Jika anjing akan menangis apabila dibawa bertemu dengan doktor haiwan, kucing pula akan menyorok!
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter Ashly Perez berkongsi gambar kucingnya James yang menyorok ketika dibawa bertemu dengan doktor haiwan.
Jika dilihat, cara James menyorok di dalam lubang bakul sampah itu memang cukup menggelikan hati tetapi rupa-rupanya ramai lagi netizen yang menghadapi situasi yang hampir sama apabila membawa kucing peliharaan mereka bertemu doktor haiwan.
Seperti Samantha Cobb@sm_cbb, kucingnya terus masuk ke dalam singki.
Joshua Thompson@BlackpeelJDT pula berkongsi gelagat kucingnya yang turut menyorok apabila dibawa bertemu doktor haiwan.
Bagi Certified Bitch@MirandaDunkle86, kucingnya juga tidak terkecuali untuk menyorok apabila dibawa bertemu doktor haiwan.
Kucing peliharaan PB@saraPBdubois pula menyorok di bawah peti sejuk kecil!
Kucing Emily@EmilyWhalen1 pula akan menyorok di dalam mana-mana almari dan menunjukkan muka senyum seperti menahan kesakitan apabila ditemui di tempat menyoroknya.
Kucing milik @anchoviethecat dan Pam@Pam48030 juga suka menyorok di dalam singki.
Selain menyorok di dalam almari atau singki, menyorokkan muka di sudut dinding juga menjadi tabiat kucing apabila dibawa ke klinik haiwan.
Contohnya seperti kucing KATE@fyvkook dan justBecka@justBecka ini. Mungkin bagi kucing-kucing ini, doktor tidak akan dapat melihatnya seperti mana mereka tidak dapat melihat doktor.
Jika kucing milik MichelleWilliams@michell00427345 suka menyorok di lengan suaminya, kucing milik Courtney@CourtBentley38 pula tidak mahu keluar daripada begnya.
Petal yang merupakan kucing peliharaan AmyPatterson@justanotheramy pula menganggap dirinya halimunan apabila menyorok di belakang meja.
Bermacam-macam gelagat kucing yang dapat dilihat ketika dibawa bertemu dengan doktor haiwan. Mungkin kucing peliharaan anda pun begitu juga?
Sumber: BORED PANDA
kredit : Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan