Dalam industri perfileman, para pelakon biasanya akan kelihatan sangat berbeza jika dibandingkan dengan rupa mereka yang sebenar. Pelbagai perubahan perlu dilakukan bagi menjayakan sesebuah watak.
Antaranya, mereka perlu memotong dan mewarnakan rambut, mengubah berat badan dan menghabiskan masa selama berjam-jam bersama jurusolek semata-mata untuk mengubah rupa mereka menjadi orang lain.
Apa yang mengejutkan adalah kehebatan para pelakon Hollywood ini yang tetap kelihatan meyakinkan dan sejiwa dengan watak mereka meskipun watak tersebut tidak wujud dalam dunia sebenar!
Kami akan memaparkan senarai beberapa pelakon yang berjaya menjalani transformasi hebat dan kelihatan sungguh berbeza berbanding rupa mereka!
#1 Nebula/Karen Gillan (Guardians of the Galaxy)
Bagi menjayakan watak jahat ini, Karen Gillan terpaksa membotakkan kepalanya dan menghabiskan masa yang lama setiap hari bagi membolehkan jurusolek mengubah wajahnya menjadi Nebula.
Apa yang lebih menarik adalah, tiada sebarang teknik CGI digunakan untuk mengubah Karen menjadi Nebula. Ini semua adalah 100% hasil kerja jurusolek profesional!
#2 Mystique/Rebecca Romijn (X-Men)
Rebecca Romijn bukan sahaja bergelar seorang pelakon tetapi juga model terkenal. Solekan untuk watak Mystique memerlukan masa selama 9 jam!
#3 Tie Dalma/Naomie Harris (Pirates of the Caribbean)
Penggemar filem Pirates of the Caribbean pasti ingat dengan watak pengamal voodoo iaitu Tia Dalma. Anda semua pasti sangat terkejut melihat rupa sebenar Naomie yang sungguh menawan jika dibandingkan watak Tia Dalma.
#4 Gimli/John Rhys-Davies (The Lord of the Rings)
Untuk tampil lain daripada yang lain, apa yang pelakon ini perlu lakukan adalah membela jambang yang tebal dan mewarnakannya dengan warna merah!
#5 Enchantress/Cara Delevinge (Suicide Squad)
Pelakon dan model terkenal ini memegang watak antagonis utama di dalam filem Suicide Squad. Watak misterinya sebagai Enchantress sangat memukau meskipun ianya sungguh berbeza berbanding diri Cara yang sebenar.
#6 Jaylah/Sofia Boutella (Star Trek: Beyond)
Pelakon warga Perancis, Sofia Boutella sangat tidak dikenali dengan rambutnya yang putih, mata yang besar dan tiada kening sewaktu memegang watak Jaylah. Bukan sahaja rupanya yang kelihatan berbeza, tetapi lakonannya turut kelihatan berlainan dengan Sofia yang kita kenali.
#7 Joker/Heath Ledger (The Dark Knight)
Heath mungkin salah seorang pelakon yang bertuah kerana solekan bagi watak Joker ini hanya memakan masa kurang daripada satu jam sahaja.
#8 Griphook/Warwick Davis (Harry Potter)
Kredit: © Harry Potter and the Sorcerer’s Stone / Warner Bros. © Chris Joseph/Capital Pictures/EAST NEWS
Sangat sukar untuk mengenalpasti Warwick Davis di dalam watak Goblin Griphook ini. Solekannya mengandungi beberapa lapis dan mengambil masa di antara dua setengah jam hingga empat jam setiap hari!
#9 Marlene McFly/Michael J. Fox (Back to the Future: Part II)
Di dalam trilogi ini, Michael memainkan dua watak iaitu Marty McFly dan juga anak perempuan kepada Marty iaitu Marlene. Tidak hairanlah mengapa rupa Marlene kelihatan agak aneh!
#10 Auggie/Jacob Tremblay (Wonder)
Kredit: © Wonder / Lionsgate © AFP/EAST NEWS
Auggie merupakan watak seorang kanak-kanak yang menghidap sindrom Treacher Collins. Bagi mendalami watak tersebut, Jacob dan keluarganya berusaha melawat beberapa orang kanak-kanak yang menghidap sindrom sama seperti watak Auggie.
Sumber: Bright Side
Kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan