keputusan yang cemerlang untuk pt3 dan dapat mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang doktor agar dapat membalas jasa ibu dan abang. Doakan agar hati aku sentiasa kuat untuk menghadapi ujian yang akan datang. Perjalanan aku masih jauh bukan? Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa atau mempunyai bahasa yang kasar. Lots of love, Humaira.
– Humaira
Kredit :ekisah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan