Khamis, 2 November 2017

Sultan Johor selar tindakan JKR pasang papan tanda ingatkan wanita Islam dosa tidak tutup aurat rambut mereka..

Iman seseorang tiada kaitan dengan cara berpakaian – Sultan Johor
Iman seseorang individu terhadap hubungannya dengan Allah SWT tidak boleh dinilai mengikut kriteria luaran seperti pakaian.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam laporan eksklusif Mstar Online bertitah, apa yang lebih penting adalah niat hati dan fikiran seseorang.
Baginda menyelar Jabatan Kerja Batu Pahat Raya (JKR) yang memasang papan tanda baru-baru ini mengingatkan wanita Islam daripada dosa tidak menutup aurat rambut mereka.
“Sejak bilakah JKR, sama ada di peringkat daerah atau negeri, menjaga hal ehwal keagamaan?
“Tugas utama mereka adalah memastikan jalan-jalan dalam keadaan baik dan bukan meluahkan kebimbangan tentang aurat rambut wanita,” titah baginda.
Beliau juga mengingatkan agar jabatan kerajaan tidak perlu bimbang tentang bagaimana umat Islam berpakaian.
“Buat apa yang anda dibayar untuk lakukan dan jaga urusan sendiri,” titahnya.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa orang Melayu supaya tidak mengabaikan identiti budaya mereka, sekali gus mengakui sebagai Melayu baginda sendiri, masih berpegang kuat kepada adat dan tradisi yang dikaitkan dengan bangsanya itu.
Sultan menjelaskan, atas dasar mengutamakan identitinya sebagai Melayu, baginda lebih suka mengucapkan ‘Hari Raya’ dan bukan ‘Eid al-Fitr’, selain berbuka puasa dan bukan ‘iftar’ dan sama sekali tidak berniat untuk menggantikan terma-terma ini dengan versi bahasa Arab.
Bagaimanapun baginda turut bertitah, adalah menjadi hak seseorang untuk memilih mengamalkan budaya Arab berbanding Melayu.
“Saya juga mengalu-alukan anda untuk hidup di Arab Saudi,” petik titah baginda dalam laporan itu.

Sumber: Free Malaysia Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan