Kos sara hidup yang kian meningkat memaksa kebanyakan ibu bapa perlu bekerja keras untuk memenuhi keperluan keluarga. Kesibukan bekerja membuatkan ibu bapa kurang meluangkan masa bersama keluarga.
Apabila berada di rumah pula, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri termasuklah leka melayani media sosial, sekali gus menyebabkan masa berkualiti yang perlu diluangkan bersama keluarga terutama anak terabai.
Lelaki ini, J.R. Storment berkongsi kisah tentang dirinya yang terlalu sibuk bekerja sehingga kurang meluangkan waktu bersama keluarga. Kisahnya itu dikongsi di Linked in membuatkan ramai orang sedar bahawa tiada yang lebih penting berbanding masa bersama keluarga.
Storment memiliki sepasang anak kembar, Oliver dan Wiley. Pada bulan lepas, kejadian yang memberi kesan yang mendalam dalam dirinya berlaku, anaknya Wiley telah meninggal dunia. Dia mendapat tahu berita sedih tersebut ketika berada di pejabat syarikatnya.
Wiley, di sebelah kanan, pada konsert pertamanya sekitar tiga minggu sebelum kejadian
Setelah dihubungi oleh isterinya yang memberitahu bahawa anaknya meninggal dunia, dia bergegas lari ke tempat letak keretanya. Menyedari dia tidak mempunyai kunci garaj tempat letak keretanya, dia terpaksa berpatah balik ke lobi untuk meminta bantuan seseorang untuk membawanya pulang ke rumah.
Mujur terdapat rakannya yang membantunya untuk membawanya pulang ke rumah. Setibanya di rumah, hadapan rumahnya dipenuhi dengan kenderaan kecemasan. Dia berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah bilik anaknya.
Tetapi dia tidak dapat masuk kerana salah seorang daripada anggota polis yang berada di situ menghalangnya. Apabila kanak-kanak mati secara tiba-tiba, ia berpotensi menjadi kes jenayah.
Dia terpaksa menunggu kira-kira dua jam setengah sebelum dibenarkan untuk melihat anaknya. Selepas satu jam menunggu di hadapan pintu, dia memberitahu anggota polis yang menjaga pintu bilik tersebut yang dia tidak dapat menunggu lagi.
Mereka membenarkan dia untuk melihat anaknya melalui tingkap kaca. Anaknya berbaring di atas katilnya, diselimut dengan kemas dan kelihatan seperti sedang tidur nyenyak. Dia berasa sangat sebak apabila melihat anaknya.
Apabila pemeriksa perubatan akhirnya selesai kerja, keluarganya dibenarkan masuk ke dalam bilik. Dia duduk di sebelahnya di atas katil dan memegang tangannya. Mereka berada di sebelah Wiley selama 30 minit sebelum Wiley dibawa pergi oleh pihak berkuasa.
Malam sebelum hari kematiannnya, Wiley kelihatan sihat dan aktif seperti biasa. Terdapat tetamu yang datang bersama anak-anaknya untuk makan malam di rumah mereka. Mereka melompat di atas trampolin gergasi yang baru dibeli.
Tahun lepas, Wiley didiagnosis dengan epilepsi yang dikenali sebagai Epilepsi Benign Rolandic yang paling biasa berlaku di kalangan lelaki berusia antara 8 hingga 13 tahun. Ia dipanggil ‘benign’ kerana ia biasanya sembuh sendiri ketika meningkat remaja.
Ahli pediatrik dan ahli saraf yang ditemui mengatakan bahawa mereka tidak perlu khuatir dengan keadaannya. Wiley menghidapi jenis epilepsi yang biasa. Tiada yang menyebut bahawa epilepsi yang dihidapinya boleh membunuhnya.
SUDEP adalah singkatan untuk Kematian Epilepsi yang Tidak Diketahui secara tiba-tiba. SUDEP umumnya dilihat tidak dapat diramalkan, tidak dapat dicegah, dan tidak dapat dipulihkan apabila ia bermula. Secara statistik, 1 daripada 4,500 kanak-kanak dengan epilepsi mengalaminya.
Selepas kematian anaknya, Storment masih belum kembali ke tempat kerja. Dia tidak dapat kembali bekerja kerana rasa menyesal masih membelenggu dirinya. Malah, dia juga pernah terfikir untuk terus tidak kembali bekerja.
Tetapi dia sedar bahawa seseorang itu perlu sentiasa mengimbangi antara kerja dan masa untuk keluarga. Jangan terlalu leka dengan pekerjaan sehingga mengabaikan masa yang perlu diluangkan bersama keluarga.
Kredit :Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan