Khamis, 27 Disember 2018

Dua tahun juga aku jadi janda bahagia, ini yang berlaku pada selpas 1 tahun aku berkahwin dengan suami baru.


Akhir-akhir ni banyak saya baca kisah rumahtangga ada yang ok ada yang tak ok. Bila baca kisah rumahtangga yang tak ok teringat pulak kisah saya masa perkahwinan pertama dulu..memang sangat tak ok. Perkahwinan kedua pun baru berapa bulan kahwin dah macam-macam jadi sampai hampir bercerai 2 kali.
Umur saya dah 30 an masa saya kahwin buat kali kedua. Perkahwinan pertama saya masa saya berumur 20 an ngam-ngam lepas saya graduate. Saya kahwin dengan teman satu universiti & masa tu dia dah dapat kerja dengan gaji yang agak lumayan jugak. Saya pun baru kerja masa tu. Tapi tulah..takdir Allah, 6 tahun je rumahtangga kami bertahan & dikurniakan seorang anak perempuan yg sangat comel kemudian kami bercerai gara-gara orang ke tiga.
2 tahun jugak jadi ‘mak janda terbahagia’ . Lepas tu ditakdirkan jumpa jodoh dengan suami sekarang. Suami kedua tak adalah sehebat suami pertama dari segi pekerjaan, gaji pun lagi rendah dari saya tapi saya berkenan dengan dia sebab sikap jujur ,jaga solat & sikap caring yang dia ada.
Awal perkahwinan memang saya bahagia sangat tapi lepas 4 bulan segalanya berubah. Suami dah mula tunjuk sikap panas baran. Kadang2 saya rasa dia cuba lepas tanggungjawab dan macam tak boleh terima anak saya. Dia tak culas bagi nafkah tapi kadang2 dia susah nak bantu saya dari segi kewangan. Dia suka berahsia even pasal kerja pun dia tak nak cakap.
Lagi buat saya sakit hati bila dapat tahu dia tak la jujur macam saya sangka. Saya terjumpa gambar mesra dia dengan kawan perempuan satu pejabat dalam handphone dia. Mesra sangat and paling sakit hati gambar tu diambil seminggu sebelum kami kahwin. Bukan tu je..byk wasap mesra dia dengan perempuan tu dari sebelum kahwin sampailah lepas saya kahwin dengan dia.
Masa tu hati saya rasa hancur sangat2. Saya mula bergaduh besar dengan suami & memori trauma masa perkahwinan pertama masa dicurangi datang balik. Sejak hari tu saya dengan suami asyik bergaduh je. Semua benda rasa tak kena. Saya rasa marah sangat2. Saya rasa macam kepercayaan dikhianati. Lagi sakit hati bila suami buat duno je & rasa tak bersalah sebab katanya benda tu berlaku sebelum kahwin, kenapa saya nak kecoh . Dia mula keluarkan kata-kata kesat yang benar-benar melukakan hati saya. Makin hari rasa semakin jauh dengan dia. Memang kami bergaduh teruk sehingga hampir 2 kali kami bercerai walaupun baru 5 bulan kahwin tapi mujur mak ayah campur tangan cuba leraikan pergaduhan. Puncanya sebab saya rasa tertipu dan dikhianati.
Saya rasa stress & depress sangat masa tu sampai tahap saya salahkan Allah, kenapa la Allah selalu pertemukan saya dengan orang yang salah & menyeksa hati saya? Kerja saya pun dah tak boleh fokus. Hari-hari saya menangis & mengenangkan nasib malang yg menimpa saya. Saya rasa lebih baik saya hidup sendiri dari kahwin dengan orang yang menyeksa hati. Saya doa jugak pada Allah semoga Allah tunjukkan jalan sebab saya kalau boleh tak sanggup dah bercerai buat kali kedua. Seksa rasa jadi janda ni sebab masyarakat sgt pandang hina pada janda..sedih sangat rasa.
Allah tu Maha Mendengar, mungkin Dia nak bagi petunjuk..satu pagi saya bukak fb & saya tertengok satu video pakar motivasi & beliau cakap, “ orang akan berubah kalau kita berubah dulu..begitulah dalam rumahtangga suami akan berubah jika isteri berubah”
Pelik memang pelik. Saya mula muhasabah diri, kenapa saya yg kena berubah sedangkan suami yang obviously salah . Tapi saya kuatkan hati nak follow pakar motivasi tu & invest duit sikit untuk join program pemulihan hati yang dia anjurkan dengan harapan semoga ada sinar bahagia dalam rumahtangga saya kali ni.
Dari situ saya mula belajar mensyukuri suami, setiap kebaikan suami saya catat dan saya nyatakan pada suami satu per satu. Walaupun dia tak reply pun mesej saya yg panjang berjela tu, saya cakap je. Lepas tu saya belajar selalu ucap terima kasih pada setiap benda yang suami buat, kemudian saya nyatakan benda apa yang dia buat saya rasa disayangi sangat2.
Saya belajar cara berkomunikasi dengan betul dengan suami & selalu puji2 dia dan support impian dia. Apa yang dia cakap saya ikut dah tak melawan & marah-marah macam dulu. Dia buat lawak saya gelak, bila dia bercerita, saya bagi perhatian penuh & always been presence dengan dia. Demi Allah saya tak pernah buat macam tu sebelum ni.
Boleh kata latihan syukur,maaf,terima kasih pada suami tu saya buat hari-hari dan saya dah banyak fokus minda saya pada kebaikan dia, keburukan dia saya tolak tepi dulu. Kalau boleh tak nak tengok langsung keburukan dia. Saya layan dia and hormat dia seperti dia suami terbaik dalam hidup saya. Memang mula2 rasa agak janggal sebab banyak luka di hati saya terhadap dia tapi demi nak selamatkan rumahtangga saya gagahkan diri buat macam tu.
Mula-mula suami buat tak layan. Sikap panas baran still ada. Tapi bila dia marah atau maki2 saya lebih banyak diam dari melawan tak macam sebelum ni. Bila dia dah cool down baru saya cakap dengan dia. Baru saya cakap what’s going on & apa masalah saya. Saya lagi open dan lebih berterus terang nak discuss apa-apa masalah hati atau berkait dengan hubungan intim. Sebelum ni saya malu nak cerita even dengan suami sendiri pun.
Amazingly Ya Allah..lepas 1 bulan saya ubah sikap saya dan banyak mensyukuri dia & mengalah, suami slowly jadi makin penyayang, lebih lembut bila bercakap, dah boleh berterus terang & sangat bertanggungjawab. Sikap panas baran dia slowly hilang .Dia dah boleh main dengan anak saya, belanja makan saya & keluarga tanpa saya pinta & bagi suprise gift kat saya & anak tanpa disangka-sangka.
Dia memang berubah sangat-sangat. Kalau dulu dia ego nak mintak maaf atau cakap syg kat saya tapi sekarang hari-hari dia say sorry kalau tersilap & say i love u sebelum tidur. Dia makin x culas bagi nafkah & lebih terbuka nak bercerita setiap apa yang dia buat atau dapat pada setiap hari. Dah tak ada sikap berahsia dia tu. He’s totally a different person now. Padahal saya tak suruh pun dia berubah.
Pernah sekali dia cakap yang dia sangat happy dengan saya sekarang & terima kasih sebab sudi terima dia sebagai suami walaupun dia dah buat kat saya macam-macam. Masa tu rasa terharu sangat-sangat. Sekarang ni dia dah tak kisah habiskan duit untuk saya walaupun gaji dia kecik je tapi saya jarang mintak dia belikan hadiah kecuali barang dapur. Selalunya dia yang beli sendiri.
Hari ni dah genap setahun kami kahwin & sejak hari saya berubah , kami dah jarang sangat bergaduh…kalau ada perselisihan faham pun kami cepat2 saling say sorry & pujuk. Memamg tak biar berlarutan. Hopefully keadaan ni berkekalan hingga ke akhirnya.
Allahu..Allah saja yang tahu betapa happynya saya sekarang..Alhamdulillah Allah dah bagi bahagia yang saya cari2 selama ni. Anak saya pun dah boleh terima dia sepenuh hati. Saya dah boleh rasa keikhlasan dia menyayangi saya dan anak. Dulu saya tak rasa sebab hati saya penuh dengan kelukaan-kelukaan & trauma masa lalu yang buat saya susah nak rasa kasih sayang suami. Semuanya berubah bila saya berubah.
Benarla kata pakar motivasi tu, bila kita berubah pasangan pun akan ikut berubah. Rupanya semuanya bermula dari diri sendiri..bahagia tu bermula dari diri sendiri. Hanya kita yang mampu ubah diri kita, bukan orang lain
Bila saya renung balik, dulu banyak silap saya kat suami pertama. Suami mula-mula dah ok tapi sebab sikap saya yang cemburu buta, selalu pandang rendah pada dia, tak hormat dia, tak appreciate apa yg dia buat utk saya dan banyak lagilah buat dia berubah sikap & at last fall to other women yang lebih menghargai dia. Tapi x pelah saya jadikan apa yang jadi sebagai pengajaran & titik tolak untuk kebahagiaan saya sekarang ni..
Saya share pengalaman mungkin boleh jadi rujukan pada suami/isteri yang mengalami masalah rumahtangga macam saya sebelum ni. Bagi saya selagi suami/isteri tak pandai naik tangan dengan kita, tak tidur dengan orang lain atau tak bawak kita ke arah kehancuran, saya rasa masih ada peluang untuk kita cari bahagia dalam rumahtangga tu.
Sebenarnya bahagia tu Allah dah simpan dalam diri kita, cuma kita yang kena cari & explore dengan cuba ubah sikap dulu. Kalau dah buat segala macam cara untuk selamatkan rumahtangga tapi still tak bahagia, you have right to move on & choose to leave your partner. Pilihan hidup ada di tangan anda..apa-apa pun banyak mohon pada Allah supaya bagi petunjuk sebab hanya Dia lah yang Maha Mengetahui masa depan kita..Dia Maha Mengetahui jalan mana yang terbaik untuk hidup kita.
– Princess Wawa
kredit : ekisah.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan