BERDOSAKAH AKU SEBAGAI ISTERI ?
Assalamualaikum admin dan semua pembaca ,izinkan aku berkongsi kisah rumahtangga aku yang tidak seberapa agar aku dapat berfikir dengan positif tentang tugas aku sebagai isteri . Buat pertama kali, kisah aku bukanlah kisah sondol menyondol atau ibu mertua tapi kisah yang sederhana untuk kehidupan kami yang baru 3 tahun dalam perkahwinan.
Assalamualaikum admin dan semua pembaca ,izinkan aku berkongsi kisah rumahtangga aku yang tidak seberapa agar aku dapat berfikir dengan positif tentang tugas aku sebagai isteri . Buat pertama kali, kisah aku bukanlah kisah sondol menyondol atau ibu mertua tapi kisah yang sederhana untuk kehidupan kami yang baru 3 tahun dalam perkahwinan.
Alhamdulillah Ya Rabbi Berdosakah aku sebagai isteri kalau aku tidak menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri sepertimana isteri2 di luar buat ? Ya , aku masih baru di alam perkahwinan, alhamdulillah di kurniakan zuriat perempuan yang cilik berumur 2 tahun pada bulan 5 ini . Suami aku orang yang biasa sahaja, kerja pun biasa2 sahaja, Aku? Aku ialah wanita muda yang menjadi suri rumah untuk suami aku.
Untuk pengetahuan, 2017 adalah tahun pertama kami berdikari sendiri (Sewa rumah sendiri) dengan gaji suami yang tidak seberapa, alhamdulillah kami boleh survey dengan ekonomi yang meningkat sekarang . Aku kecewa bila baca kisah di mana seorang suami tidak bertanggungjawab untuk membantu isteri membuat kerja rumah dan menjaga anak, aku sedih .
Sebab aku patut bersyukur dengan apa yang Allah hadiahkan kepada aku walaupun tidak semewah orang lain . Ya ! Orang sekeliling kata aku tidak pandai jaga suami, aku derh4ka kepada suami , AKU BERDOSA kepada suami kerana aku tidak jalankan tugas seperti mana isteri lain buat . Sepanjang kami menyewa sendiri (Almost 10 bulan) aku jarang bangun pagi sediakan breakfast walaupun secawan teh untuk suami .
Orang kata aku berdosa! Tapi suami aku kata” tidur lah sayang, sayang penat menyusu” . Ya, aku full breastfeeding b@by . Aku tidak sediakan sarapan kerana rutin sebelum masuk kerja suami aku memang akan sarapan bersama pekerja dia di luar. Kalau aku sediakan dia kata nanti dia banyak minum air manis, Ya, di rumah jarang aku sediakan airmanis . Gula pun 1kg 2 bulan .
Tapi orang kata aku berdosa ! Suami aku tidaklah minta aku hantarkan dia depan pintu untuk bersalam sebelum pergi kerja, malah dia yang pelvk civm salam aku yang masih berbaring di katil bersama anak, katanya tidak mahu menyusahkan , itu perkara kecil saja . Dia suami yang memahami . Makan tengahari? Aku tidak sediakan, malah dia yang tidak benarkan aku sediakan kerana setiap waktu lunch dia akan lunch bersama pekerja dia , aku hanya sediakan bubur untuk anak,
Itupun dia WhatApps aku tanya sama ada lapar atau tidak, kalau aku kata aku lapar, selalunya dia balik hantarkan nasi yang dia tapau dari kedai . Benar! Aku jarang memasak bukan kerana aku malas atau tidak pandai tetapi atas ketidakizinan suami sendiri . Tapi aku tetap di anggap pendosa ! Suami aku jenis yang suka cuba makanan dari kedai ke kedai . Aku follow saja, at least dia faham aku . Aku pun senang .
Orang kata, isteri yang soleh adalah isteri yang sambut suaminya balik kerja dengan segelas air , tetapi aku, jarang sambut suami aku begitu, kerana aku dan anak sibuk sembunyi belakang pintu atau langsir untuk suprise kan suami aku yang penat berkerja, kami berkejaran sambil suami peluk cium kami 2 beranak dan hulurkan bungkusan makanan untuk minum petang . Tidak solehah kah aku ?
Sudah lah penat berkerja, tetapi suami aku sendiri volunteer untuk kedapur tolong aku siapkan makan malam . Ye, rutin ku hanya sediakan makan malam dengan bantuan suami aku yang baru balik dari kerja . Itupun kadang2 je, yang lain dia ajak aku dinner dekat luar . Berdosakah aku ?Ye, aku sepatutnya patut bersyukur kerana aku dirumah hanya menjaga dan menyusu anak semata2 , kemas rumah ? Itupun di buat sebelum tidur dengan bantuan suami katanya esok aku boleh relax .
(Anak aku bukan jenis sepahkan barang). Berdosakah aku ? Sesiapa sahaja yang menjadi tetamu di rumah kami pasti akan hukum aku. Berdosakah aku sebagai isteri yang buat sedemikian ? Aku hanya patuh akan arahan suami aku, walaupun hidup sederhana tetapi aku bahagia .
Sebalik bahagia pun ada dukanya . Dalam tahun pertama perkahwinan kami pernah di uji dengan s1hir . Ya, angkara cembvru insan yang tidak suka aku hidup dengan seorang manusia yang baik hati macam suami aku tapi kuasa Allah maha segala, cacian dan fitnah aku balas dengan senyuman, balasannya aku bahagia walaupun masih di usia 3 tahun perkahwinan, untuk tahun2 akan mendatang, doakan lah yang baik2 .
Allah sebaik2 perancang Benar lah janji Allah, barang siapa yang bahagiakan isteri dan anak, dia akan peroleh rezeki yang sangat mudah . Yaa, gaji suami aku kecil Saja , nafkah aku pun 300 sahaja dia mampu beri . Itu pun aku tidak pernah minta , aku ikhlas kalau tidak ada, untuk apa nafkah itu semua kalau dia layan aku macam permaisuri, cukup lah dengan apa yang dia curahkan . Aku bersyukur.
Dia kata dia bahagia buat macam ini, sebab rezeki dia murah dan senang, walaupun bergaji 2k tolak itu tolak ini ada la balance 500 untuk rolling bulanan tetapi dengan 500 gaji bersih suami aku mampu bawa kami makan luar, makan sedap2 . Tiap2 hari keluar pusing2 bandar.
Sampai aku sudah naik muak asyik keluar saja teringin dalam masa sehari itu hendak stay saja dekat rumah . Ye! Suami aku kerja 8-6 tetapi mampu bawa kami keluar, katanya tidak mahu aku bosan, padahal aku yang bosan asyik keluar Dia tidak pernah berkira dengan dvit minyak, duit makan .
Katanya rezeki Allah itu kita tidak tahu . Dengan cara dia bahagia kan aku dan anak lah dia pergi kerja hari2 orang belanja . Sepanjang kerja, sekali dua sahaja dia bayarkan makan tengahari dia , yang lain hari2 orang berebut hendak belanja suami aku .
Alhamdulillah, rezeki dia memang sungguh murah . Aku tidak pandai menulis, tetapi aku cuba hendak kongsikan cerita aku yang mana aku sedih baca cerita kaum aku yang kurang nasib untuk bahagia . Sungguh !! Aku sedih ! Kadang2 aku mengadu dekat suami, “Kenapa awak boleh buat macam ini, suami orang lain tidak boleh, sedangkan awak pun berkerja mencari rezeki “Apa yang boleh aku tengok sekarag ini Allah memang murahkn rezeki suami aku .
Kerja2 dia pun dipermudahkan . Punya baik lah suami aku ni boss dia tidak bayar OT pun dia senyum . Dia kata mungkin bukan rezeki . Ye ! Dia memag ikhlas dalam berkerja . Aku terharu . Tetapi, masih berdosakah aku sebagai isteri ?
*Aku bukan tidak pandai masak, tetapi suami aku ringankan tugas aku.*Aku bukan malas bangun pagi, walaupun lepas solat subuh aku tidak tidur, tetapi suami aku yang minta aku supaya tidak berbuat apa2 *Aku bukan tidak bersyukur, tetapi aku hairan dengan suami2 di luar kenapa tidak boleh hendak bahagiakan isteri mereka ?
*solat sama, mandi sama, makan bersuap, bercakap yang baik2, sentiasa bergurau itu adalah salah satu contoh yang suami aku kata hati dia lapang untuk berkerja, rezeki bertubi2 . Sentiasa berasa cukup.
Alhamdulillah. Maaf kalau korang fikir aku nak show off, tetapi itu bukan niat aku, aku cuma nak share cerita di mana setiap keredhaan dan kegembiraan isteri yang suami lakukan akan terpalit kemudahan dan limpahan rezeki untuk suami .
Maaf ayat tunggang langgang, maaf aku tidak pandai susun ayat, Tapi yang ingin aku soalkan, BERDOSAKAH AKU SEBAGAI ISTERI kerana tidak laksanakan tugas seperti isteri di luar buat ? Untuk suami aku, aku berterima kasih kerana memberi peluang untuk aku merasa bahagia walaupun aku banyak kekurangan .
Semoga kau sentiasa di dalam lingdungan Yang Esa , kau suami , anak dan menantu yang baik . Buat suami atau isteri di luar, kalau rasa hidup kita ada kekurangan, cuba kita saling melengkapi, ikhlas akan setiap yang suami/isteri buat, munasabah diri, berjemaah sesama, insyaallah . Hidup kita akan terasa lebih dari cukup . Yang penting ikhlas dan bersyukur . Maaf kalau ada salah dan silap. Semoga kita sama2 munasabah diri . Assalamualaikum
sumber: krt
sumber: krt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan