Rabu, 26 Disember 2018

BOYFREN AKU MMG SADO,FIRST THING YG TERUS PAΠCUT KT KEPALA AKU IS, “NO WONDER AKU BYK DERRHAKA DGN MAK BAPAK AKU.


Assalamualaikum semua, cerita ini adalah aku alami sekarang.Post ni sangat panjang sebab aku malas nak buat part 2 sampai part 10, jadi kalau korang nak skip, skip lah sampai bahagian **** yang aku akan letak nanti ya. Sebab sebelum aku nak bersyarah, aku nak share pengalaman aku sendiri yang kena sihir.
I’m a survivor. Gituh. Ok bagi aku kenalkan diri, aku gadis yang di awal 20-an, aku average, tak cantik tapi sedap dipandang. Ilmu agama aku ada tapi kesedaran masih lagi merangkak, in simpler words, aku belum lagi sampai tahap bertudung labuh menjaga pandangan dan pergaulan etc. Itu silap aku dan sampai sekarang aku masih memperbaiki khilaf aku. One day, aku kenal dengan seorang laki ni, a total stranger, tak ada kawan aku yang kenal dia dan tak ada kawan dia yang kenal aku.
And oh boy he was perfect. Dia tak ada rupa atau harta. Kerjaya ada, tapi sama taraf dengan aku je, and aku pun tak pandang rupa dan harta, aku jenis yang nak disayangi pun cukup lah. So yang buat aku tertarik dengan dia ialah cara dia. He knows the right thing to say at the right moment. Perfecto! Lagi satu, dia jauh lagi tua dari aku. Bukan baya abah aku, tapi bukan juga dalam generasi abang sulung aku. So you can guess lah beza umur yang jauh tu.
Bila hati dah mula berpaut, lepas hampir 2 tahun berkenalan, aku decide untuk bawa dia jumpa mak bapak aku. Bukan jumpa formal bincang isu kawin, tak. Jumpa kat majlis graduasi aku je (sebab aku selalu berangan bakal zauj datang lamar time convo, ahaks veranganz!). Atas niat untuk mak bapak aku tau yang aku dah ada calon.
Mak bapak aku korang kena faham, depa ni jenis yang sangat teramat lah tegas. Sepanjang kami adik bradik membesar, tak pernah sepatah pun timbul perbincangan soal kawin dalam rumah ni. So sebagai anak ke tiga, nak langkah dua abang aku dan kenalkan orang luar kat parents aku, time tu memang suicide gila gila. And expected, mak aku skali pandang je dia terus tak suka. Baca sampai habis kenapa dia tak suka, but all I can say is, naluri ibu.
Tapi aku yang pada time tu tak faham, aku rasa kerek la mak aku ni belum apa apa dah tak suka. Lepas dari sesi perkenalan yang sangat awkward tu, parents aku makin lama makin tak suka dia. Masa tu aku berpegang pada falsafah cinta barat, “if you love someone, you fight for the love”. So kami pun ‘fight for the love’ yang aku rasa suci sangat tu.
Aku yang asalnya mak bapak aku kenal sebagai anak yang dengar kata, aku mula rebel. Perasaan benci kat mak bapak sendiri ni makin membuak, menyampah, geram apa susah sangat nak faham perasaan cinta aku ni?! Dan bapak aku yang darah panas macam aku pun sama naik geram dengan perangai rebel aku.
Makin aku lawan makin dia bengang. Bapak aku ni walaupun dah berumur tp badan dia sado lagi, sama sado dengan laki yang aku kenal tu. And ada satu masa dia bengang sangat dengan aku, dia cakap jangan sampai dia cari and pukkul laki tu. Time tu I was like “whaaaat? why so aggressive mannn, chill la” tapi dalam hati je la berani cakap gitu.
Tapi dalam aku rebel pun aku sedar yang makin hari makin aku derhaka dengan parents aku. Makin aku jumpa dia, sayang dia, makin aku berdosa, cuma aku tak boleh kawal perasaan sayang (sayang ke?) ni terhadap dia. Sayang ya amat sanggup buat apa je!
Nak dijadikan cerita lagi, satu hari aku sekeluarga balik kampung, dalam perjalanan, mak aku tiba tiba sakit. Sampai lah tiba di kampung, kawan mak offer jumpa ustaz. Ustaz ni muda, muka bersih je, suka aku tengok. Dia belajar darulsyifa, dengan dia ada je buku rujukan dia.
Tengah lepak kat rumah kawan mak, ustaz tu sampai, duduk lepak sekali dengan family kami. Ustaz tu scan je, mula mula scan mak aku, katanya tenang je, tak serious pun, “mak cik kena tempias sihir je ni”. Aku ingatkan tempias tu macam kawan mak kat KL kena sihir then mak terasa sekali. Skali ustaz tu sambung, “orang nak tuju kat orang lain dalam rumah tu, tapi kena ke makcik”
Eh? Dalam rumah? So bapak aku suruh scan kami adik bradik sekali dah alang alang.
Sampai kat aku, ustaz still tenang, senyum tengok aku, aih ustaz muda ni. “Yang kakak ni, kena sihir pengasih” katanya.
Tekezut mak noks, tapi aku chill je. First thing yang terus pancut kt kepala aku is, “no wonder aku banyak derhaka dengan mak bapak aku, tak ada laki lain yang aku sayang sampai maaati macam aku sayang dia”.
Ustaz tu taktau apa dah jadi dalam family aku bila dia scan aku, dia taktau hubungan aku dengan bapak aku yang makin keruh time tu, tapi dia dapat relatekan semua tu dengan satu lelaki. Jadi dipendekkan cerita, aku akur.
Time kat kampung, aku ada family aku je, so aku makin rapat dengan parents aku. Diorang pun mula berlembut bila dah faham kenapa aku tak macam aku selama ni. Sepanjang kat kampung tu kami kerap jumpa ustaz. Malam pertama aku tidur, badan aku rasa terbakar.
belaka get aku panas sampai tak boleh baring dan setiap kali aku lelap, aku mimpi dia, rindu dia. Subuh esoknya ustaz call ayah, tanya aku ok tak malam tadi, sebab ustaz buat solat hajat dan yang dimimpinya ialah tukang sihir tu dah tau dia kantoi, so dia voodoo-doll-kan aku, dan disalainya patung tu atas api (ni bahasa yang aku faham, cara ustaz tu terangkan lagi complicated). Okay main kasaq.
Tapi sampai ke sudah ustaz tetap taknak bagitau kami sekeluarga siapa yang hantar sihir tu kat aku sebab ustaz kata dia boleh rawat, tapi dia taknak timbulkan pergaduhan antara dua pihak. But it was sooo obvious siapa yang buat, like duhhh!
Proses nak keluarkan jin yang bergayut kat hati aku tu memang perit, sakit, panas terbakar, pedih, sedih, confusing semua ada. Dan yang ada dengan aku time tu adalah mak bapak yang pernah aku menyampah sebelum ni. Baru aku sedar kenapa diorang terlalu against hubungan aku dengan dia. Balik KL, ustaz still update pasal aku dengan parents aku.
Mula je kerja balik, aku dah jadi macam mayat hidup. Yela time cuti mak ada sebelah aku, pagi pagi tanya aku mimpi pelik lagi ke, apa semua, tapi waktu kerja, aku rasa lonely sangat. Aku mula menangis, meraung dalam kereta, aku keliru, mula syak wasangka, mula fikir bukan bukan. Sampai aku doubt ustaz tu sekali. Tapi semua yang aku rasa aku akan cakap dengan mak aku, which was awkward sebab selama ni kami tak pernah ada heart to heart talk macam ni.
Mak kata perasaan keliru tu memang akan timbul, kita tend to salahkan orang terdekat, salahkan ustaz salahkan semua oranng yang cuba untuk tolong kita, hanya untuk kita membetulkan lelaki tu supaya nampak laki tu macam innocent.
Aku admit, time tu aku still sayang dia. Aku still mengharapkan dia datang untuk buktikan yang cinta dia tu ikhlas, tapi dia tak muncul muncul. Aku mula kesiankan parents aku. Ayah aku time tu tak tidur malam sebab solat hajat untuk aku, mak aku time tu muka risau memanjang, time aku kerja pun dia boleh hantar message panjang lebar, sebab dia takut aku jumpa laki tu depan depan. So aku nekad untuk sembuh.
Kalau sebelum ni aku dengar lagu metal time buat kerja untuk elak mengantuk, sekarang aku pasang ayat ruqyah kat youtube, pasang earphone biar ayat tu terus masuk dalam telinga. Memang badan aku terus rasa panas mula dari tulang rusuk sampai ke depan, aku mula muntah muntah lepas 16 minit dengar, ulang alik aku ke toilet, perut rasa kembung semacam tapi aku lawan jugak, 3 jam straight aku dengar sampai aku dah tak larat muntah kat office lagi.
Solat aku makin aku jaga, Time tu bukan aku tak ada siapa siapa, tapi aku tolak semua orang yang datang dekat. Aku fobia, aku depend betul betul on parents aku dan Allah je. Kawan kawan aku semua aku tak layan. Aku still nangis sorang sorang dalam gelap, still nangis dalam sujud, still mintak Allah kuatkan aku sebab aku tunjuk kat parents aku yang aku dah sembuh tapi aku still tak dapat terima yang hati aku dah hancur, sedih, kecewa.
Kadang kadang bau dia datang, macam tiba tiba ada satu bau yang aku kenal sangat, which is bau minyak wangi dia. Buat aku takut bulu roma naik menegak, tapi dalam masa yang sama aku rindu sangat. Tapi aku makin takut, takut untuk keluar rumah, takut share gambar kat media sosial. Aku takut dia marah dengan aku, and dia akan apa apa kan family aku.
Sampai lah aku terfikir, kenapa perlu aku takut dengan dia? Kenapa aku kena takut dia marah? Yes, dia mungkin boleh hantar lagi sihir kat aku or family aku, tapi so what? Aku ada Allah, dia ada siapa? Pak bomoh dan jin tu? Siapa lagi power sekarang?
Dan tu lah yang aku nak tekankan dalam post ni. Bila kita kena sihir, jangan terlalu bergantung pada benda lain selain Allah SWT sendiri. Ya ustaz yang keluarkan sihir tu, hanya boleh tolong kita, tapi dari dalam, kita yang kena tolong diri sendiri. Yakin dengan Allah tu yang penting, minta bantuan Allah, jangan just fikir “kenapa la dia sihir aku, jahatnya dia”.
Biaq pi lah orang dengki tu, yang penting kita kena fight back, jangan putus asa, jangan jadi mayat hidup macam aku dulu. Jangan juga salahkan jin dan bomoh tu atas sakit sakit yang kita dapat. Sakit tu ujian Allah dan kepada-Nya juga kita minta untuk disembuhkan. Walau apa jenis sakit sekali pun.
Dan pengajaran kedua, dengar cakap mak bapak. Walaupun diorang larang tanpa sebab yang kukuh, tapi insyaaAllah ada hikmahnya
Dari apa yang aku baca dalam IIUM confession sebelum sebelum ni, aku nak cakap dua benda je:
1. hentikanlah guna jin dan bomoh untuk mudahkan hidup kita, jodoh, rezeki ajal semua tu di tangan Allah. Percaya pada Allah, itu je yang kita perlu. Percaya dan taat.
2. jangan terlalu taksub dengan sihir dan ‘buatan orang’. Tak semestinya kita kaya, hidup senang, muka cantik, sakit sikit je terus fikir ‘ni mesti ada orang dengki kat aku!’ oh no no no, macam aku cakap tadi, sakit tu ujian Allah, seek for Him, not for bomoh yang dengki kat hang.
Sebab bomoh yang menggunakan jin ni sometimes dia main petikkk je nama orang terdekat dengan kita, pastu dia suka suka je tuduh si polan tu yang buat kita. Padahal si polan la yang dok jaga kita dari susah sampai ke senang. Sifat syaitan kan memang untuk menghuru harakan umat Adam.
Okay dah, fight back dan senyum sikit ya
– Gadis
kredit : coretanmedia.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan