Khamis, 13 Disember 2018
9 Individu yang membuktikan menjual ‘Sampah’ boleh Menjadikan Anda Kaya
Mesti korang pernah pergi laman web barang secondhand seperti mudah.my dan melihat pelbagai jenis barang dijual. Bagi kita kat Malaysia ni menjual barangan pelik selalunya tak mendapat sambutan. Namun di luar negara, sebuah gambar kentang boleh dijual dengan harga 1.2 juta USD Dollar
Sama sama kita lihat 9 Individu yang membuktikan menjual ‘Sampah’ boleh Menjadikan Anda Kaya
1. Makan depan Komputer
Di korea Selatan, Youtubers mendapat berjuta juta view untuk video makan depan komputer. Video ini dipanggil Mukbang. Youtuber Mukbang terkenal seperti Hyuneeeats mendapat USD 10,000 sebulan dengan hanya makan portion makanan yang banyak dan memuatnaik ke laman Youtube.
2. Jaket Lama
Seorang pasangan dari USA membeli sehelai Jaket lama di sebuah kedai second-hand dengan harga 58 sen sahaja. Tidak lama kemudian mereka mendapati Jaket itu adalah kepunyaan Pemain Lagenda American Football, Vince Lombardi Jr di era 50 an. Mereka berjaya menjual Jaket tersebut di sebuah lelongan dengan harga USD 43,000.
3. Salad Kentang
Lelaki bernama Zack ‘Danger’ Brown telah memuatnaik kebolehannya membuat salad kentang di sebuah laman web kickstarter. Niat asalnya cuma mahu mendapatkan USD 10 supaya beliau dapat membuat lebih banyak salad kentang. Namun dia terkejut melihat donation untuk membuat salad kentang itu mencecah USD 55, 422.
4. Kasut Kanan Justin Bieber
Pada sebuah konsert di Frankfurt, Justin Bieber telah membuang Kasut Kanannya ke arah penonton. Orang bertuah yang mendapat kasut tersebut telah menjualnya dengan harga USD 62,000.
5. Sebuah Post Internet yang telah di Cetak dan Diletakkan dalam Frame
Post internet yang telah di cetak ini dijual di Ebay dengan harga USD 90,900 tidak sampai 36 jam selepas iklan dikeluarkan
6. Gam air yang kering kelihatan seperti Homer Simpson dari The simpson
Seorang lelaki yang bertuah Christopher Herbert menjumpai Gam air yang telah kering ini seakan akan seperti Homer Simpson dari The Simpson. Dia kemudiannya meletakkan iklan di internet dengan niat cuma untuk suka suka. Gam air yang telah kering ini telah terjual dengan harga USD 239,000.
7. Jual Pixel
Alex Tew telah mencipta satu website dimana korang boleh membeli sebuah pixel bersaiz kecil dengan harga serendah 1 dollar. Beliau terfikir dengan idea ini sebagai duit tambahan menampung perbelanjaan kolej. Tidak sampai 6 bulan, Alex mendapat lebih dari 1 juta pendapatan hasil jualan Pixel.
8. Model Baju
Jason sadler mendapat hartanya dengan hanya menjual baju sebagai perantara iklan. Setiap kali ada permintaan kerja Jason cuma memakai baju dengan pelbagai jenis Jenama. Dengan harga serendah 1 dollar, harganya meningkat mengikut keperluan semasa. Jason menjadi jutawan setelah 5 tahun berbisnes.
9. Gambar Kentang
Seorang Jurugambar, Kevin Abosch menjadi jutawan dengan begitu mudah. Pada tahun 2010, Abosch telah mengambil satu Gambar Kentang berlatarbelakang hitam. Yang paling mengejutkan, Gambar ini dijual dengan harga 1,240,000 Euro.
Kredit:cerkosong.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan