Selasa, 18 Disember 2018

2018 Tragedi Air Mata. Gugurnya 8 Wira Bomba Semasa Menjalankan Tugas


Kita dikej0tkan dengan perginya seorang wira, Mohammad Adib Mohd Kassim setelah sekian lama bertarung nyawa selepas menjadi manggsa pukuul dalam insiden ru5uhan di sebuah kuil bulan lepas.
Menjelang penghujung tahun 2018, sebenarnya terdapat tiga kes kem4tian anggota Bomba ketika bertugas yang dilaporkan secara meluas oleh media. Mari kita imbas kembali tragedi-tragedi yang menimpa para pewira kita ini ketika bertugas.

1. Abu Zarin Husin (16 Mac)

2018 Tragedi Air Mata. Gugurnya 8 Wira Bomba Semasa Menjalankan Tugas
Abu Zarin, 33, yang juga mendapat jolokkan sebagai Raja Ular merupakan seorang anggota Bomba yang mengetuai skuad Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertanggungjawab melatih anggota Bomba untuk menangkap haiwan berbis4.
Abu Zarin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAH selepas dipatuk ular tedung dalam satu operasi di Bentong dan dia dilaporkan menunjukkan perkembangan positif apabila mulai sedar namun akhirnya disahkan meningal.
Abu Zarin sudah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan pernah berkhidmat di BBP Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.
Beliau mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.
Menurut laporan media, Allahyarham dilaporkan telah dipatuk ular tedung yang ditangkap olehnya di Betong selepas menerima panggilan meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Karak pada 12 Mac.
Sebelum ini, pada tahun 2015, Allahyarham juga dilaporkan pernah dipatuk sehingga pernah k0ma selema dua hari dan hampir meragut nyaw4nya.

2. Enam Anggota Bomba Lem4s ( 3 Oktober)

2018 Tragedi Air Mata. Gugurnya 8 Wira Bomba Semasa Menjalankan Tugas

Mohd Fatah Hashim, 34, Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omar Baki, 25, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, terkorban selepas terperangkap dalam pusaran air ketika dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja l3mas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Mohd Fatah, Izzatul Akma, Mazlan Omar dan Yahya Ali merupakan anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang manakala Adnan Othman dan Mauhammad Hifdzul merupakan anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.
Ketika kejadian, semua m4ngsa bergantung antara satu sama lain dengan tali penyelamat dilaporkan ditarik masuk dalam pusaran air kuat yang datang secara tiba-tiba.
Mereka bagaimanapun kemudian berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan telah meningal dunia oleh pegawai kecemasan yang tiba di lokasi kejadian. Berita terk0rbannya enam anggota Bomba ini secara serentak telah mengejutkan tanah air dan diratapi oleh semua.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) unit berkenaan termasuk lengkap dengan memakai peralatan menyelam ketika SAR.
Beliau berkata pasukan berkenaan turun ke lombong tersebut pada 9.15 malam Rabu dalam keadaan hujan renyai bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemmas selepas tergelincir ke dalam lombong tersebut ketika memancing bersama dua lagi rakannya.
“Tiba-tiba air deras berlaku di kawasan itu menyebabkan kesemua manggsa berpusing-pusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam mereka tertanggal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

3. Muhammad Adib Mohd Kassim ( 17 Disember)

2018 Tragedi Air Mata. Gugurnya 8 Wira Bomba Semasa Menjalankan Tugas

Kejadian yang menimpa Allahyarham Adib, 24, adalah kejadian terbaru melibatkan anggota Bomba yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum.
Setelah bertarung nywa hampir tiga minggu selain berada dalam keadaan kritikal di Institut Jantung Negara (IJN), m4ngsa pukuul dalam insiden rusuuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, bulan lepas ini akhirnya pergi meninggalkan kita semua.
Lebih menyedihkan, Allahyarham dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama-sama dengan gadis yang dicintai hujung minggu ini.
Terbaru, pihak polis sudahpun memberi klafikasi semula terhadap siasatan kes membabitkan Muhammad Adib kepada kes bunnuh susulan berita perginya wira ini.
Kisah lapan wira di atas yang terkorban ketika menjalankan tugas demi menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia daripada bahaya seharusnya menjadi peringatan kepada kita semua bahawa ada insan-insan berhati mulia di luar sana bersedia untuk melakukan apa sahaja demi kesejahteraan kita semua.
Tidak kira siapapun mereka dan warna uniform yang disarung di badan, anda wira kami. Terima Kasih!
Semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan salam takziah untuk keluarga-keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Sumber dari SiakapKeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan